kamus perubatan

Kamus Perubatan

Kamus perubatan ini menyediakan senarai terma perubatan beserta maksudnya secara ringkas. Sila gunakan fungsi carian di bawah untuk mencari terma perubatan yang anda mahukan.

0-9
A
Abdomen
Merupakan kawasan badan yang terletak di antara dada dan juga pubis yang mengandungi banyak organ seperti organ hepatobiliari dan saluran pencernaan.
Ablasi
Proses membuang dan memusnahkan bahagian atau tisu badan. Boeh dilakukan dengan pebagai teknik seperti pembedahan, radiasi atau menggunakan ubat.
Abnormal
Sesuatu yang tidak normal atau di luar kebiasaan seperti ketumbuhan.
Abses
Ruang yang mengandungi nanah. Disebabkan oleh jangkitan kuman dan boleh berlaku di mana-mana bahagian badan.
Agen biologi
Hidupan yang boleh menyebabkan sesuatu berlaku seperti penyakit. Antara contoh agen biologi adalah bakteria dan virus.
Akupuntur
Kaedah rawatan alternatif dengan menusuk jarum melalui kulit untuk melegakan gejala seperti kesakitan dan lain-lain.
Ambulans
Kenderaan khas yang dilengkapi peralatan perubatan yang digunakan untuk mengangkut pesakit ke fasiliti perubatan.
Angin ahmar
Juga dikenali sebagai strok. Melibatkan kematian sel otak kerana bekalan darah terhalang atau disebabkan salur darah yang pecah.
Aphasia
Aphasia merupakan kehilangan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi dari segi bahasa, pertuturan dan lain-lain disebabkan oleh kerosakan sel saraf otak.
Asid refluks
Asid refluks merupakan keadaan di mana asid dari perut masuk semula ke dalam esofagus disebabkan masalah bukaan hujung esofagus. Jika berlaku dengan kerap boleh menyebabkan penyakit GERD.
B
BPH
Dikenali juga sebagai benign prostatik hiperplasia. Merupakan kelenjar prostat yang membesar dan menyebabkan pelbagai gejala kepada lelaki yang berumur tetapi bukan sejenis kanser.
Bakteria
Organisma halus yang wujud di alam sekeliling. Ada bakteria yang boleh menyebabkan penyakit kepada manusia dan ada yang membantu proses badan manusia.
Benign
Ketumbuhan yang tidak merbahaya dan bukan ketumbuhan kanser.
Benign prostatik hiperplasia
Dikenali juga sebagai BPH. Merupakan kelenjar prostat yang membesar dan menyebabkan pelbagai gejala kepada lelaki yang berumur tetapi bukan sejenis kanser.
Bilateral
Pada kedua-dua belah bahagian.
Biofilem
Lapisan kuman pada gigi, juga dikenali sebagai plak.
C
D
Darah Tinggi
Penyakit darah tinggi juga dikenali sebagai hipertensi berlaku akibat tindakbalas tidak normal salur darah yang menyebabkan tekanan di dalam saluran darah meningkat melebihi dari paras normal yang boleh mengakibatkan kerosakan pada organ dan komplikasi pendarahan seperti strok.
Defisit
Kurang atau tidak mencukupi.
Degeneratif
Sesuatu keadaan yang bertambah teruk atau semakin merosot.
Dehidrasi
Kehilangan banyak air dari badan atau kekurangan air.
Deltoid
Otot pada bahagian bahu.
Demam
Keadaan di mana suhu badan menjadi tinggi melebihi 37.6°C sebagai tindakbalas badan dalam melawan penyakit.
Dementia
Juga dikenali sebagai nyanyuk. Ianya merupakan kemerosotan fungsi otak termasuk memori, kognitif dan fokus.
Dentin
Bahagian utama gigi yang seakan-akan tulang.
Deria
Juga dikenali sebagai sensori. Terdiri daripada organ yang berkaitan dengan lima deria termasuklah mata, hidung mulut, telinga dan juga kulit.
Dermatologi
Ilmu melibatkan kesihatan kulit dan rawatan berkaitan penyakit kulit.


Diagnosis
Proses yang dilakukan pengamal perubatan untuk menentukan jenis penyakit atau masalah kesihatan yang dialami seseorang melalui gejala dan tanda-tanda pada badan pesakit.
E
F
G
Gastroenterologi
Ilmu melibatkan kesihatan saluran pencernaan dan rawatan berkaitan penyakit saluran pencernaan.
