Skleroderma – Punca, Tanda dan Rawatan

Skleroderma merupakan penyakit autoimun yang selalunya menyerang kulit tetapi boleh juga melibatkan organ-organ yang lain dalam badan pesakit.

Skleroderma ialah sejenis penyakit yang luar biasa, iaitu penyakit autoimun yang kronik. Penyakit ini telahpun menyerang 150,000 hingga 500,000 rakyat Amerika, khususnya kaum wanita yang berumur diantara 30 hingga 50 tahun.

Kejadian ini berlaku pada anggaran 30 pesakit bagi setiap 100,000 penduduk dan nisbah diantara perempuan dengan lelaki pula ialah empat perempuan kepada seorang lelaki.

Pengesanan

Oleh kerana penyakit ini daripada jenis yang luar biasa dan tidak ramai doktor yang pakar mengenainya, diagnosis yang tepat tentang penyakit ini sukar dilakukan dalam masa yang singkat.

Pada peringkat awal, simptom penyakit ini menyerupai lain-lain penyakit “connective tissue diseases”. Contohnya seperti penyakit Systemic Lupus Erythematosus, Polymyositis, Rheumatoid Arthritis (sebahagian daripada contoh-contoh penyakit).

Keadaan ini menyebabkan pesakit terpaksa menanggung penderitaan yang begitu lama sehinggalah mereka dapat didiagnoskan dengan sahih mengidap penyakit ini.

Jenis Skleroderma

Terdapat dua jenis utama penyakit Skleroderma, iaitu “Localized” dan “Systemic”. Jenis “localized” pula dipecahkan kepada dua jenis iaitu “Morphea” dan “Linear”. Jenis ini hanya menyerang kulit (kadangkala tisu di bawah kulit) tetapi tidak menyerang lain-lain organ di dalam badan.

Skleroderma Sistemik

Skleroderma jenis sistemik pula menyebabkan “fibrosis” (tisu berparut) berlaku pada kulit dan/atau organ-organ di dalam badan. Fibrosis akan menyebabkan kulit dan organ-organ yang kena serangan penyakit ini menjadi keras. Keganjilan ini menyebabkan penyakit Skleroderma lebih popular di kenali sebagai penyakit yang seakan mengubah manusia menjadi batu.

Punca Skleroderma

Punca-punca yang menyebabkan penyakit Skleroderma masih belum diketahui hingga hari ini. Ada beberapa kes Skleroderma disahkan berlaku kerana pesakit telah terdedah kepada bahan kimia. Faktor genetik, ‘fetal cells” dan jangkitan virus mungkin juga menjadi penyebab kepada meningkatnya jumlah pesakit Skleroderma.

Tidak diklasifikasikan sebagai penyakit mudah berjangkit (contagious). Ini bermakna anda tidak akan mendapat penyakit Skleroderma dengn berjabat tangan, berdakap, mengadakan hubungan seksual, berkongsi utensil makan, batuk atau selsema. Ianya juga bukan sejenis kanser.

Rawatan

Pada masa ini tidak ada jenis rawatan berkesan yang boleh menyembuhkan penyakit Skleroderma. Bagaimanapun, terdapat rawatan terapi yang efektif bagi mengubati simptom-simptom (tanda/pertanda penyakit) bagi penyakit Skleroderma. Kebanyakan simptom yang disenaraikan dalam web ini adalah daripada jenis “Diffuse Skleroderma”.

Ujian Klinikal Terdapat beberapa ujikaji terapi yang telah menampakkan kejayaan bagi merawat penyakit Skleroderma. Ini termasuklah “Stem Cell Transfusion” (BMT) dan Relaxin.

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.