Senarai Nama Ubat dan Kegunaannya

Senarai nama ubat ini hanyalah melibatkan nama ubat generik sahaja beserta kegunaannya secara ringkas. Sila gunakan fungsi carian di bawah untuk mencari nama ubat yang anda mahukan.

0-9
A
Acarbose
Digunakan untuk rawatan:
1. Kencing Manis Jenis 2- Tidak Bergantung Insulin (NIDDM) apabila kawalan pemakanan tidak mencukupi.
2. Kencing Manis Jenis 2- Tidak Bergantung Insulin (NIDDM) dengan kombinasi ubat oral yang lain apabila kawalan gula tidak mencukupi.
Acetazolamide
Mengurangkan tekanan di dalam bebola mata untuk pesakit glaukoma. Ubat ini merupakan sejenis diuretik dan penekan carbonic anhydrase.
Acetylcysteine
Antidot untuk keracunan Paracetamol.
Acetylsalicylic Acid
Dikenali juga sebagai aspirin, ubat ini adalah dari kumpulan Non Steroidal Anti-Inflammatory Drugs (NSAIDs). Digunakan untuk mencegah serangan jantungstrok, mini strok, salur darah tersumbat dan Deep Vein Thrombosis. Juga digunakan sebagai ubat penahan sakit tahap lemah ke sederhana.
Acitretin
Untuk rawatan psoriasis. Juga digunakan dalam rawatan congenital ichthyosis, pityriasis rubra pilaris dan penyakit Darier jika tidak berkesan menggunakan rawatan lain. Ubat ini merupakan generasi kedua retinoid.
Acriflavine
Untuk luka-luka, calar, kecederaan, terbakar dan juga jangkitan pada kulit.
Actinomycin D (Dactinomycin)
1. Untuk rawatan ketumbuhan.
2. Rawatan penyakit gestational trophoblastic.
Acyclovir
1. Rawatan jangkitan Herpes simplex dan Varicella zoster infections.
2. Pencegahan jangkitan Herpes simplex untuk pesakit kurang imuniti.
Adalimumab
1. Rawatan psoriasis
2. Rawataan Crohn’s Disease
3. Rawatan Ulcerative Colitis
4. Alternatif untuk rawatan rheumatoid arthritis, Psoriatic arthritis dan Ankylosing spondylitis apabila rawatan lain kurang berkesan.
Adapalene
Rawatan masalah jerawat yang teruk atau Acne Vulgaris.
Adenosine
Rawatan penyakit paroxysmal supraventricular tachycardia.
Adrenaline Acid (Epinephrine)
Ketika proses Cardiopulmonary resuscitation (CPR).
Afatinib Dimaleate
Dalam rawatan kanser paru-paru.
Aflibercept
1. Dalam rawatan penyakit degenerasi makular disebabkan umur (wet AMD)
2. Untuk rawatan hilang penglihatan akibat makular edema yang disebabkan oleh kencing manis.
Agomelatine
Rawatan kemurungan (major depression).
Albendazole
1. Membunuh cacing parasit dalam sistem pencernaan.
2. Jangkitan Strongyloides.
Alendronate Sodium
Rawatan penyakit osteoporosis.
Alfacalcidol
Untuk rawatan:
1. Masalah renal osteodystrophy untuk pesakit hemodialisis.
2. Penyakit hypoparathyroidism dan pseudohypoparathyroidism.
3. Penyakit rickets dan osteomalacia.
4. Penyakit osteoporosis.
Alfentanil
Sebagai ubat penahan sakit tempoh singkat untuk prosedur kecil atau prosedur harian (day-care).
Alfuzosin
Rawatan penyakit benign prostatic hypertryophy (BPH).
Alglucosidase
Rawatan penyakit Pompe pada kanak-kanak.
Alkaline Nasal Douche
Untuk membuang plug dalam hidung.
Alkohol 70%
Sebagai bahan penyahkuman dan antiseptik.
All-Trans Retinoic Acid
Rawatan promyelocytic leukemia akut.
Allopurinol
Untuk rawatan:
1. Penyakit gout atau gouty arthritis.
2. Urate nephropathy.
3. Urate nephrolithiasis.
4. Masalah cytotoxic kemoterapi atau radioterapi untuk pesakit limfoma atau leukemia.
Alprazolam
Rawatan masalah keresahan (anxiety).
