Suntikan Depo provera merupakan salah satu teknik merancang kehamilan yang telah lama diperkenalkan di Malaysia. Depo provera mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri berbanding teknik merancang keluarga yang lain.
Doktor Imelda Balchin mengupas dengan lebih mendalam berkenaan suntikan Depo Provera ini di samping membincangkan tentang fakta dan mitos berkenaan suntikan Depo Provera. Sama-sama kita dengarkan perbincangan tersebut.
Fakta berkenaan suntikan Depo Provera
Suntikan Depo Provera adalah suntikan hormon (progestin) ke dalam otot setiap tiga bulan. Nama generik kepada Depo provera adalah medroxyprogesterone acetate.
Cara pengambilan
- Seorang wanita akan disuntik pada bahagian lengan atau punggung
- Ia disuntik sekali dalam masa lima hari pertama haidnya
- Selepas suntikan pertama, ia akan disuntik semula setiap 11-13 minggu kemudian
Masa yang sesuai diambil
Jika anda mempunyai suntikan dalam tempoh lima hari pertama haid, anda akan segera dilindungi daripada hamil. Jika anda mengambil Depo-Provera pada hari yang lain dalam kitaran anda, jangan melakukan hubungan kelamin dalam masa 7 hari selepas suntikan atau pakai kondom. Ini kerana dalam masa 7 hari Depo-Provera masih belum dapat melindungi anda sepenuhnya dari kehamilan.
Cara Depo Provera berfungsi
- Hormon ini akan memekatkan mukus/lendir pada pintu rahim dan menjadikan sperma susah untuk masuk
- Menyebabkan lapisan rahim menipis dan akan mencegah kehamilan berlaku
Kebaikan:
- Mencegah kehamilan setiap tiga bulan
- Berkesan serta merta
- Mengurangkan perdarahan haid
- Boleh menghentikan haid terus
Kelemahan:
- Tidak mencegah jangkitan kelamin
- Boleh menyebabkan gangguan kitaran haid atau perdarahan tidak menentu
- Kenaikan berat badan
- Mengurangkan kepadatan tulang dan kesannya hilang hanya selepas 12-14 minggu selepas tarikh akhir suntikan
Depo-Provera adalah selamat pada kebanyakan wanita tetapi tidak sesuai jika anda mempunyai perkara berikut:
- Anda hamil atau mungkin hamil
- Mempunyai penyakit berkaitan arteri atau sejarah penyakit jantung atau strok
- Mempunyai darah beku dalam saluran darah (thrombosis)
- Mempunyai penyakit hati (hepatitis), sirosis atau tumor
- Mempunyai migrain
- Mempunyai kanser payudara atau pernah mempunyai kanser payudara
- Mempunyai diabetes dengan komplikasi
- Berisiko untuk osteoporosis
Tulis Komen