Imbasan Ultrasound – Konsep dan Kegunaan Dalam Perubatan

Imbasan Ultrasound terbentuk oleh gelombang daripada tranduser yang terdiri daripada Plumbum Zirkonat Titanat iaitu sejenis bahan piezo-elektrik.

Imbasan Ultrasound (u/s) adalah prosedur diagnostik yang menggunakan gelombang bunyi berfrekuensi tinggi. Teknik ini sering digunakan sebagai pemeriksaan selektif dan juga digunakan sebagai pemeriksaan tambahan dalam perubatan.

Konsep Ultrasound

Frekuensi gelombang bunyi yang digunakan dalam bidang ini adalah 1-15 MH(1 MH2 = 1 Juta Pusingan Sesaat), 2-10 MH2 adalah frekuensi yang paling penting dalam bidang perubatan.

Imbasan Ultrasound terbentuk oleh gelombang daripada tranduser yang terdiri daripada Plumbum Zirkonat Titanat iaitu sejenis bahan piezo-elektrik. Apabila voltan tinggi dikenakan pada disk tranduser, suatu gelombang berfrekuensi tinggi terbentuk.

Ia bertindak ke atas tisu-tisu badan dan mereflekskan gelombang tadi sebagai echo. Tisu-tisu berlainan dalam badan memberikan tindakbalas yang berbeza. Echo tersebut mempunyai getaran mekanikal yang akan dikembalikan kepada disk transduser dan ditukarkan kepada impuls-impuls elektrik. Impuls ini akan diamplikasikan dan ditayangkan ke dalam monitor TV. 

Transduser

Transduser memainkan 2 peranan dalam ultrasound iaitu:

  1. Menukar isyarat elektrik kepada tenaga mekanikal. 
    • Menjanakan gelombang ultrasound dan membentuk halangan secara mekanikal ataupun getaran terhadap molekul-molekul di dalam medium dan kawasan bersebelahannya.
  2. Transduser mengesan ultrasound yang di pantulkan dari medium dan menukarnya kepada isyarat elektrik. 
    • Transduser merupakan sejenis bahan piezoelektrik.

Sifat-sifat bahan piezoelektrik:

  • Berupaya mengubah bentuk (deform) apabila medan elektrik di kenakan terhaadapnya – tindakan songsang piezoelektrik.
  • Berupaya menjanakan potensi elektrik jikalau tekanan luaran (eksternal) di kenakan terhadapnya – tindakan piezoelektrik.

Bahan piezoelektrik untuk transduser ialah:

  1. PZT- Plumbum zirkonat titanat
  2. PVDF – Polivinildin Diflourida
Alat transduser mesin ultrasound.

Prosedur Pemeriksaan Ultrasonografi

Semasa penekanan, transduser akan bersentuhan dengan kulit pesakit untuk memastikan sentuhan rapat tanpa pemerangkapan udara, satu lapisan gel yang nipis disapu rata pada kulit kawasan yang akan diskan.

Kaedah lain yang digunakan ialah tanpa tranduser menyentuh permukaan kulit atau dengan mengunakan kaedah “water bath” atau beg @ belon berisi air dan bahan seperti ‘kitecho’-pad visco-dinamik diantara kulit dan tranduser. Selalunya kaedah ini digunakan semasa menskan:

  1. Struktur superfisial seperti kelenjar tiroid.
  2. Kawasan dimana sentuhan secara langsung akan menyakitkan seperti diatas mata atau pada bahagian yang dibedah.
  3. Dimana anatomi organ yang tidak tetap seperti testis.

Ultrasound tidak boleh melalui ruang udara atau pun vakum kerana ia memerlukan medium untuk perambatan.

Fungsi peralatan pengimejan ultrasound

  1. Untuk memudahkan transduser mengawal pengeluaran tenaga ultrasound.
  2. Untuk memindahkan tenaga ultrasound kepada suatu medium.
  3. Untuk menerima, memanipulasi, memproses dan menanyangkan imej dalam bentuk yang dikehendaki.

