Memahami Perkembangan Akil Baligh Yang Normal

Fasa akil baligh melibatkan perubahan hormon yang membawa kepada pematangan ciri-ciri seksual sekunder yang berbeza pada perempuan dan lelaki.

Perkembangan akil baligh merupakan suatu tempoh perkembangan pada manusia di mana paksi hipotalamus–pituitari–gonad (HPG) dalam badan menjadi matang, sekali gus membawa kepada kematangan organ seksual dan juga kemampuan reproduktif (pembiakan).

Akil baligh berkembang melalui beberapa peringkat fizikal yang boleh dijangka dan ianya dikawal oleh badan melalui isyarat hormon.

Fisiologi Akil Baligh

Akil baligh bermula dengan pengaktifan paksi HPG:

  • Rembesan GnRH secara denyutan berlaku daripada hipotalamus
  • Ini akan merangsang pelepasan LH dan FSH daripada kelenjar pituitari
  • Seterusnya mengakibatkan kematangan gonad dan penghasilan steroid seksual
  • Menyebabkan perkembangan ciri-ciri seksual sekunder pada badan

Androgen adrenal juga diperlukan untuk melengkapkan proses pematangan ini.

Perkembangan Akil Baligh dalam Kalangan Perempuan

Permulaan

  • Umur yang lazim: 8 hingga 13 tahun
  • Boleh bermula seawal umur 7 tahun bagi kanak-kanak perempuan berketurunan Afrika

Urutan Perkembangan

  1. Thelarche – permulaan pembentukan payudara
  2. Pubarche – pertumbuhan bulu ketiak, perubahan bau badan, jerawat ringan muncul
  3. Lonjakan pertumbuhan
  4. Menarche – permulaan haid
    • Purata umur pada 12.5 tahun
    • Menunjukkan lonjakan pertumbuhan yang hampir selesai
    • Kitaran awal mungkin tidak teratur

Nota Klinikal

  • Akil baligh awal adalah biasa berlaku dan selalunya bersifat konstitusional
  • Akil baligh lewat jarang berlaku dan memerlukan siasatan lanjut oleh doktor

Perkembangan Akil Baligh dalam Kalangan Lelaki

Permulaan

  • Umur yang lazim: 9 hingga 14 tahun

Urutan Perkembangan

  1. Pembesaran testis
  2. Pertumbuhan zakar
  3. Pubarche – pertumbuhan bulu ketiak & bulu pada muka, perubahan bau badan, jerawat ringan muncul
  4. Lonjakan pertumbuhan (berlaku lebih lewat berbanding perempuan)

Nota Klinikal

  • Akil baligh awal jarang berlaku dan perlu disiasat oleh doktor
  • Akil baligh lewat adalah biasa berlaku dan selalunya konstitusional
  • Ginekomastia berlaku pada lebih kurang 50% kanak-kanak lelaki dan akan pulih dengan sendiri

Tanner Staging

Selalunya Tanner Staging digunakan oleh profesional perubatan untuk menggambarkan kemajuan akil baligh seseorang berdasarkan ciri-ciri seksual primer dan sekunder, termasuk perkembangan payudara, perkembangan genital, dan taburan bulu pubik.

Peringkat ini terdiri daripada:

  • Peringkat 1: Prabaligh
  • Peringkat 5: Kematangan dewasa sepenuhnya
Tanner Staging pada perempuan
Tanner Staging pada lelaki

Ringkasan

Perkembangan akil baligh yang normal adalah mengikuti perubahan hormon dan fizikal yang dapat dijangka. Kanak-kanak perempuan biasanya memulakan akil baligh lebih awal daripada kanak-kanak lelaki, dengan pembentukan payudara sebagai tanda pertama, manakala pembesaran testis merupakan tanda awal pada kanak-kanak lelaki.

Tanner Staging digunakan secara meluas oleh profesional perubatan untuk menilai tahap perkembangan akil baligh pada kanak-kanak dan remaja.

Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.