Kanser merupakan kumpulan penyakit yang terdiri daripada 210 jenis penyakit. Kanser merupakan antara 10 penyebab utama kematian. Di Malaysia, anggaran penduduk yang menghidap kanser adalah seramai 150 daripada 100,000 penduduk. Kanser boleh dielakkan melalui perubahan gaya hidup dan keadaan persekitaran yang baik.
Kanser merupakan sejenis penyakit yang berkaitan dengan sel. Secara normal sel akan mati akibat peningkatan umur atau mengalami kecederaan dan tubuh akan menggantikan sel ini dengan jumlah dan jenis yang betul. Kadangkala sel ini akan bertambah dan berkembang tanpa henti.
Sel yang tidak normal ini dipanggil tumor. Tumor akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel. Tumor ini mungkin adalah kanser dan ia akan berkembang dan tersebar ke organ badan melalui saluran darah dan limpa.
Faktor Risiko Kanser
Boleh Diubah
- Cara hidup
- Persekitaran
- Pemakanan
- Merokok
- Minum arak
- Radiasi
- Pendedahan di tempat kerja
- Tabiat seksual
- Air, Udara dan Tanah
Tidak Boleh Diubah
- Jantina
- Umur
- Perubahan genetik
Punca Kanser
Punca sebenar kebanyakan penyakit kanser tidak diketahui. Walaubagaimanapun 90% penyakit kanser adalah disebabkan oleh keadaan persekitaran dan cara hidup seseorang individu tersebut.
10 penyebab utama kanser
- Makanan
- Tembakau
- Alkohol
- Radiasi
- Sinaran cahaya matahari
- Pekerjaan
- Pengambilan ubat
- Pencemaran air dan udara
- Perokok yang tidak aktif
- Keturunan
Antara punca lain penyakit kanser adalah seperti berikut:
Tembakau
90 % daripada kanser tulang di sebabkan oleh tabiat merokok. Bahan kimia dalam tembakau (TAR) juga menyebabkan kanser mulut, buah pinggang, tekak, pundi kencing dan serviks.
Pemakanan dan Diet
Anggaran 30 % hingga 40 % daripada penyakit kanser adalah melalui diet. Pemakanan lemak akan meningkatkan risiko kanser usus dan buah dada. Pengambilan garam berlebihan, merokok dan pengambilan bahan tambah perisa makan akan menyebabkan kanser tekak dan perut.
Tabiat seksual
Melakukan hubungan seks pada usia yang awal dan melakukan seks secara rambang akan meningkatkan risiko kanser serviks.
Pengambilan minuman beralkohol
Individu yang mengambil alkohol yang tinggi boleh mendapat kanser mulut, tekak dan usus. Alkohol juga mempunyai kaitan yang tinggi dengan kanser hati.
Tabiat mengunyah sirih dan tembakau
Barah rongga mulut atau kanser mulut ini selalunya menyerang mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Di Malaysia, masyarakat India paling ramai mengidap penyakit berbahaya ini. Kanser ini selalunya menyerang bahagian pipi, lidah, gusi dan bawah lidah.
Jangkitan Hepatitis B
Jangkitan daripada virus Hepatitis B akan menyebabkan kanser.
Pendedahan di tempat Kerja
Pendedahan kepada agen penyebab kanser di tempat kerja dan persekitaran umum akan menyebabkan kanser. Contoh agen ini seperti asap, bahan kimia kilang dan lain-lain.
Tips Mengurangkan Risiko Kanser
Simptom dan Gejala Kanser
Kanser terbahagi kepada pelbagai jenis, contohnya seperti yang dibincangkan di dalam laman web ini iaitu kanser paru-paru dan kanser payudara. Seseorang individu akan menunjukkan tanda-tanda apabila dijangkiti penyakit kanser. Di bawah disenaraikan beberapa simptom yang biasa ditunjukkan oleh pesakit.
Tanda-tanda umum penyakit kanser:
- Mengalami batuk yang berterusan serta kahak berdarah.
- Merasa sakit/ketidakselesaan di bahagian perut yang berterusan.
- Mengalami pendarahan pada bahagian hidung dan pekak atau masalah pendegaran/berdengung.
- Mempunyai suara yang serak atau garau lebih dari 2 minggu.
- Mempunyai luka/benjol di dalam mulut yang berwarna merah atau putih.
- Mengalami ketumbuhan atau benjolan di sekitar leher.
- Mengalami perubahan dalam amalan membuang air besar.
- Benjolan atau sebarang perubahan di bahagian payudara.
- Pendarahan yang keterlaluan di bahagian kemaluan wanita antara tempoh haid atau selepas putus haid.
Tanda-tanda kanser spesifik:
Jenis Kanser | Simptom dan Gejala |
---|---|
Kanser serviks | Sebarang cecair atau pendarahan yang luarbiasa, sakit selepas bersama dan turun berat badan. |
Kanser payudara | Bengkak atau ketulan pada payudara, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada. |
Kanser usus besar | Perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus dan berlaku pendarahan semasa membuang air. |
Kanser paru-paru | Batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan. |
Kanser perut | Hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit. |
Kanser limpa | Sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak. |
Kanser ovari | Haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam. |
Kanser otak | Sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/ pitam, pelupa, perubahan personaliti. |
Kanser prostat | Sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan. |
Kanser tekak | Suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher. |
Kaedah Rawatan Kanser
Pembedahan
Adakalanya kanser boleh disembuhkan hanya dengan kaedah pembedahan tanpa menggunakan rawatan lain. Tetapi, kebiasaannya pembedahan hanya dilakukan ke atas ketumbuhan dan diikuti rawatan secara kemoterapi atau radioterapi.
