Kesihatan Fizikal, Mental dan Rohani Remaja

Kesihatan remaja ditakrif di bawah Dasar Kesihatan Remaja Negara sebagai kesejahteraan dari segi fizikal, sosial, mental dan rohani.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, remaja bermaksud peringkat usia dari 10 ke 19 tahun. Hampir 25% dari penduduk dunia adalah terdiri dari peringkat umur ini. Zaman remaja merupakan peringkat yang paling kritikal dalam kehidupan seseorang kerana ianya merupakan zaman peralihan dari alam kanak-kanak kepada kehidupan dewasa.

Kesihatan remaja ditakrif di bawah Dasar Kesihatan Remaja Negara sebagai kesejahteraan dari segi fizikal, sosial, mental dan rohani yang membolehkan golongan remaja menjalani kehidupan yang sihat dan harmoni dalam persekitaran yang turut menyokong sebagai persediaan ke arah kesihatan optimum ketika mencapai umur dewasa.

Isu remaja 

  • Tekanan atau stress
  • Mencari identiti
  • Pergaulan bebas
  • Pengaruh tidak baik
  • Penyalahgunaan dadah
  • Penyakit sosial

Nasihat untuk remaja

  • Menjaga kesihatan diri sendiri
  • Berfikiran positif
  • Cergas dan aktif
  • Sentiasa menambah ilmu
  • Berkeyakinan dan ceria
  • Berdisiplin dan bertanggunjawab

Kesihatan reproduksi dan seksual

Kesihatan reproduksi dan seksual merujuk kepada kesejahteraan fizikal dan emosi remaja, termasuk keupayaan untuk menghalang kehamilan yang tidak dikehendaki, pengguguran yang tidak selamat, penyakit jangkitan kelamin ( termasuk HIV/AIDS) dan segala bentuk keganasan seksual.

Pengetahuan berkenaan kesihatan reproduksi ini membantu seorang remaja untuk membuat keputusan yang boleh mempengaruhi kehidupan. Jika kurang pengetahuan dan informasi, remaja akan terdedah kepada amalan berisiko tinggi dan komplikasi kesihatan.

Akil baligh

Bagi remaja lelaki ianya bermula pada umur 14 ke 15 tahun dan berakhir pada umur lebih kurang 20 tahun. Bagi remaja perempuan pula, ianya bermula pada umur 12 ke 13 tahun dan berakhir pada umur 18 tahun. Tumbesaran badan dipengaruhi oleh hormon testosteron dan hormon seks.

Pembesaran ini melibatkan proses ketinggian badan, pembesaran otot, pemanjangan tulang, kematangan organ seksual, bentuk badan ramping pada remaja perempuan, bentuk badan pejal dan tegap pada remaja lelaki, kecelaruan emosi (buaian emosi), kehadiran lebih banyak bulu roma dan juga jerawat.

Perubahan seksual pada lelaki

  • Ereksi – disebabkan oleh pengaliran darah yang berkumpul di dalam zakar yang menyebabkan ia mengembang.
  • Ereksi boleh berlaku spontan, tidak sengaja dan pada saat yang tidak diingini.
  • Sperma dihasilkan oleh testis 120 juta sehari (remaja), lelaki dewasa menghasilkan antara 5 – 50 juta sperma.
  • Ejakulasi – proses pemancutan air mani melalui epididimis dan hujung zakar.
  • Ejakulasi – berlaku ketika “mimpi” (luar kawal), hubungan seksual, onani dan boleh dikawal secara sedar.
  • Kesemua ini menandakan zaman kesuburan lelaki bermula.

Perubahan seksual pada perempuan

  • Kitar haid (period) – berlaku sekali dalam 28 hari (purata) mengikut paras hormon.
  • Darah haid akan keluar purata selama 5 hari.
  • Lapisan dinding rahim, darah dan mukus dikeluarkan dari rahim melalui faraj.
  • Ovum dihasilkan oleh ovari setelah tamat haid.
  • PMS (pre-menstrual syndrome) – gejala sebelum berlakunya haid seperti sengal di bahagian buah dada, bengkak jari dan kaki, sakit kepala, loya, pening, cepat marah, suka makanan manis.
  • Menandakan kesuburan perempuan telah bermula.

Perubahan emosi remaja

  • Mengalami “moodiness”: Disebabkan oleh perubahan paras estrogen (perempuan) dan testosteron (lelaki)
  • Mudah terusik, agresif, murung, cuai, memberontak, emosional
  • Sangat mengambil kira tentang penampilan diri mereka dan apa orang lain kata dan fikirkan
  • Suka menyendiri, berkurung dalam bilik, lihat cermin
  • Merasa malu dan keliru dengan perubahan diri
  • Merasakan tarikan seksual dan mudah dirangsang
  • Mengalami rasa ingin tahu terhadap seks dan mudah jatuh cinta
  • Tidak suka dikongkong oleh ibubapa
  • Sering berselisih faham dengan ibubapa

Perkembangan mental remaja

Perubahan fizikal dan emosi yang berlaku begitu pantas kadangkala tidak dapat ‘ditangkap’ oleh perkembangan mental individu tersebut. Oleh itu remaja menjadi mudah keliru, ‘confused’, ‘clumsy’, serba tak kena. Perkembangan otak berlaku dengan pesat iaitu iaitu sebanyak 30% ketika remaja.

