Vaksin Koronavirus (COVID-19): Bilakah dapat disiapkan?

Koronavirus sedang menular di seluruh dunia, tetapi sehingga kini masih belum ada vaksin yang dapat melindungi tubuh badan kita dari penyakit Covid-19 ini.

Koronavirus sedang menular di seluruh dunia, tetapi sehingga kini masih belum ada vaksin yang dapat melindungi tubuh badan kita dari penyakit Covid-19 angkara virus ini. Ramai pengkaji dari seluruh dunia sedang bertungkus lumus menghasilkan vaksin untuk koronavirus.

Kenapakah Vaksin koronavirus amat penting?

Virus ini menular dengan cepat dan kebanyakan penduduk dunia terdedah kepada penyakit Covid-19. Vaksin dapat memberikan perlindungan dengan melatih sistem imun manusia untuk melawan virus ini supaya mereka tidak mendapat Covid-19.

Dengan adanya vaksin, aktiviti normal manusia seperti sebelum penularan virus ini dapat kembali seperti sediakala dan segala aktiviti sosial dapat diteruskan seperti biasa.

Virus Sars-CoV-2

Apakah perkembangan terkini vaksin koronavirus?

Kajian sedang dijalankan dengan pesat. Lebih kurang 80 kumpulan saintis di seluruh dunia sedang menjalankan kajian dan kini sedang memasuki fasa ujian klinikal.

  • Ujian klinikal untuk manusia yang pertama telah diumumkan bulan lepas (April 2020) oleh saintis dari Seattle. Mereka telah dibenarkan melangkau ujian ke atas haiwan yang sepatutnya dilakukan untuk menguji terlebih dahulu keselamatan dan keberkesanan vaksin ini.
  • Di Oxford, ujian klinikal ke atas manusia yang pertama di Eropah telah bermula dengan lebih 800 spesimen manusia. Separuh akan menerima vaksin Covid-19 manakala yang lain akan menjadi kumpulan kawalan yang menerima vaksin penyakit lain.
  • Syarikat farmasi gergasi Sanofi dan GSK telah menjalinkan kerjasama untuk membangunkan vaksin.
  • Saintis dari Australia telah mula menguji 2 jenis vaksin ke atas haiwan. Ini adalah ujian pre-klinikal pertama yang melibatkan haiwan dan saintis tersebut berharap dapat menguji ke atas manusia secepat mungkin.

Walaubagaimanapun tiada siapa tahu bila tarikh sebenar vaksin ini mampu disiapkan atau tahap keberkesanan vaksin ini.

Bilakah vaksin ini dapat digunakan ke atas manusia?

Vaksin selalunya mengambil masa bertahun untuk dibangunkan, kadangkala sehingga sedekad. Saintis berharap untuk melakukannya dengan lebih cepat.

Kebanyakan pakar mengatakan paling awal vaksin dapat disiapkan adalah pada pertengahan tahun 2021, lebih kurang 12-18 bulan sejak pertama kali virus ini dikenal pasti.

Tempoh ini dianggap sebagai suatu kejayaan besar jika vaksin tersebut benar-benar berkesan tetapi masih tiada jaminan.

Sehingga kini terdapat 4 jenis koronavirus merebak dikalangan manusia dan kita masih belum ada vaksin untuk mana-mana jenis koronavirus.

Apakah yang masih perlu dilakukan?

Banyak kumpulan pengkaji sedang merangka vaksin-vaksin terbaru, tetapi masih banyak yang perlu dilakukan:

  • Ujian klinikal mesti menunjukkan vaksin tersebut betul-betul selamat, ianya tidak akan berguna jika vaksin tersebut menyebabkan masalah kepada manusia.
  • Ujian klinikal juga mesti menunjukkan keberkesanan vaksin itu dalam melatih sistem imun manusia.
  • Jalan untuk menghasilkan vaksin dengan skala besar mesti difikirkan untuk melindungi seluruh umat manusia dari Covid-19.
  • Vaksin yang dihasilkan mesti mendapat pengesahan badan kerajaan yang bertauliah sebelum digunakan.
  • Akhir sekali akan terdapat banyak masalah logistik dalam pemberian vaksin ini yang perlu difikirkan apabile vaksin tersebut siap kelak.

