Lari berganti-ganti merupakan sebahagian dari acara olahraga yang dipertandingkan. Ianya meliputi. Ianya memerlukan peserta membawa baton dari tempat permulaan sehingga tempat penamat menerusi 4 orang peserta secepat mungkin.
Antara Jenis acara lari berganti-ganti dalam kebanyakan perjumpaan olahraga pelbagai peringkat termasuklah:
- 4 x 100 meter
- 4 x 200 meter
- 4 x 400 meter
- 4 x 1600 meter
Lari berganti-ganti merupakan antara acara yang paling diminati & paling mendapat sambutan di kalangan pelari dan penonton. Faktor utama penentu kejayaan adalah persefahaman di antara pelari dalam pasukan.
Teknik dan Gaya
Fasa Pergerakan Lari berganti-ganti
- Fasa permulaan
- Fasa larian
- Fasa pecutan
- Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan
- Fasa larian di selekoh
- Fasa penamat
Fasa Permulaan
- Terbahagi kepada 3 iaitu gaya peluru, gaya sederhana, dan gaya panjang.
Memulakan Larian Tanpa Blok Permulaan
1. Gaya peluru
- berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak.
- hujung tapak kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan.
- ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
2. Gaya sederhana
- berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak.
- lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.
- ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
3. Gaya panjang
- berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau 1.5 tapak.
- lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan.
- ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
Fasa Larian
Memulakan Larian dengan Blok
Gaya larian melibatkan 3 gaya iaitu:
- Gaya peluru – blok permulaan adalah rapat dngan garis permulaan. Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
- Gaya sederhana – gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
- Gaya panjang – blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
Fasa Pecutan
- Selepas arahan pelepas ‘ke garisan’ diberi, pelari mengmbil tempatnya di blok permulaan.
- Kedudukan tangan – tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antaa satu sama lain, diletak di belakang garis mula.
- Kedudukan kepala dan leher – kepala dan leher didongak sebagai sebahagian dari ‘torso’. Mata pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan.
- Selepas arahan ‘sedia’ diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan dicondong ke hadapan.
- Pergerakan tangan dan kaki – selepas ‘ bang’ atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan kaki. – tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan. Tangan lain digerakkkan ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah.
- Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.
Fasa Kelajuan Maksimum dan Pengekalan Kelajuan
- Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter.
- Pecutan berlaku pada awal larian -95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter.
- Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya aka ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya.
Fasa Penamat
- Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya.
- Mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat.
- Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan.
Latihan / Drill ansur maju
a) Latihan statik– berpasangan Latihan ini terdiri daripada 2 orang pelari, pelari A dan pelari B. Pelari A berdiri lebih kurang satu meter di belakang pelari B. pelari A memberi isyarat kepada pelari B dan pelari B menghulurkan tangan kanannya ke belakang. Pelari B kemudian menarik tangannya ke hadapan sebaik sahaja pelari A menepuknya dengan tangan kiri. Lakukan latihan ini secara berulang-ulang.
b) Latihan bergerak– berpasangan Asingkan kedudukan kedua-dua pelari dalam jarak lebih kurang 30 meter. Pelari A berlari dan apabila dia sampai di tandaan, pelari B pula mula berlari. Pelari A terus mengejar pelari B untuk member baton kepadanya. Jarak bolehlah diubah mengikut kesesuaian.
Penamat
Dalam acara larian berganti-ganti 4 x 100 meter, pelari yang terakhir tidak digalakkan melompat ke garisan penamat semasa menuju ke garis tamat, sebaliknya dia hendaklah terus berlari mengurungkan kepantasannya.
Biasanya pelari akan mendapatkan tangannya ke belakang dan badannya (bahagian torso) digerakkan ke hadapan. Ada juga sesetengah pelari yang menamatkan lariannya dengan gaya menundukkan bahagian kepalanya apabila tiba di garisan tamat.
Undang-undang dan Peraturan Peraturan Umum
Dalam acara 4 x 100 meter setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 4 orang peserta dan seorang lagi pelari simpanan.
Kedudukan pelari bagi sesebuah pasukan ditentukan oleh jurulatih sebelum perlumbaan dijadikan. Sebarang penukaran pelari hendaklah dibuat sebelum perlumbaan demulakan.
Komposisi pasukan dan giliran ahli-ahli pasukan untuk acara lari berganti-ganti mestilah dinyatakan secara rasmi sebelum permulaan setiap pusingan pertandingan.
Semua pelari dalam sesebuah pasukan akan berlari dalam lorong yang sama yang telah ditetapkan menerusi undian sebelum perlumbaan dijalankan. Semua pelari dalam acara 4 x 100 meter berganti-ganti hendaklah berlari mengikut lorongnya sehingga ke akhir lariannya.
Pelari hendaklah berlari dengan mematuhi aturan dan undang-undang yang ditetapkan. Sebarang tindakan, perbuatan atau perlakuan yang boleh menghalang atau mengganggu perjalanan acara ini boleh menyebabkan acara larian dibatalkan.
Setiap pelari hendaklah memakai pakaian yang sesuai dengan baju yang bernombor serta lambing dan warna pasukan masing-masing. Nombor peserta hendaklah dipakai di depan (dada) dan di belakang.
Pelari pertama hanya akan memulakan larian setelah isyarat diberikan pegawai pelepas. Arahan sebelum lumba lari adalah : “ ke garisan” “sedia” dan diikuti oleh bunyi pistol.
Torso (bahagian dada) seseorang pelari yang pertama tegak lurus dengan garisan penamat dianggap sebagai pemenang.
Baton
NOTA: Baton mestilah tiub kosong dan licin dan bulat, dibuat dari kayu,logam atau benda yang kejor/tegar dalam satu pecahan. Panjangnya tidak lebih dari 30sm. (1 kaki) dan tidak kurang dari 28sm. (11 inci). Lengkaran (kelilingnya) antara 120-130 milimeter (4.75 inci) dan beratnya tidak kurang dari 50 gram.
Penukaran baton hendaklah dilakukan dalam petak penukaran(zon mengambil alih)20m. Garisan selebar 50mm akan dibuat melintasi balapan 10 meter sebelum dan selepas garis permulaan untuk menandakan zon penukaran baton. Penukaran yang dibuat di luar kawasan akan menyebabkan acara larian dibatalkan.
NOTA: Penukaran baton bermula apabila ianya menyentuh tangan pelari penerima dan ia berakhir apabila baton berada di dalam pelari tersebut.
Peserta-peserta setelah memberi baton hendaklah barada dalam lorong masing- masing sehingga peserta-peserta lain telah lalu, supaya mengelakkan gangguan kepada lain-lain peserta. Jika seseorang menjatuhkan baton, pelari yang menjatuhkan baton itu hendaklah mengambilnya semula dan menghantar kepada peserta seterusnya.
Semasa mengambil baton dari balapan, pelari itu tidak seharusnya mengganggu pelari lain. Pelari pertama dalam acara ini hendaklah bermula dengan menggunakan blok mulaan bersama dengan membawa baton.
Penutup
Semangat kerjasama amat di perlukan dalam acara ini kerana ia merupakan acara berpasukan yang memerlukan komitmen yang tinggi dalam diri peserta.Kerjasama yang erat serta teknik larian yang betul akan dapat menghasilkan kejayaan diakhir acara ini.
Tulis Komen