Penyakit Strok (Angin Ahmar) – Punca, Tanda dan Rawatan

Strok atau angin ahmar merupakan masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah otak yang tersumbat atau pecah seterusnya menyebabkan pendarahan.

Strok atau angin ahmar merupakan masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah otak yang tersumbat atau pecah seterusnya menyebabkan pendarahan.

Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan kematian sel-sel otak dan menyebabkan fungsi otak terjejas, seperti fungsi otak berkaitan dengan percakapan, penglihatan atau pergerakan seseorang.

Strok tersumbat dan strok berdarah

Epidemiologi

Sepuluh peratus (10 %) dari kematian di negara-negara maju adalah disebabkan oleh strok. Insiden strok pada 1997 di negara Malaysia adalah  68.38 per 100 00 populasi dan ianya tertinggi di kalangan penduduk berbangsa Cina dan diikuti dengan bangsa Melayu dan India.

Kejadian strok sering dikaitkan dengan  mereka yang berpendapatan rendah (Kelas V) dan risiko untuk mendapat strok meningkat dengan peningkatan umur. Lelaki dan perempuan mempunyai risiko yang sama untuk mendapat strok.

Info ringkas strok

Faktor risiko

Antara faktor risiko mendapat angin ahmar termasuklah:

  1. Individu yang menghidap hipertensi (penyakit darah tinggi)
  2. Individu yang mengalami masalah jantung
  3. Paras kolesterol darah yang tinggi
  4. Merokok
  5. Kurang aktiviti fizikal dan kurang bersenam
  6. Berat badan yang berlebihan atau kegemukan yang melampau

Tanda dan gejala

Majoriti dari pesakit tidak mempunyai sebarang gejala-gejala strok. Selalunya tanda-tanda strok dapat dikesan semasa pemeriksaan rutin.

Tanda-tanda strok

Bagaimanapun tanda-tanda dan gejala-gejala yang boleh dialami adalah:

  1. Pening kepala (kepala/keadaan sekitar seperti berpusing)
  2. Pitam atau pengsan
  3. Anggota badan iaitu tangan dan kaki merasa kebas atau lemah atau kedua-duanya sekali 
Lemah dan kebas sebelah muka ketika strok

Rawatan

Rawatan untuk strok adalah bergantung kepada penyebab strok itu sendiri. Masalah saraf dan kelumpuhan akibat pendarahan atau kerosakan sel di otak  biasanya sukar dipulihkan kecuali pada kes yang tidak begitu teruk. Di peringkat awal selepas berlaku strok, rawatan sokongan serta ubat tertentu diperlukan untuk mengelakkan kerosakan otak yang lebih meluas atau teruk.

Rawatan sokongan  yang diberikan bergantung kepada tahap keterukan strok, di mana ianya boleh terdiri dari bantuan pernafasan, pemantauan status kardiovaskular, pemberian cecair yang diperlukan tubuh (bendalir intravena) serta jagaan kejururawatan.

Proses rehabilitasi pesakit strok

Di peringkat seterusnya, rawatan adalah lebih tertumpu kepada terapi rehabilitasi iaitu bagi mengelakkan komplikasi akibat masalah kelumpuhan atau lemah anggota, cara penggunaan tandas, penyesuaian tabiat pemakanan serta sokongan emosi.

Rawatan di peringkat ini memerlukan sokongan dari setiap anggota keluarga  bagi memastikan individu berkenaan dapat menikmati kualiti hidup yang sebaik mungkin. Penggunaan vitamin peransang saraf otak mungkin digunakan walaupun kesan pemulihan dengan penggunaannya adalah tidak begitu menggalakkan.

Pencegahan

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.