Penayangan Imej Ultrasound

Imej ultrasound boleh dikeluarkan dalam bentuk berikut:

1. A mode

  • Amplitud modulator skan 
  • Imej dihasilkan dalam bentuk graf
  • Amplitud gema (talum) (echo) yang diterima oleh transduser dibentuk melawan paksi masa untuk sampai ke transduser.
  • Jadi graf akan menunjukkan ketebalan tisu daripada echo bermula.
  • Lereng digunakan hanya bagi mengukur panjang aksial mata untuk pemasangan kanta palsu (artifisial lens)
Imej ultrasound pada skrin.

2. B mode

  • Brightness modulated skan
  • Amplitud yang dikesan ditukar kepada satu titik yang terang / jelas atas paksi masa.
  • Paksi amplitud atau bagi brightness / kecerahan.

3. M mode

  • Motion mode
  • berasal dari A skan line kemudian ditukar kepada B mode line 
  • imej menunjukkan sasaran statik dalam bentuk garis lurus.
  • sasaran yang bergerak pula dalam garis yang berubah-ubah.

4. Kesan Doppler

  • kaedah yang mengunakan perubahan frekuensi hasil daripada isyarat yang disebabkan oleh pergerakan relatif struktur yang dikaji seperti aliran darah di dalam salur daarah. Setiap struktur yang bergerak atau berdenyut boleh dikaji dengan mengunakan ‘sistem doppler’.

Pengimejan Obstetrik (Ketika Mengandung)

Ultrasound adalah teknik yang digunakan untuk mendemonstrasikan atau memastikan kehamilan pada peringkat awal (6 minggu), bilangan fetus atau kedudukannya. Ukur lilit kepala fetus @ ‘crown-rump’ diukur untuk memastikan umur gestasi dalam lebih kurang 3 hari. Ukuran bi-parietal pula adalah untuk menentukan kematangan fetus. Keabnormalan fetus yang boleh dikenal pasti adalah:

  1. Keabnormalan craniospinal seperti anenkefali , spina bifida.
  2. Trek gastrousus seperti hernia diafragma .
  3. Renal seperti uropati obstruktif.
  4. Deformiti anggota seperti akondrofilasia, phocomelia.
  5. Tumour seperti neuroblastoma dan lyumphangectarin.
  6. Anomali kardiak seperti ASD (Arterial Septal Defect)
  7. Lain-lain seperti ascitri, cecair pleura dan anomali fasial.
Janin yang dilihat menggunakan mesin ultrasound.

Ekokardiografi

Echocardiografi adalah merupakan salah satu pemeriksaan jantung selain daripada prosedur-prosedur seperti kateterisasi jantung dan sebagainya.

Ia diskan dalam kaedah M mode ataupun teknik Doppler. M mode memberikan data-data kuantitatif mengenai masa pergerakan jantung dan saiz bahagian jantung seperti atrium dan ventrikel. Doppler pula memberikan informasi mengenai saluran darah dan mengenal pasti ‘shunts’ ,stenosis dan pergerakan injap.

Imbasan Intra-coporeal

Prosedur menskan sesuatu struktur dengan memasukkan transduser ke dalam struktur yang lain seperti pemeriksaan uterus melalui transduser didalam vagina dan pemeriksaan kelenjar prostat melalui rektum pesakit.

Imbasan Intra-operative

Pemeriksaan atau penskanan melalui potongan pembedahan semasa pembedahan dijalankan untuk memeriksa kedudukan tumour atau batu (kalkulus) dan sebagainya.

Kegunaan Ultrasound

Penggunaan ultrasound kian bertambah dalam pengkajian uterus, skotrum, jantung dan keabnormalan abdomen. Ia juga digunakan untuk melokalisasikan keabnormalan semasa prosedur biopsi dan draniage.

Mesin ultrasound mudah dialihkan dan ianya tidak invasif dan tidak menimbulkan penderitaan kepada pesakit. Maka ia merupakan teknik pemeriksaan yang ideal untuk pesakit-pesakit yang tenat.

