Pengetahuan kesihatan. Pilihan yang lebih baik.

Jadual Imunisasi Anak

PANDUAN KELUARGA

Semak anggaran tarikh vaksin berdasarkan tarikh lahir anak. Sahkan jadual dengan klinik.

Maklumat panduan

Jadual Imunisasi Anak ini membantu ibu bapa menyemak anggaran tarikh vaksin berdasarkan tarikh lahir anak. Masukkan tarikh lahir untuk melihat vaksin yang sudah tiba masa, akan datang atau mungkin tertunggak. Maklumat ini ialah panduan umum dan tidak menggantikan nasihat Klinik Kesihatan atau doktor.

Semak jadual anak

01 / SEMAK
Urus profil anak

Profil anak berbeza disimpan secara berasingan, termasuk kembar. Elakkan simpanan peranti pada komputer awam.

Sudah melanggan? Urus rekod atau berhenti langgan

Masukkan emel untuk menerima pautan pengurusan baharu. Pautan tamat tempoh selepas 30 minit.

Langganan emel dan rekod akaun tidak terjejas.

Jika anak tertinggal imunisasi

Jika anak tertinggal imunisasi:
– Jangan panik.
– Hubungi Klinik Kesihatan untuk jadual catch-up.
– Jangan gandakan dos sendiri.
– Bawa Buku Rekod Kesihatan Kanak-kanak.

Soalan lazim

Apa itu jadual imunisasi anak?

Ia ialah panduan masa pemberian vaksin mengikut umur anak berdasarkan jadual yang dimasukkan oleh pentadbir laman.

Adakah vaksin dalam Program Imunisasi Kebangsaan percuma?

Kebanyakan vaksin di bawah Program Imunisasi Kebangsaan diberi melalui perkhidmatan kesihatan awam. Sila sahkan dengan Klinik Kesihatan terdekat.

Apa perlu buat jika anak tertinggal vaksin?

Hubungi Klinik Kesihatan untuk jadual catch-up. Jangan gandakan dos sendiri tanpa nasihat profesional kesihatan.

Bolehkah vaksin diberi jika anak demam?

Keputusan bergantung kepada keadaan anak. Dapatkan nasihat doktor, jururawat atau Klinik Kesihatan sebelum hadir vaksin.

Adakah jadual online ini menggantikan nasihat doktor?

Tidak. Jadual online ini hanya panduan umum dan tidak menggantikan nasihat doktor, jururawat, Klinik Kesihatan atau KKM.

Kenapa jadual di laman ini mungkin berbeza dengan buku rekod klinik?

Jadual boleh berubah, berbeza mengikut situasi anak, negeri, atau arahan klinik. Buku rekod dan nasihat klinik perlu diutamakan.