Apakah Disleksia – Tanda dan Rawatan

Disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Disleksia terdiri daripada dua perkataan Yunani iaitu “DYN” susah, dan “LEXIA” tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit.

Disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal. Mereka yang mempunyai keadaan disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada mereka yang terkenal juga mempunyai disleksia.

Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap pengidap masalah disleksia mempunyai masalah yang berbeza daripada pengidap masalah disleksia yang lain. 

Ciri-ciri Disleksia

Pengidap masalah disleksia telahpun direkodkan dalam penulisan perubatan seratus tahun yang lalu. Pada masa itu para doktor hanya boleh meneka sebab disleksia. Pada masa sekarang, kita tahu bahawa kebanyakan pengidap masalah disleksia disebabkan oleh cara penafsiran bunyi oleh otak mereka yang mempunyai disleksia. Mereka dapat mendengar dengan jelas tetapi menghadapi kesukaran untuk menafsir bunyi tersebut.

Ciri-ciri disleksia

Pemulihan disleksia

Walaubagaimanapun, kita masih tidak jelas bagaimana keadaan ini terjadi, tetapi ia dipercayai disebabkan oleh banyak faktor. Bagaimanapun, dengan pendidikan awal yang berkesan, kanak-kanak yang mempunyai keadaan disleksia dapat belajar membaca, menulis dan berinteraksi dengan kanak-kanak seperti biasa.

Kanak-kanak disleksia biasanya dapat belajar dengan lebih berkesan dalam kumpulan kecil 3 – 4 orang. Di Malaysia terdapat persatuan disleksia yang memberikan bimbingan awal kepada kanak-kanak disleksia dan ibubapa mereka.

Pemulihan disleksia

Di Malaysia terdapat Persatuan Dyslexia yang memberikan bimbingan awal kepada kanak-kanak disleksia dan ibubapa mereka.

Pusat kegiatan persatuan disleksia
Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.