Dadah Jenis Inhalan atau Hidu Gam

Penggunaan mana-mana inhalan atau hidu gam ini sangatlah berbahaya kerana boleh merosakkan otak dan saraf seseorang secara kekal.

Dadah jenis inhalan juga lebih dikenali di Malaysia sebagai hidu gam dan sebenarnya selain gam banyak lagi bahan yang boleh dihidu bagi mendapatkan kesan “high” ataupun euforia. Walaubagaimanapun penggunaan mana-mana inhalan ini sangatlah berbahaya kerana boleh merosakkan otak dan saraf seseorang secara kekal. Selain itu inhalan atau hidu gam juga dapat memberikan kesan psikoaktif kepada otak dan menyebabkan penagihan yang teruk.

Jenis-jenis Inhalan

Inhalan secara umumnya dibahagikan kepada empat kategori:

Pelarut mudah meruap

Cecair yang mengewap pada suhu bilik:

  • Produk industri atau rumah seperti thinner cat atau pelarut, cecair pencuci, pembuang gris, gasolin dan cecair lighter
  • Pelarut untuk lukisan atau barangan pejabat seperti liquid paper, cecair marker, pembersih alat elektronik dan gam

Aerosol

Penyembur yang mengandungi pelarut dan propelan:

  • Barangan rumah yang mengandungi propelan seperti penyembur cat, spray rambut dan deodoran, spray fabrik, pembersih aerosol dan penyembur minyak sayuran

Gas

Boleh ditemui dalam produk komersil dan rumah, juga digunakan dalam bius perubatan:

  • Peralatan rumah atau komersil seperti tangki propane dan penyala butane, aerosol whipped krim dan gas penyejuk
  • Bius perubatan seperti ether, klorofom, halothane dan nitrous oxide

Nitrit

Inhalan kelas khas yang digunakan sebagai perangsang seksual:

  • Nitrit organik mudah meruap seperti cyclohexyl, butyl, dan amyl nitrites, juga dikenali sebagai “poppers
Inhalan jenis amyl nitrite atau poppers yang dijadikan perangsang seks.

Rupa Bentuk Inhalan

Berbeza-beza dan dalam pelbagai bentuk.

Cara Pengambilan Inhalan

Boleh disedut dengan pelbagai cara:

  • Disedut terus dari bekas penyimpannya
  • Aerosol disembur ke mulut dan hidung
  • Meletakkan kain yang direndam dalam inhalan ke dalam mulut
  • Menyedut wap daripada belon, plastik atau beg kertas yang mengandungi inhalan

Kesan inhalan selalunya hanya bertahan selama beberapa minit. Penggunanya akan cuba mendapatkan kesan “high” dengan lebih lama dengan menyedut inhalan ini secara berterusan selama beberapa jam.

Kegunaan Inhalan Dalam Perubatan

Kebanyakannya tidak digunakan dalam perubatan kecuali:

  • Amyl nitrit boleh digunakan di dalam prosedur diagnostik perubatan
  • Gas nitrous oxide digunakan sebagai ubat bius, selalunya untuk prosedur pergigian dan untuk mereka yang sedang beranak

Kesan Yang Diingini

  • Euforia ringan
  • Rasa gayat
  • Menjadi tidak takut dan kurang gelisah
  • Halusinasi

Kesan Sampingan Inhalan

  • Sakit kepala
  • Keliru
  • Muntah dan pening
  • Mamai
  • Masalah pertuturan
  • Kurang kordinasi pergerakan

Masalah Perubatan Dengan Pengambilan Inhalan

  • Hilang pendengaran (cat jenis sembur, penghilang wax, pembersih bahan kimia dan liquid paper)
  • Masalah saraf periferi atau kekejangan otot tangan dan kaki (gam, gasolin, dispenser whipped cream, gas silinder)
  • Kerosakan sistem saraf pusat dan juga otak (penyembur cat, penghilang wax).
  • Kerosakan tulan sum-sum (gasolin)
  • Kerosakan hati dan buah pinggang (liquid paper, pembersih kimia)
  • Kekurangan oksigen dalam darah (penghilang varnish, pelarut cat)

Pengambilan inhalan untuk jangkamasa panjang boleh menyebabkan kerosakan myelin iaitu lemak yang melindungi fiber saraf. Kerosakan ini boleh menyebabkan kekejangan otot, menggigil dan kerosakan pergerakan yang kekal seperti masalah berjalan, menunduk, dan bercakap. 

Menyedut bahan kimia berkepekatan tinggi seperti pelarut, butane, propane atau spray aerosol boleh menyebabkan serangan jantung dan kematian dalam beberapa minit sahaja jika diambil berterusan walaupun diambil oleh orang yang sihat.

Inhalan berkepekatan tinggi juga boleh menyebabkan kematian akibat sesak nafas dengan mengurangkan pengambilan oksigen pada paru-paru, yang menyebabkan penggunanya pengsan dan berhenti bernafas. Menghidu inhalan melalui kertas dan beg plastik juga meningkatkan risiko sesak nafas.

Kesan Overdos Inhalan

Kesemua jenis inhalan boleh menyebabkan kematian mengejut yang dikenali sebagai Sudden Sniffing Death Syndrome. Kematian ini adalah disebabkan gangguan kepada ritma jantung. Seseorang yang mengambil inhalan boleh mendapat serangan jantung walaupun hanya menggunakannya buat kali pertama.

Satu-satunya cara mencegah kematian akibat inhalan ini adalah dengan berhenti mengambil inhalan atau menghidu gam.

Gejala Tarikan Inhalan (Withdrawal)

Tiada.

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.