Masalah Ketika Gigi Mula Timbul Atau Teething

Kadang-kadang demam yang dialami oleh bayi yang baru tumbuh gigi berpunca daripada jangkitan dan bukannya masalah pergigian.

Gigi akan timbul apabila bayi berumur di antara 6 bulan hingga 3 tahun. Ramai ibu bapa berpendapat bahawa bayi akan demam apabila munculnya gigi. Walaupun memang terdapat kaitan di antara tumbuh gigi dengan demam pada anak, tetapi tidak semua demam disebabkan oleh tumbuhnya gigi.

Tanda-tanda

  • Gigi mula timbul
  • Bayi kerap gelisah dan menangis
  • Air liur meleleh
  • Anak kerap menggigit jari, kain baju, perabot dan perkakas-perkakas rumah
  • Demam yang ringan

Tindakan ibu bapa

  • Bayi mungkin demam apabila giginya timbul tetapi demam ini mungkin disebabkan oleh penyakit lain. 
  • Ubat paracetamol boleh diberi jika demam.
  • Jangan beri makanan yang keras kerana ini akan menyakitkan gusi bayi.
  • Krim menahan sakit boleh dibeli dari farmasi.
  • Pastikan bayi minum secukupnya.
  • Belikan alat gigitan bayi (teething ring) yang lembut. 

Bila perlu berjumpa doktor 

Kadang-kadang demam yang dialami oleh bayi yang baru tumbuh gigi berpunca daripada jangkitan dan bukannya masalah pergigian lebih-lebih lagi jika demam naik sehingga 39 darjah celcius.

Oleh itu, rujukan kepada doktor perlu jika demam berpanjangan atau jika bayi kurang menyusu dan nampak lemah. Adakalanya ada juga bayi yang dilahirkan dengan gigi, sila berhubung dengan doktor gigi kerana gigi itu mungkin perlu dicabut.

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.