Ultrasound digunakan di dalam pemeriksaan berikut:

Obstretrik

  • Melihat saiz uterus dan memastikan kehamilan selepas 6 minggu
  • Umur fetus
  • Keabnormalan fetus
  • Hydramnios
  • Kehamilan diluar uterus (ektopik)
  • Bilangan fetus dalam kandungan
  • Posisi plasenta
  • Hydatidiform mole atau kehamilan anggur

Ginekologi

  • Cyst ovarian – benign atau malignan
  • Posisi IUCD (Intrauterine Contraceptive Device)
  • Struktur rahim
  • Penyakit keradangan pelvis (contoh – hydrosalpinx)

Urologi

  • Cyst buah pinggang
  • Tumor buah pinggang
  • Keabnormalan buah pinggang
  • Hidronephrosis
  • Kehadiran dan struktur ginjal yang secara radiologikal tidak berfungsi
  • Tumor pundi urin
  • Kawasan puncture dan biopsi bagi renal
  • Penyakit prostat
  • Masalah skrotum
  • Fisiologi ginjal transplan

Hepar (Hati)

  • Tumor
  • Nanah (abses)
  • Cyst
  • Degenerasi lemak
  • Obstruksi biliari
  • Saiz hati
  • Pundi hempedu
  • Cholelitiasis

Sister kardiovaskular

  • Mendemonstrasikan aneurism aorta
  • Untuk mengesan aneurisme

Dada

  • Untuk mengesan efusi pleura

Payudara

  • Cyst
  • Tumor

Abdomen

  • Ascites atau busung
  • Tumor kelenjar adrenal
  • Abses
  • Ketumbuhan retroperitoneal

Oftamologi

  • Retinal detachment
  • Tumor
  • Bendasing

Tiroid

  • Untuk memastikan sama ada tisunya homogenous, nodul atau cyst

Pankreas

  • Ketumbuhan pankreas – cystic / pepejal
  • Pankreatitis – akut / kronik

Limpa

  • Untuk melihat saiz
  • Hematologikal, jangkitan atau malignan

Sendi pinggul 

  • Demonstrasi congenital displasia

Perbezaan Ultrasound dan Pengimejan X-ray

UltrasoundX- Ray
Mengunakan punca tenaga mekanikal yang tidak mengion.Mengunakan radiasi daripada pengionan elektromagnet.
Imej dihasilkan bila tenaga ultrasound diflek dan diserap didalam badan.Bergantung kepada proses interaksi diantara tulang.
Tiada kesan biologiMemberi kesan biologi
Mengambarkan struktur tisu lembut dan organ secara baik.Mengambarkan struktur tisu lembut dan organ yang tidak baik
Resolusi tinggi, perbezaan jelas antara struktur-struktur yang mempunyai densiti yang sedikit sahaja berbezaPerbezaan jelas hanya jika perbezaan densiti struktur adalah besar.
Perlukan medium untuk penyebaran ultrasound.X-Ray tersebar dalam vakum dan juga medium.
Kelajuan ultrasound berbeza, bergantung kepada medium yang disebar dan tetap bagi sesuatu medium tersebut.Kelajuan X-Ray disebarkan tidak penting dalam pengimejan X- Ray.
Tenaga ultrasound mengurang secara exponent ( attenuated exponentically)Keamatan X-ray mengurang secara exponent.

Keselamatan Dalam Ultrasound

Bahaya ultrasound kepada pesakit meningkat berpunca daripada beberapa sumber:

  1. Kesan biologi dari tenaga ultrasound.
  2. Pemanasan setempat kepada tisu akibat sentuhan transduser dimana terdapat pemanasan elektrikal semasa operasinya.
  3. Kemungkinan daripada kejutan elektrik.
  4. Pihak pengendali yang kurang kemahiran dimana mereka tidak memahami prinsip fizikal penngimejan ultrasound. Hal ini menyebabkan kegagaklan dalam mendemonstrasikan struktur yang mengalami keabnormalan sebaliknya ia mendiagnos struktur yang normal kepada tidak normal.

Secara keseluruhanya, kesan biologi dan kesilapan pengendali memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan pesakit ketika menjalani pemeriksaan ultrasound.

Prosedur Pemeriksaan Ultrasound Buah Pinggang

Pesakit baring supin (melentang) diatas meja pemeriksaan dengan memakai gaun yang disediakan dan sebarang bahan radiopak pada bahagian yang diperiksa ditanggalkan. Pesakit haruslah berada dalam keadaan selesa dengan bantal diletakkan di bawah kepala dan diselimutkan. Tangan pesakit diletakkan disisi badan.

