Kesan Buruk Dadah Jenis Depresan

Dadah depresan seperti heroin, codeine, benzodiazepines, alkohol dan beberapa bahan pelarut akan melambatkan aktiviti sistem saraf.

dadah depresan

Dadah psikoaktif merupakan dadah yang mampu mengubah tingkahlaku, mood, kesedaran, dan fungsi kognitif sesorang. Salah satu kategori dadah psikoaktif merupakan dadah jenis depresan.

Dadah depresan seperti heroin, codeine, benzodiazepines (pil tidur), alkohol dan beberapa bahan pelarut (seperti gam) akan melambatkan aktiviti sistem saraf. Terdapat dadah depresan yang digunakan dalam perubatan untuk mengurangkan kesakitan, serta melegakan tekanan, kebimbangan dan ketakutan. 

Namun penggunaan dadah ini tanpa preskripsi oleh doktor perubatan boleh membawa kesan buruk dan ketagihan kepada penggunanya. Selalunya, penyalahguna dadah depresan berulang akan mengambil dos yang lebih tinggi untuk “mengejar khayalan pertama” yang mereka alami di permulaannya. 

Dalam jangka masa panjang, depresan boleh membawa kepada perubahan emosi yang teruk seperti kebimbangan (anxiety) dan kemurungan yang semakin meningkat. Dadah depresan juga boleh menyebabkan kecederaan fizikal kepada organ-organ dalaman badan. 

Dadah depresan yang diambil dengan alkohol, yang juga merupakan sejenis depresan, mempunyai potensi untuk menyebabkan kecacatan serius kepada fungsi otak dan juga kematian, dalam beberapa kes. 

Dengan penggunaan yang berterusan, seseorang akan bergantung kepada depresan untuk tidur dan melegakan kesakitan, serta kehilangan keupayaan secara semulajadi untuk merasa tenang dan mengurangkan kebimbangan. 

Kesan gejala tarikan (withdrawal) dari dadah ini juga boleh berlaku jika pengambilan berhenti secara tiba-tiba. Kesan gejala tarikan untuk sesetengah dadah depresan seperti benzodiazepines dan alkohol boleh menjadi sangat teruk sehingga mengancam nyawa. 

Dengan itu, adalah penting untuk sentiasa mendapatkan bantuan perubatan dan pakar dalam kes sebegini. 

Kesan jangka pendek:

  • Lambat berfikir dan bertindakbalas
  • Hilang selera makan
  • Mengantuk teruk
  • Pening dan loya
  • Koordinasi pergerakan menurun
  • Tidak boleh membuat keputusan dan pertimbangan

Kesan jangka panjang:

  • Kebimbangan dan kemurungan
  • Tidak boleh merasa tenang secara semulajadi
  • Kerosakan organ dalaman badan seperti hati
  • Masalah kesihatan mental
  • Kerosakan otak dan KEMATIAN
Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.