Sesetengahnya pula hanya dirawat dengan kaedah radioterapi sekiranya kanser masih lagi diperingkat awal seperti kanser serviks dan kanser tekak.
Pembedahan bagi kanser dianggap sebagai suatu pembedahan yang besar dan adakalanya melibatkan pembuangan organ dan anggota penting. Contohnya jika kanser tersebut melibatkan pangkal rahim, keseluruhan rahim akan dibuang.
Begitu juga dengan kanser tulang seperti tulang kaki, mungkin kaki tersebut terpaksa dipotong. Biasanya pembedahan kanser memerlukan kepakaran yang tinggi dan memerlukan bekalan darah yang mencukupi.
Waktu pemulihan yang diperlukan oleh seseorang pesakit setelah menjalani pembedahan mungkin agak lama teruatamanya jika melibatkan pembuangan organ atau anggota badan. Ada juga pembedahan yang memerlukan pembedahan susulan atau reconstructive surgery seperti pembedahan akibat kanser pada tulang dagu.
Semua bahagian anggota badan yang telah dibedah akan dihantar ke makmal kaji sel untuk dikaji setakat mana dan jenis kanser yang dihidapi oleh pesakit. Jika sel kanser telah merebak melalui saluran darah atau kelenjar, pembedahan yang dijalankan tidak dapat mengatasi masalah secara keseluruhan. Sebaliknya, kaedah radioterapi atau kemoterapi mungkin digunakan.
Kemoterapi
Sesetengah penyakit kanser tidak memerlukan pembedahan sebaliknya boleh dirawat dengan menggunakan kaedah kemoterapi seperti kanser rahim dan leukemia. Namun begitu, kaedah ini hanya boleh digunakan ke atas beberapa jenis kanser sahaja.
Biasanya kaedah kemoterapi digunakan sebagai kaedah rawatan lanjutan selepas pesakit menjalani pembedahan sekiranya kanser telah merebak ke anggota tubuh yang lain.
Rawatan kemoterapi memerlukan pemerhatian rapi kerana ia bukan sahaja memusnahkan sel-sel kanser tetapi juga boleh merosakkan sel normal. Kesan sampingan ini akan menimbulkan beberapa masalah misalnya kekurangan sel darah putih.
Kadangkala pesakit akan mengalami keguguran rambut dan ulser pada bibir. Rawatan ini perlu diulang selepas 1 atau 2 bulan sekiranya sel kanser masih lagi aktif.
Radioterapi
Kaedah rawatan radioterapi merupakan satu kaedah yang penting bagi penyakit kanser. Rawatan ini boleh dilakukan dengan secara pancaran dari luar atau pancaran daripada logam radium yang dimasukkan ke dalam tubuh.
Contohnya bagi kanser rahim, logam radium radioaktif dimasukkan ke dalam rahim selama beberapa hari dengan tujuan supaya logam tersebut mengeluarkan bahang radiasi dan memusnahkan sel-sel kanser.
Antara kesan sampingan yang akan timbul akibat daripada rawatan ini adalah seperti kesan bakar pada kulit yang mungkin berwarna sedikit kehitaman. Tetapi dengan teknik rawatan baru, kesan sampingannya dapat dikurangkan. Kadangkala organ-organ lain disekitar ketumbuhan kanser boleh terganggu akibat daripada pancaran X-ray.
Terima kasih atas info yang bermanfaat. disini saya juga ingin kongsikan 10 manfaat kunyit hitam yang patut anda tahu, Terbukti merawat pelbagai penyakit.
Pasti ramai di antara kita, tidak tahu apa itu kunyit hitam, selalunya kunyit putih dan kunyit kuning paling famous oleh sebab penggunaanya yang penting di dalam masakan atau dibuat masker untuk wajah.
Tidak seperti kunyit kuning atau kunyit putih, kunyit hitam tidak begitu terkenal di masyarakat oleh kerana penanamannya yang agak rumit dan tidak mudah untuk mendapatkan hasil.
Tapi sebenarnya kunyit hitam juga terkenal dalam merawat serta mencegah pelbagai penyakit kronik mahupun ringan. Ianya telah diuji kaji oleh saintis dan mempunyai bahan aktif yang mampu membantu mengatasi penyakit kronik. Jom kita lihat 10 manfaat kunyit hitam yang berguna dalam merawat penyakit.
1. Mengurangkan bacaan gula dalam darah
2. Mengurangkan sakit Urat Saraf Dan Sendi
3. Merawat masalah penghadaman seperti sembelit dan buasir
4. Organ Pembiakan
5. Untuk Kulit Wajah dan Tubuh
6. Mengurangkan Migraine Dan Stress
7. Merawat Kanser dan Tumor
8. Meningkatkan kesihatan jantung
9. Menurunkan kolesterol
10. Meningkatkan sistem imun badan
Untuk maklumat lanjut boleh ke : http://www.superbsupplement.com