Lari pecut bererti berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi bahagian- bahagian anggota badan, iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat ( 100m, 200m, dan 400m ) yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik untuk membuat larian sepantas mungkin.
Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani, guru hendaklah menerangkan tentang cara pergerakan yang betul kepada pelajar mereka. Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut:
- Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki.
- Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut.
- Tangan digerakkan dengan pantas.
- Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa ( tidak ditegangkan).
Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk menempa kejayaan. Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan dengan acara-acara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin, permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin juga insentif yang ditawarkan. Berlari merupakan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. Amat sukar bagi seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yang membolehkan dia bertindak sedemikian.
Untuk berlari dengan pantas seseorang perlu kemahiran yang tinggi, fikiran dan kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah kebolehan semulajadi. Latihan yang teratur dan berjadual akan membolehkan seseorang menjadi pelari yang baik menerusi potensi yang sedia ada dalam diri seseorang. Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari- pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari.
Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai kordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari. Bagi faktor jarak langkah pula ianya bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut sendi pinggang.
Teknik dan Gaya
Terdapat dua teknik yang digunakan untuk memulakan larian iaitu gaya berdiri dan gaya dekam. Kebiasaanya atlit menggunakan larian gaya berdiri bagi acara pecut.
Gaya berdiri
- Persediaan
- Peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan ‘ke garisan’ diberi.
- Ke garisan
- Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat kepada garisan mula tanpa menyentuhnya, kaki belakang sedikit ke belakang, kira-kira 30-40 cm dan mengimbangkan badan.
- Bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan.
- Condongkan badan ke hadapan.
- Kedua-dua belah tangan berada di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki hadapan.
- Sedia
- Condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan.
- Bengkokkan lutut kaki hadapan dan kaki belakang tolak ke tanah.
- Badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol ataupun tiupan wisel.
- Mula
- Pelari mula bergerak apabila mendengar bunyi tembakan dengan menolak kuat kaki hadapan.
Gaya Dekam
Sejak Sukan Olimpik Moden pada 1896, teknik lari pecut tidak berubah pada prinsipnya. Pemenang acara 100m, Thomas Burke dari Amerika Syarikat menggunakan gaya dekam yang serupa dengan gaya peluru pada masa ini. Gaya ini sangat rumit tetapi boleh diajar kepada pelari baru. Gaya ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu gaya pendek atau peluru, gaya sederhana dan gaya panjang.
- Gaya peluru (kedua-dua belah kaki peserta dirapatkan, iaitu hujung kaki belakang ditempatkan selari dengan bahagian tumit kaki hadapan)
- Gaya sederhana (lutut kaki belakang selari dengan hujung kaki hadapan)
- Gaya panjang (lutut kaki belakang selari denagn bahagian tumit kaki hadapan)
Kesesuaian dan keberkesanan sesuatu gaya yang digunakan dipengaruhi oleh faktor- faktor seperti berikut:
- bentuk badan peserta (tinggi/rendah)
- masa tindak balas peserta
- kekuatan kaki
- koordinasi yang cekap
Fasa Pergerakan Lari Pecut
Lari pecut boleh dibahagikan kepada fasa-fasa berikut:
- Fasa permulaan
- Fasa larian
- Fasa pecutan
- Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan
- Fasa larian selekoh
Fasa permulaan
Terdiri daripada 3 bahagian iaitu gaya peluru, gaya sederhana dan gaya panjang.
a) Mulakan larian tanpa blok permulaan
- Gaya peluru berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki. hujung tapak kaki belakang selari dengan tumit tapak kaki hadapan. ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
- Gaya sederhana berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tapak kaki hadapan ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk
- Gaya panjang berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tapak kaki hadapan ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk
b) Memulakan larian dengan blok permulaan
- Gaya peluru blok permulaan adalah rapat dengan garisan permulaan. blok hadapan diletakkan dua tapak dari garisan permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan
- Gaya sederhana letakkan blok pertama dua tapak dari garisan permulaan blok belakang dua tapak dari bahaguan hadapan blok hadapan
- Gaya panjang blok hadapan diletakkan dua tapak dari garisan permulaan blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan
Kedudukan tangan, kepala dan leher
- Kedua belah tangan lurus dan dibuka seluas bidang bahu.
- Ibu jari dan jari penunjuk dibuka luas dengan jari-jari lain rapat di antara satu sama lain, diletak di belakang garis permulaan.