Alprostadil
Rawatan masalah jantung kongenital yang bergantung kepada ductus arteriosus.
Alteplase
Rawatan trombolitik untuk strok iskemia akut.
Amantadine
Rawatan penyakit Parkinson.
Amikacin
Sebagai antibiotik untuk jangkitan kuman.
Amiloride dan Hydrochlorothiazide
1. Ubat diuretik untuk masalah edema.
2. Rawatan tekanan darah tinggi.
Aminophylline
Rawatan pengecutan salur pernafasan dan salur pernafasan tersekat.
Amiodarone
Rawatan masalah ritma jantung (arrythmia).
Amisulpride
Rawatan psikosis terutamanya skizofrenia akut atau kroni dengan gejala negatif.
Amitriptyline
Rawatan masalah kemurungan atau depresi.
Amlodipine
Rawatan tekanan darah tinggi.
Amlodipine dan Valsartan
Rawatan tekanan darah tinggi terutamanya yang tidak boleh dikawal dengan satu jenis ubat.
Ammonium Bicarbonate atau Tincture Ipecac
Ubat batuk.
Amorolfine
Rawatan jangkitan kulat.
Amoxicillin
Antibiotik untuk jangkitan kuman.
Amoxicillin & Clavulanate
Antibiotik untuk jangkitan kuman.
Amoxicillin Trihydrate
Antibiotik untuk jangkitan kuman.
Amphotericin B
Rawatan jangkitan kulat.
Ampicillin Sodium
Antibiotik untuk jangkitan kuman.
Ampicillin Sodium & Sulbactam Sodium
Antibiotik untuk jangkitan kuman.
Ampicillin Trihydrate
Antibiotik untuk jangkitan kuman.
Anastrozole
Rawatan hormon untuk pesakit kanser payudara yang telah menopos.
Anidulafungin
Rawatan jangkitan kulat kandidiasis.
Antazoline HCl, Tetrahydrozoline HCl and Benzalkonium Cloride
Rawatan konjunktivitis, alahan dan ekzematosa.
Anti Rhd Immunoglobulin
Pencegahan pengaktifan antibodi Rh(D) untuk wanita Rh(D)- negatif
Antilymphocyte/Antithymocyte Immunoglobulin (dari kuda)
1. Rawatan anti-penolakan organ, apabila rawatan lain tidak berjaya.
2. Rawatan aplastik anemia.
Antirabies Immunoglobulin
Rawatan penyakit rabies atau anjing gila, selepas pendedahan.
Antithymocyte Immunoglobulin (dari arnab)
1. Pencegahan penolakan graft.
2. Rawatan penolakan graft.
Antivenene Cobra
Rawatan pesakit yang dipatuk Cobra (Naja kaouthia) dan menunjukkan gejala sistemik.
Antivenene Pit Viper
Rawatan pesakit yang dipatuk ular Malayan Pit Viper (Calloselasma rhodostoma) dan menunjukkan gejala sistemik.
Antivenene Serum (Sea snake)
Rawatan pesakit yang dipatuk ular Sea snake dan menunjukkan gejala sistemik.
Apixaban
Pencegahan angin ahmar dan embolism sistemik.
Aprepitant
Pencegahan mual dan muntah ketika menerima kemoterapi.
Aprotinin
Ketika pembedahan jantung secara terbuka (Open Heart Surgery).
Aripiprazole
1. Rawatan untuk skizofrenia akut dan terapi sambungan.
2. Rawatan untuk episod mania akut untuk pesakit bipolar.
Arsenic Trioxide
Untuk pesakit leukemia promyelocytic akut (APML) yang sedang relaps.
Artemether + Lumefantrine
Pesakit falciparum malaria akut tanpa komplikasi.
Artesunate
Rawatan pesakit malaria teruk.
Artesunate dan Mefloquine
Rawatan pesakit malaria Plasmodium falciparum akut tanpa komplikasi, sama ada jangkitan mono P. falciparum atau campuran dengan jangkitan P. vivax.
Artificial tears atau eye lubricant ophthalmic gel
Untuk melegakan gejala mata kering atau sebagai pelincir ketika prosedur oftalmologi.
Ascorbic Acid
Kekurangan Vitamin C
Asenapine
Untuk rawatan skizofrenia dan penyakit bipolar, sebagai ubat second line.
Asid Amino
Sebagai nutrisi kepada pesakit yang memerlukan.
