Kelebihan dan Khasiat Bawang Putih

Antara penyakit yang dikatakan boleh dibantu dengan pengambilan bawang putih ialah penyakit kardiovaskular dan kanser.

Bawang putih telah digunakan sejak turun temurun untuk tujuan kesihatan. Persoalannya adakah ia benar-benat berkesan sebagaimana yang diperkatakan? Antara penyakit yang dikatakan boleh dibantu dengan pengambilan bawang putih ialah penyakit kardiovaskular dan kanser.

Antara bahan aktif di dalam bawang putih adalah:

  • Alliin – dalam bawang putih yang segar
  • Allicin
  • Diallyl disulphide (ia mengeluarkan bau seperti sulfur menyebabkan ada orang yang tidak suka mengambil bawang putih)
  • Ajoene

Bawang putih juga mengandungi pelbagai bahan yang lain. Dianggarkan lebih 200 bahan terdapat dalam bawang putih termasuklah selenium (sejenis anti-oksidan), kalsium, vitamin B, C dan lain-lain lagi.

CVD (Penyakit Kardiovaskular)

Bawang putih telah didapati membantu dalam perkara-perkara ini:

  1. Mengurangkan kolesterol tidak baik (LDL) dan triglycerides (lemak di dalam darah). Bawang putih juga mungkin meningkatkan kolesterol baik (HDL). Bagaimanapun ada kajian mendapati kandungan kolesterol menjadi bertambah tinggi selepas pengambilan bawang putih. Ini adalah disebabkan kolesterol yang telah melekat di saluran darah (atherosclerosis) dikikis oleh bawang putih dan kolesterol ini masuk ke dalam saluran darah.
  2. Mengurangkan kemungkinan darah menjadi beku (blood clot). Pembekuan darah adalah tinggi disebabkan cara hidup moden seperti kerana pencemaran udara, merokok, tekanan perasaan kerana kerja, dan pemakanan yang banyak lemak. 
  3. Membantu mencairkan darah beku yang sedia ada. Ini mengurangkan risiko mendapat angin ahmar (strok). 
  4. Mengurangkan berlakunya proses atherosclerosis.
  5. Mengurangkan tekanan darah. Ia berlaku kerana beberapa sebab : 
    • Bawang putih membuang bakteria yang tidak baik dari usus. Bakteria ini boleh menyebabkan tekanan darah naik.
    • Bawang putih mempunyai kesan diuretik iaitu pembuangan air dari badan. Ini menurunkan tekanan darah.
    • Bawang putih menyebabkan prostaglandins meregangkan saluran darah dan ini juga boeh mengurangkan tekanan darah.

Antara produk lain yang baik untuk pesakit CVD ialah Lecithin, Vitamin E dan Minyak Ikan (mengandungi EPA dan DHA).

Kanser

Bawang putih mungkin sangat baik untuk membantu mengawal kanser. Kajian di kalangan rakyat China dan Itali menunjukkan risiko mendapat kanser perut adalah lebih rendah dengan pengambilan bawang putih. Bawang putih juga mungkin baik untuk jenis-jenis kanser yang lain.

Bawang putih melindungi dari kanser dengan cara termasuk menyekat pengeluaran nitrosamine, dan juga menguatkan sistem imuniti pengambil bawang putih.

Kelebihan-kelebihan lain

  • Bawang putih sering diambil bersama-sama Horseradish untuk merawat masalah resdung, selsema dan sinus.
  • Bawang putih memperbaiki penghadaman anda. Ia berupaya membunuh bakteria yang tidak baik di dalam perut dan usus.
  • Bawang putih membantu bagi mereka yang bermasalah membuang air atau sembelit.
  • Sulfur di dalam bawang putih mempunyai ciri-ciri antibiotik dan antifungus dan ini baik untuk masalah kulit seperti psoriasis dan jerawat.
  • Bawang putih telah digunakan dengan jayanya dalam masalah rheumatoid arthiris (sakit sendi).
  • Bawang putih baik untuk pesakit kencing manis kerana ia boleh mengurangkan kadar gula.
  • Salah satu bahan aktif bawang putih, ajoene, didapati berupaya menghalang pencernaan lemak dengan membantutkan tugas enzim lipase, iaitu enzim yang bertugas memecahkan lemak sebelum ia diserap. Oleh itu lemak tidak diserap. Bagaimanapun kajian tersebut dijalankan secara in vitro (in vitro bermakna di luar badan manusia). Pembantutan tugas lipase adalah cara bekerja sejenis ubat kurus di pasaran (Xenical).

Fakta-fakta yang lain

  • Bawang putih yang tidak berbau (odourless garlic) tidak mengandungi bahan aktif sulfur. Ini mungkin mengurangkan keberkesanan bawang putih tersebut.
  • Pengambilan bawang putih untuk jangkamasa yang lama perlu untuk mendapatkan kesan yang baik.
  • Kesan sampingan bawang putih termasuklah ketidakhadaman yang berlaku pada individu tertentu dan bau mulut menjadi ‘busuk’ – terutamanya kepada mereka yang tidak suka bawang putih.

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.