- Kepala dan leher didongak, mata pandang ke hadapan
Fasa Sedia
- Badan diangkat dan condong ke hadapan
- Kedua tangan lurus menahan berat badan
- Kaki belakang hampir lurus
- Kepala pandang hadapan
Fasa Berlepas
- Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan pantas serta tahap rendah
- Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya
- Dimulakan dengan larian /pecutan dalam jarak 30 – 60 meter, kedudukan condong ke hadapan dan akan berubah
- Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini
- Tahap kelajuan maksima atlet akan ditentukan oleh tahap kuasa dan kekuatan ototnya serta bagaimana kelajuan dapat dikekalkan
Fasa penamat
- Faktor yang paling penting untuk menamatkan larian ialah untuk berlari 10 m lebih dari jarak larian sebenar. Contoh :- Larian untuk larian 100m, pelari haruslah berlari untuk 110 m.
- Atlit akan terus memecut serta mengekalkan kelajuan melintasi garisan penamat.
- Tonjolkan bahagian torso (badan-dada) ke hadapan
- Bahu diangkat dan tangan ditarik ke belakang Menamatkan Perlumbaan Lari Pecut Semasa menuju ke garisan penamat, seseorang pelari tidak digalakkan melompat ke garisan tersebut, sebaliknya dia hendaklah terus berlari tanpa mengurangkan kepantasannya. Amalan ini hendaklah ditegaskan oleh guru sepaya murid faham dengan maksud “lari terus melintasi garisan penamat‟.
Biasanya dalam perlumbaan lari pecut, apabila tiba di agrisan penamat, pelari akan:
- mendepakan tangannya ke belakang dan bandannya digerakkan ke hadapan
- memusingkan sebe;ah bahunya ke hadapan pada saat-saat akhir
- menundukkan kepalanya
Tanpa mengira gaya apa yang digunakan ketika sampai di garisan penamat, kedudukan pelari-pelari akan ditentukan mengikut susunan bahagian tubuh mereka iaitu bahagian torso yang jelas mencecah alur menegak terdekat garisan penamat.
Latihan / Drill ansur maju
Latihan mendorong
- Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan.
- Berlari mengutip pundi saga/kacang secara berganti-ganti dalam kumpulan.
- Larian baying-bayang secara berpasangan, seorang mengejar dan seorang lagi berlari untuk mengelakkan diri disentuh.
- Lari berganti-ganti ulang-alik : larian20 meter berkumpulan .
Larian teknik pecut
- Berlari dengan melangkah panjang.
- Berjalan dengan lutut tinggi , berlari dalam kumpulan, mengangkat lutut.
- Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
- Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
- Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
- Berlari menyepak ke belakang.
- Berlari dengan lutut tinggi dan memecut.
- Latihan pergerakan tangan; berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90 darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung.
Latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan
- Melonjak untuk jarak.
- Melangkah panjang ( bounding)
- Melonjak dan melangkah melepasi halangan.
Undang-undang dan Peraturan
- Jika permulaan batal, pelepas-ulang menembak pistol sekali lagi serta-merta dan memanggil semula semua pelari.
- Peserta yang melakukan kesilapan diberi amaran.
- Permulaan yang baru akan dilakukan.
- Jika peserta yang sama melakukan kesilapan, dia akan disingkirkan daripadabertanding.
- Peserta hendaklah berlari di lorong masing-masing.
Penutup
Sebenarnya kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada kecergasan fizikal sahaja kerana terdapat banyak faktor lain yang terlibat dalam pembentukan seorang atlit yang berjaya. Pada kebaisanya atlit yang berlatih dan bersedia dengan rapi akan berjaya.
Atlit mestilah secara sukarela menerima persaingan kerana pencapaian dalam sukan adalah hasil hasil dari pernyataan kebebasan personel. Faktor sosial, politik, identifikasi personel dan tindakbalas personel adalah faktor penting dalam menentukan perlakuan manusia (Hans Lenk 1984).
Atlit bertaraf dunia biasanya merupakan mereka yang sukakan persaingan dan insan yang aktif. Oleh itu sukan membawa kepada peluang yang penting kepada individu yang sukakan aktiviti yang mencabar. Oleh kerana itu sukan membawa kepada peluang yang penting kepda individu yang sukakan aktiviti mencabar. Akhirnya atlit perlu mempunyai disiplin diri dan falsafah di samping kecergasan fizikal untuk muncul sebagai juara.
Tulis Komen