Kebanyakan negara masih dalam perintah berkurung menjadikan proses penghasilan vaksin lebih lambat.

Satu lagi cabaran adalah bagaimana untuk menjalankan ujian klinikal, sama ada perlu menjangkitkan spesimen manusia dengan virus Covid-19. Ianya berisiko tinggi kerana sehingga kini belum ada rawatan yang tepat untuk penyakit Covid-19.

Isu etika dalam ujian klinikal Covid-19 perlu diberi perhatian

Berapa ramaikah yang perlu divaksin?

Adalah sukar untuk menganggarkan jumlah ini sebelum kita ketahui keberkesanan vaksin tersebut.

Pakar menjangkakan lebih kurang 60-70% manusia perlu diberikan imunisasi terhadap Covid-19 bagi mengawal penularan (juga dikenali sebagai herd imuniti).

Ini bermaksud beberapa bilion manusia perlu divaksinkan bagi memastikan herd imuniti dapat dicapai.

Bagaimanakah vaksin koronavirus dihasilkan?

Cara vaksin bertindak adalah virus yang dilemahkan didedahkan kepada tubuh seseorang dan sistem imuniti orang tersebut akan bekerja untuk menghasilkan antibodi terhadap virus tersebut.

Apabila virus sebenar menyerang, badan sudah mempunyai antibodi yang tepat untuk melawan virus itu sebelum menyebabkan apa-apa penyakit.

Teknik virus yang dilemahkan ini telah digunakan ke atas vaksin MMR (measles, mumps, rubella) dan vaksin ini tidak menyebabkan penyakit ke atas penerima kerana virus telah dilemahkan.

Vaksin untuk selsema tidak berapa berkesan kerana virus selesema berubah-ubah mengikut musim dan vaksin perlu selalu diambil sekurang-kurangnya setahun sekali.

Namun untuk koronavirus, satu teknik baru telah digunakan yang dipanggil vaksin ‘plug & play’. Kerana kita tahu kod genetik penuh untuk Sars-CoV-2, pengkaji dapat membina semula virus ini.

Pengkaji di Oxford telah meletakkan sebahagian kecil kod genetik Sars-CoV-2 ke dalam virus lain yang selalu menjangkiti chimpanzee. Mereka berharap supaya badan chimpanzee tersebut dapat menghasilkan antibodi yang dapat menewaskan Covid-19.

Kumpulan lain pula menggunakan kod genetik tersebut untuk dimasukkan kedalam badan di mana protein yang dihasilkan berdasarkan kod genetik tersebut dapat membuatkan sistem imun badan bertindak.

Adakah vaksin koronavirus dapat melindungi semua peringkat umur?

Ya, vaksin ini sepatutnya dapat melindungi semua peringkat umur tetapi respons sistem imuniti mungkin lebih lambat bagi orang yang lebih berumur seperti yang berlaku pada vaksin selsema.

Namun hal ini mungkin dapat diatasi dengan memberikan dos beberapa kali atau mungkin menggunakan bahan kimia tertentu (adjuvan) yang membantu meningkatkan penghasilan antibodi.

Siapakah yang akan menerima vaksin koronavirus?

Jika vaksin berjaya dihasilkan, pada peringkat awal mungkin terdapat bekalan yang terhad. Jadi adalah penting untuk memikirkan keutamaan yang sesuai.

Pekerja kesihatan yang berhubung terus dengan pesakit Covid-19 wajib diberikan vaksin ini terlebih dahulu. Berdasarkan statistik, orang tua menerima kesan lebih teruk disebabkan Covid-19 jadi mereka juga perlu diberi vaksin ini dahulu.

Penjaga kepada orang-orang tua perlu mendapatkan vaksin ini jika ianya tidak sesuai diberikan kepada mereka.

Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.