Berikut merupakan faktor yang boleh mempengaruhi kesihatan remaja

  • Kebersihan
  • Pemakanan
  • Tingkah laku dan kebiasaan (habits)
  • Emosi

Alam cinta dan hubungan seksual remaja

Tidak dapat dinafikan lagi kedua-dua perkara ini sentiasa difikirkan oleh remaja. Percintaan dan hubungan seksual merupakan perkara yang penuh misteri, keseronokan, penerokaan dan ini menyebabkannya menarik perhatian remaja. Pengaruh agama dan budaya membezakan reaksi seseorang terhadap kedua-dua perkara ini. Harus diingati bahawa cinta bukanlah sebab utama untuk melakukan hubungan seksual.

Komplikasi dari tingkahlaku berisiko semasa zaman remaja:

Trend masa kini

  • Seks sebelum perkahwinan
  • Usia menarki (haid pertama) menurun
  • Usia perkahwinan meningkat
  • Bertukar-tukar pasangan

Kehamilan pada umur remaja

  • Fakta : Kadar kematian ibu & bayi TINGGI di kalangan wanita berusia kurang 16 tahun.
  • Kesan psikologi dan sosial.
  • Kurang peluang belajar & mendapat pekerjaan yang baik.
  • Kedudukan ekonomi yang tidak stabil.
  • Sokongan emosi yang kurang stabil.

Pengguguran tidak selamat

Definisi: Pengguguran kehamilan yang dilakukan tanpa prosedur perubatan yang piawai atau dikendalikan oleh pihak yang tidak terlatih.

Komplikasi:

  • Kematian – Pendarahan & jangkitan kuman
  • Infeksi organ reproduksi sakit pelvis kronik dan Ketidaksuburan
  • Kecederaan organ – rahim & serviks

Penyakit kelamin atau STDs (Sexually Transmitted Diseases)

Remaja berisiko tinggi jika:

  • Kurang informasi dan pengetahuan.
  • Gaya hidup :seks rambang.
  • Biologi : remaja perempuan lebih terdedah (struktur organ genitalia).

Bakteria

  • Contoh : Chlamydia, gonorrhoea, syphilis, trichomoniasis.
  • Seringkali tiada gejala & sukar dikesan.
  • Membawa kepada Penyakit Inflamatori pelvis (PID) & ketidaksuburan.
  • Boleh memberikan kesan kepada janin sekiranya hamil.

Virus

  • Human Papilloma Virus (HPV)
    • Ada kaitan dengan kanser pangkal rahim (serviks)
  • Hepatitis B
    • menyebabkan kerosakan hati
  • Herpes
    • merebak cepat di kalangan remaja.

HIV / Aids

  • 50% jangkitan HIV didunia berlaku di kalangan remaja bawah 25 tahun.
  • AIDS terjadi beberapa tahun selepas jangkitan HIV & boleh menyebabkan kematian.
  • HIV disebarkan melalui :
    • Air mani cecair rembesan faraj darah.
    • Hubungan seksual
    • Kaedah suntikan
    • Susu ibu melalui uri bagi janin.
  • Tiada vaksin terhadap AIDS.
  • Ubat yang sedia ada hanya boleh melambatkan proses AIDS – biasanya mahal.
  • Pencegahan – strategi utama.

Keganasan seksual

Keganasan seksual merupakan tindakan secara percakapan atau fizikal yang melibatkan beberapa jenis jenayah dan perbuatan seperti :

  • Rogol
  • Eksploitasi seksual secara bersentuhan
  • Pemerkosaan oleh ahli keluarga & kenalan
  • Pencabulan kanak-kanak
  • Mangsa dipaksa, diancam dan dimanipulasi

Pemangsa adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap jenayah tersebut.

Panduan untuk remaja

  • Sayangi diri.
  • Tingkatkan pengetahuan sistem reproduksi.
  • Hindarkan dari tindakan merugikan.
  • Berikan keutamaan yang betul kepada semua aspek kehidupan.

Jangan lakukan hubungan seksual jika:

  • Anda samakan seks dengan cinta.
  • Anda takut untuk menolak.
  • Anda fikirkan semua rakan anda melakukannya….sebenarnya tidak!
  • Anda tidak tahu apa yang menyebabkan kehamilan.
  • Anda fikirkan melakukan seks buat pertama kali tidak akan hamil.

Anda belum bersedia melakukan hubungan seksual jika:

  • Ia betentangan dengan agama dan kepercayaan anda.
  • Anda melakukannya kerana dicabar.
  • Anda fikirkan ia akan menyebabkan pasangan anda mencintai anda.
  • Anda fikirkan ia akan menyebabkan anda dicintai pasangan anda.

Hubungan seks dari pandangan Islam

  • Islam memandang MULIA institusi rumahtangga.
  • Pernikahan menghalalkan hubungan lelaki – perempuan yang pada asalnya haram.
  • Hubungan seksual – hanya dibenarkan setelah semua pihak terbabit MEMETERAIKAN perjanjian dan tanggungjawab masing-masing.

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Staf Editorial
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.