Penyakit Demam Campak – Punca, Tanda & Rawatan

Demam campak (rubeola) ialah penyakit yang sangat mudah berjangkit yang akan menyebabkan ruam, demam dan batuk tetapi boleh dicegah menggunakan vaksin.

Demam campak (rubeola) ialah penyakit yang sangat mudah berjangkit yang akan menyebabkan ruam, demam dan batuk. Ia adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles (measles morbillivirus).

Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.

Bagaimanapun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (imun) pada penyakit ini sejak adanya program imunisasi kebangsaan.

Demam campak sering dikelirukan dengan penyakit Roseola Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan demam campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan kebah. Satu lagi penyakit yang menyerupai campak adalah rubella.

Tanda-tanda dan gejala

Tanda-tanda demam campak ialah antara 10 hingga 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkan tanda dan gejala demam campak seperti:

  • Demam tinggi
  • Batuk, selesema dan sakit tekak
  • Mata berair dan sensitif kepada cahaya
  • Sakit otot
  • Koplik spot – tanda putih di dalam mulut
Ruam demam campak

Ia mudah berjangkit kepada kanak-kanak kecil bawah 10 tahun. Kanak-kanak berasa tidak selesa apabila mengidap demam campak. Anak anda mungkin sentiasa berada di katilnya ketika suhu badannya tinggi.

Kronologi demam campak

Hari pertama iaitu tanda-tanda awal bayi didapati demam meragam, letih lesu disertai dengan selsema, batuk, mata berair dan merah. Juga terdapatnya bintik putih yang dikelilingi warna merah di bahagian dalam mulut kanak-kanak.

Bertindak segera dengan melakukan perkara berikut:

  • Bawa anak berjumpa doktor
  • Sentiasa lap badan untuk menyejukkan badannya
  • Sentiasa periksa suhu badan anak anda. Sekurang-kurangnya dua kali sehari. Dan setiap lima atau enam jam apabila demamnya tinggi.
  • Sentiasa berada di sisinya
  • Berikan dia minum air banyak supaya demam cepat turun dan air serta zat besi yang hilang akibat muntah dan cirit-birit mendapat gantian
  • Pastikan suhu badan turun dengan lap badan anak dengan air sejuk. Pakaikan dia pakaian yang      nipis. Asingkan kanak-kanak ini dari anak-anak yang lain
Koplik spot – tanda putih dalam mulut

Bila Demam Kebah

Pada hari keempat demam mula turun dan kira-kira pada hari kelima ruam mula timbul dari kepala turun ke tangan, badan dan kaki. Enam atau tujuh hari selepas ruam campak keluar barulah ruam campak yang halus dan bertompok-tompok merah mula menghilang.

Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain (sehingga 4 hari selepas ruam timbul).

Komplikasi

Antara komplikasi yang sering terjadi adalah:

Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian. Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Komplikasi yang serius terjadi terutama kepada golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imun sistem yang rendah seperti penghidap HIV atau penyakit kronik.

Vaksin demam campak

Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan imunisasi MMR (measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun.

MMR adalah vaksin yang selamat. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan.

Rawatan

Segera dapatkan rawatan di pusat kesihatan berdekatan. Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala:

  • Panadol untuk mengurangkan demam
  • Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
  • Berehat dan minum air yang cukup

Kadangkala doktor akan memberikan ubat antibiotik jika keadaan bertambah teruk. Namun, ubat antibiotik bukan semata-mata untuk merawat penyakit ini tetapi juga untuk mengelakkan dari komplikasi atau jangkitan sampingan yang menyerang.

Jika tiada sebarang rawatan lanjut diberikan ia boleh membawa maut. Maut boleh berlaku tiga atau empat hari selepas jangkitan paru-paru dan jangkitan ini boleh berlaku selepas ruam campak hilang.

Juga seminggu atau dua selepas campak sembuh tiba-tiba si pesakit menunjukkan tanda-tanda sistem urat sarafnya terganggu. Malah ada juga kanak-kanak tidak sedarkan diri buat beberapa minggu atau kadangkala mengakibatkan lumpuh.

Bagaimana 60 hingga 70 peratus daripada kanak-kanak yang diserang campak sembuh sementara 10 peratus lagi diserang komplikasi sampingan demam campak.

Rumusan

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.