Atazanavir
Rawatan jangkitan HIV-1 dengan gabungan ubat antiretroviral yang lain.
Atenolol
Rawatan tekanan darah tinggi, angina pectoris, myocardial infarction dan gangguan ritma jantung.
Atomoxetine
Rawatan pesakit ADHD (kanak-kanak hiperaktif).
Atorvastatin 
Rawatan hiperkolesterolemia dan pesakit jantung koronari.
Atosiban
Untuk melambatkan kelahiran pra-matang bagi wanita mengandung yang sedang mengalami kontraksi.
Atracurium Besylate
Untuk mengendurkan dan merehatkan otot ketika bius penuh, dalam prosedur intubasi dan ventilasi.
Atropine Sulphate
1. Mengurangkan penghasilan air liur dan refleks vagal ketika bius penuh.
2. Mengurangkan kesan muscle relaxant.
3. Mengurangkan bradykardia.
4 . Keracunan organophosphate.
5. Menentukan pembiasan, strabismus, iritis dan iridocyclitis, selepas kanta mata dibuang.
Atropine Sulphate, Cocaine HCl, Adrenaline Acid Tartrate
Suntikan sub-konjunktiva untuk mengembangkan anak mata jika ubat mydriatik setempat tidak berkesan.
Azathioprine
1. Pencegahan penolakan organ dan tisu ketika pemindahan.
2. Penyakit autoimun.
3. Rheumatoid arthritis.
Azelaic Acid
Rawatan Acne Vulgaris (jerawat batu)
Azelastine Hydrochloride & Fluticasone Propionate
Rawatan pesakit alergik rhinitis tahap sederhana dan teruk.
Azithromycin
Sebagai antibiotik untuk jangkitan kuman.
B
BCG
Rawatan kanser pundi kencing permukaan.
Bacampicillin
Sebagai antibiotik untuk jangkitan kuman.
Baclofen
Masalah otot spastik.
Balanced Salt Solution
Bahan irigasi ketika pembedahan okular.
Balanced Salt Solution PLUS (diperkaya dengan sodium bicarbonate, glucose & glutathione)
Untuk irigasi ketika pembedahan okular untuk pesakit yang mempunyai masalah endothelium kornea dan kencing manis tidak terkawal.
Barium Sulphate Suspension
Untuk pemeriksaan X-ray pada:
1. Esofagus
2. Perut dan duodenum
3. Usus besar
Basiliximab
Pencegahan penolakan organ selepas pemindahan buah pinggang.
Beclomethasone Dipropionate
Rawatan pencegahan asma.
Beclomethasone dipropionate dan formoterol fumarate dihydrate
1. Rawatan asma.
2. Rawatan penyakit COPD.
Bendamustine Hydrochloride
Rawatan penyakit indolent B-cell non-Hodgkin’s lymphomas (iNHL).
Benzalkonium 0.01% – 0.02%
Rawatan ruam lampin atau nappy rash.
Benzalkonium Chloride Disinfectant
Bahan pencuci dan penyahkuman pada sebarang permukaan objek.
Benzathine Penicillin
Sebagai antibiotik untuk jangkitan kuman.
Benzhexol
Untuk rawatan:
1. Penyakit Parkinson
2. Parkinson disebabkan ubat
3. Dystonia
Benzoic Acid
Untuk jangkitan fungus.
Benzoin Compound Tincture
Untuk jangkitan kulit atau luka.
Benzoyl Peroxide
Untuk rawatan jerawat.
Benzydamine HCl
Mengurangkan kesakitan dalam mulut.
Benzyl Benzoate
Rawatan penyakit kudis buta atau scabies.
Benzylpenicillin
Sebagai antibiotik untuk jangkitan kuman.
Betahistine Dihydrochloride
Rawatan untuk:
1. Penyakit Sindrom Meniere
2. Vertigo vestibular
C
D
E
F
G
Glukos
Sebagai nutrisi kepada pesakit yang memerlukan.
H
I
J
K
Krim Aqueous
Untuk kulit kering.
L
Lipid
Sebagai nutrisi kepada pesakit yang memerlukan.
M
N
O
P
Q
R
S
T
U
V
Vaksin BCG
Pencegahan tuberkulosis atau batuk kering.
W
X
Y
Z
Zat galian dan elektrolit
Sebagai nutrisi kepada pesakit yang memerlukan.