Filem pertama yang diambil dikenali sebagai “filem prelim (scout)” dengan mengunakan filem bersaiz 35 X 43cm. Tujuan filem ialah untuk melihat persediaan abdomen yang dilakukan, menentukan faktor dedahan, menentukan kedudukan ginjal dan mengesan sebarang patologi yang ada.

Filem kedua di ambil sebaik sahaja selepas suntikkan media kontras. Filem ini dikenali sebagai ” filem immediate” dengan mengunakan filem bersaiz 24 X 30cm. Tujuan filem ini untuk melihat bentuk ginjal , fasa awal nefrogram, kedudukan ginjal dan sebarang keabnormalan.

Seterus filem ketiga akan diambil dengan masa 5 minit selepas suntikan media kontras. Filem ini dikenali sebagai “filem 5 minit” dengan mengunakan filem bersaiz 35 X 43cm. Tujuan filem ini ialah untuk mengesan perbezaan fungsi kedua-dua ginjal dimana kedua-dua ginjal sepatutnya kelihatan “opasified” kerana mengumpulkan media kontras.

Filem keempat yang perlu diambil “10 minit atau 15 minit dengan tekanan” mengunakan filem bersaiz 24 X 30cm Sebelum dedahan dilakukan untuk filem ini , pesakit akan dikenakan tekanan pada ureter dengan mengunakan alat kompresi. Alat kompresi terdiri daripada plat plastik, beg udara dan spigaromanometer. Alat kompresi ini akan diikat atau distrap dibadan pesakit pada paras ASIS ( Anterior Superior Iliac Spine).

Gambar ultrasound buah pinggang.

Alat kompresi dan beg udara diletakkan dibawah plat plastik dan dikembangkan dengan perlahan-lahan bergantung kepada keadaan dan reaksi pesakit serta berpandukan kepada bacaan spigaronanometers. Alat kompresi ini akan dibiarkan selama lebih kurang 5 hingga 10 minit dari filem “5 minit” tadi. Kemudian dedahan akan diabuat.Tujuan filem ini adalah untuk memperlihatkan sistem pelvi-kalikseal dikawasan ginjal serta dibahagian proksimal ureter.

Selepas semua informasi yang diingini pada filem “10 minit dengan tekanan” diperolehi, alat kompresi akan dibuka. Filem yang diambil seterusnya ialah filem “release” dengan mengunakan filem bersaiz 35 X 43cm. Biasanya filem ini akan menunjukkan pengaliran media kontras dari kedua-dua ginjal ke pundi urin melalui ureter. Sebarang keabnormalan seperti obstruksi (penyekatan) atau striktur (penyempitan) pada ureter dapat dikesan.

Kemudian pesakit akan disuruh membuang air kencing untuk mengosongkan pundi urin. Filem “post micturation” diambil mengunakan filem bersaiz 35 X 43cm sebaik sahaja pesakit kembali ke atas meja pemeriksaan.

Tujuan pengambilan filem ini adalah untuk memastikan tiada berlaku refluks dari pundi urin ke ureter, menilai kekosongan pundi urin dan mengesan sebarang keabnormalan seperti tumour, kalkulus di persimpangan uretro-vesikal dan uretra divertikulum bagi pesakit wanita.

Radiograf tambahan hanya dilakukan jika diminta oleh Pegawai Perubatan yang terlibat. Radiograf tambahan yang biasa dilakukan oblik ginjal kanan dan kiri, radiograf untuk pundi urin dan radioraf PA dimana pesakit berada dalam posisi prone (meniarap). Oblik ginjal kanan dilakukan untuk membezakan kalkulus dalam pundi hempedu atau ginjal dan oblik kiri pula untuk melihat ureter.

Radiograf pundi urin adalah untuk mengesan sebarang tumour kecil atau pembesaran kelenjar prostate bagi pesakit lelaki manakala radiograf Pa untuk melihat kawasan uretro pelvic atau ureter kedua-dua sisi yang tidak jelas dalam radiograf AP.

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.