Gastrointestinal
Merujuk kepada organ atau bahagian badan yang terlibat dalam proses penghadaman seperti perut, usus, esofagus, pankreas, hati dan hempedu.
H
Hati
Hati merupakan organ yang terletak di bawah tulang rusuk sebelah kanan abdomen dan berfungsi untuk mencernakan makanan di samping memproses bahan kumuh dari badan.
Hemofilia
Hemofilia merupakan penyakit keturunan yang menyebabkan kekurangan faktor pembekuan darah.
Hernia
Hernia merupakan keadaan di mana sesuatu organ telah terkeluar dari ruang asalnya disebabkan kelemahan pada otot badan.
Hipertensi
Hipertensi juga dikenali sebagai tekanan darah tinggi berlaku akibat tindakbalas tidak normal salur darah yang menyebabkan tekanan di dalam saluran darah meningkat melebihi dari paras normal yang boleh mengakibatkan kerosakan pada organ dan komplikasi pendarahan seperti strok.
I
Imunologi
Ilmu melibatkan kesihatan sistem imun manusia untuk melawan jangkitan dan penyakit.
Integumen
Merujuk kepada rambut, kuku dan juga kulit.
J
Jantung
Jantung merupakan organ yang terletak di bahagian dada sebelah kiri dan berfungsi untuk mengepam darah beroksigen ke seluruh tubuh badan manusia.
K
Kanser
Kanser adalah satu keadaan dimana sel-sel badan yang tidak normal terbentuk dan berkembang di mana ianya akan mengganggu organ-organ serta fungsi badan yang lain.
Kardiologi
Ilmu melibatkan kesihatan jantung dan rawatan berkaitan penyakit jantung.
Kardiovaskular
Bidang yang berkaitan dengan jantung, pembuluh darah dan saluran darah.
Kecemasan
Suatu keadaan atau situasi yang boleh mengancam nyawa atau menyebabkan kecacatan kepada seseorang.
Kerusi roda
Kerusi yang mempunyai roda untuk memudahkan pergerakan seseorang yang tidak boleh berjalan atau sukar untuk berjalan.
Ketumbuhan
Juga dikenali sebagai tumor. Ianya merupakan bahagian badan yang membengkak disebabkan sel-sel yang tidak normal.
Kolon
Nama lain bagi usus besar. Ianya merupakan sebahagian dari saluran pencernaan selepas usus kecil dan terletak di bahagian bawah abdomen.
Koronari
Berkaitan dengan jantung contohnya saluran darah koronari yang menghantar oksigen ke otot jantung.
L
M
Meningitis
Meningitis ialah radang pada bahagian meninges iaitu selaput otak dan saraf tunjang dan selalunya disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria.
Muntah
Pengeluaran semula isi daripada perut melalui mulut.
Muskuloskeletal
Bahagian badan yang melibatkan otot dan juga tendon.
N
Neonatologi
Ilmu melibatkan kesihatan bayi baru lahir dan rawatan berkaitan penyakit bayi yang baru lahir.
Neurologi
Ilmu melibatkan kesihatan sistem saraf dan rawatan berkaitan penyakit sistem saraf.
Nyanyuk
Juga dikenali sebagai dementia. Ianya merupakan kemerosotan fungsi otak termasuk memori, kognitif dan fokus.
O
Obstetrik
Ilmu melibatkan kesihatan ibu mengandung dan kelahiran dan rawatan berkaitan penyakit pada ibu mengandung.
Oftalmologi
Ilmu melibatkan kesihatan mata dan rawatan berkaitan penyakit mata.
Onkologi
Ilmu melibatkan kanser dan rawatan berkaitan penyakit kanser.
Osteoporosis
Penyakit tulang rapuh atau lebih dikenali sebagai osteoporosis merupakan sejenis penyakit berkaitan tulang yang sering menyerang mereka yang lebih berumur dan akan menyebabkan tulang menjadi lebih poros.
Otak
Organ terpenting di dalam tubuh yang dilindungi oleh tengkorak dan berfungsi untuk mengawal kesemua aktiviti, pergerakan, pemikiran dan juga perasaan seseorang.
Otorinolaringologi
Ilmu melibatkan kesihatan telinga, hidung dan tekak dan rawatan berkaitan penyakit telinga, hidung dan tekak.
P
Paru-paru
Organ yang terletak di bahagian dada yang dilindungi oleh tulang rusuk dan berfungsi sebagai kawasan pertukaran gas oksigen ketika proses pernafasan.
Parut
Kesan yang terjadi pada kulit atau badan akibat daripada kecederaan, penyakit atau prosedur pembedahan.
Pediatrik
Ilmu melibatkan kesihatan kanak-kanak dan rawatan berkaitan penyakit kanak-kanak.
Pembedahan
Rawatan bagi kecederaan dalaman atau kerosakan anggota badan dengan cara memperbaiki bahagian badan yang berkaitan atau membuangnya.
Perubatan sukan
Ilmu melibatkan kesihatan ahli sukan dan rawatan berkaitan penyakit disebabkan sukan.
Perut
Perut merupakan organ yang terletak pada bahagian kiri atas abdomen yang berfungsi untuk mencernakan makanan sebelum memasuki usus.
Pesakit Dalam
Seorang pesakit yang perlu tinggal di hospital (masuk ke wad) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Pesakit Luar
Seseorang pesakit yang menerima rawatan di klinik atau unit kecemasan tanpa perlu masuk ke wad (tinggal di hospital).
Picagari
Juga dikenali sebagai syringe. Sejenis alatan yang biasa digunakan bersama jarum suntikan untuk mengambil sampel darah daripada seseorang atau untuk menyucuk masuk ubat ke dalam tubuh pesakit.
Plak
Lapisan kuman pada gigi, juga dikenali sebagai biofilem.
Prosthesis
Anggota badan buatan yang dihasilkan untuk menggantikan fungsi atau kosmetik anggota badan yang asal.
Psikiatri
Ilmu melibatkan kesihatan mental dan rawatan berkaitan penyakit mental.
Pulmonologi
Ilmu melibatkan kesihatan paru-paru dan rawatan berkaitan penyakit paru-paru.
Q
R
Rheumatologi
Ilmu melibatkan kesihatan sendi dan rawatan berkaitan penyakit sendi.
S
Sakit
Suatu keadaan yang memberikan perasaan kurang senang atau selesa oleh kerana kecederaan fizikal mahupun disebabkan oleh penyakit.
Sensori
Juga dikenali sebagai deria. Terdiri daripada organ yang berkaitan dengan lima deria termasuklah mata, hidung mulut, telinga dan juga kulit.
Sistem pernafasan
Bahagian-bahagian badan yang membantu seseorang bernafas seperti hidung, pharynx, larynx, trakea, bronchi dan paru-paru.
Sistem saraf
Terdiri daripada sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi. Sistem saraf pusat termasuklah otak dan saraf tunjang manakala saraf periferi adalah yang terdapat pada bahagian badan yang lain.
Skeletal
Segalanya yang berkait dengan tulang, rangka dan juga tendon.
Strok
Juga dikenali sebagai angin ahmar. Melibatkan kematian sel otak kerana bekalan darah terhalang atau disebabkan salur darah yang pecah.
Syringe
Juga dikenali sebagai picagari. Sejenis alatan yang biasa digunakan bersama jarum suntikan untuk mengambil sampel darah daripada seseorang atau untuk menyucuk masuk ubat ke dalam tubuh pesakit.
T
Thermometer
Alat yang digunakan untuk mengukur suhu badan seseorang.
Tumor
Juga dikenali sebagai ketumbuhan. Ianya merupakan bahagian badan yang membengkak disebabkan sel-sel yang tidak normal.
U
Urinari
Merujuk kepada bahagian badan yang mengawal kencing seperti buah pinggang dan pundi kencing.
Usus Besar
Usus besar merupakan sebahagian dari saluran pencernaan selepas usus kecil dan terletak di bahagian bawah abdomen.
Usus Kecil
Usus kecil merupakan sebahagian saluran pencernaan selepas perut dan terletak di bahagian dalam abdomen.
V
Vaksin
Merupakan virus yang dilemahkan atau sebahagian dari virus yang disuntik ke dalam badan untuk meningkatkan antibodi seseorang bagi melawan penyakit yang disebabkan virus itu.
Vaksin aselular
Vaksin yang hanya mengandungi sebahagian dari virus.
Vaskular
Melibatkan sistem pembuluh darah dan juga saluran darah.
W
X
X-ray
X-ray ialah gambar yang di ambil menggunakan sinaran-X untuk melihat keadaan dalaman badan seperti tulang, saluran pencernaan, buah pinggang dan lain-lain lagi.
Xanthoma
Merupakan timbunan lemak di bawah kulit (selalunya di bahagian mata) yang menyebabkan kulit nampak kekuningan dari bahagian luaran dan dikaitkan dengan tahap kolesterol yang tinggi.
Y
Z