Bahaya Penyakit Hepatitis A, B dan C

Istilah "Hepatitis" dipakai untuk semua jenis keradangan pada hati (liver). Hepatitis A, B dan C adalah disebabkan oleh virus.

Penyakit hepatitis oleh kalangan awam sering diertikan sebagai penyakit kuning, namun sebenarnya istilah itu tidak terlalu tepat kerana penyakit hepatitis tidak selalu menyebabkan kulit atau putih mata (sklera) menjadi kuning. Sebaliknya penyakit kuning tidak selalu disebabkan oleh hepatitis.

Istilah “Hepatitis” dipakai untuk semua jenis keradangan pada hati (liver). Terdapat pelbagai jenis penyebab hepatitis, bermula dengan virus sehingga ubat-ubatan, termasuk ubatan tradisional dan alkohol.

Virus hepatitis juga ada beberapa jenis iaitu, hepatitis A, hepatitis B, C, D, E, F dan G. Manifestasi penyakit hepatitis akibat virus bisa akut boleh membawa kepada hepatitis kronik dan ada pula yang kemudian menjadi kanser hati.

Gejala hepatitis menular dengan pelbagai cara sama ada melalui tabiat pemakanan yang tidak baik, pengambilan dadah berlebihan, dan tabiat seks yang tidak sihat. Penyakit ini boleh dijangkiti melalui amalan seharian seperti penggunaan peralatan yang digunakan oleh pesakit dan melalui perkahwinan di mana virus diturunkan kepada anak di dalam kandungan.

hepatitis
Hepatitis yang disebabkan virus

Antara tanda-tanda atau gejala hepatitis adalah seperti rasa sakit pada bahagian perut, kulit dan mata berwarna kuning dan berlaku pembengkakan atau pembesaran hati yang kadangkala disertai dengan demam. Terdapat juga pelbagai kaedah rawatan yang boleh digunakan untuk merawat penyakit hepatitis.

Kebanyakan kaedah yang digunakan lebih kurang sama dengan kaedah untuk merawat kanser. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyakit ini, anda boleh mendapatkan maklumat dari laman-laman yang berkaitan di bawah.

Hepatitis A

Jangkitan Hepatitis A pada kanak-kanak biasanya tidak menimbulkan gejala manakala pada orang dewasa terdapat gejala seperti lelah, demam, mual, nyeri perut, mata kuning dan hilangnya nafsu makan. Gejala tersebut akan hilang sama sekali dalam masa 6-12 minggu.

Orang yang telah mendapat jangkitan Hepatitis A akan kebal terhadap penyakit tersebut. Berbeza dengan Hepatitis B dan C, jangkitan Hepatitis A tidak membawa kepada berlakunya hepatitis yang kronik.

Masa pengeraman virus Hepatitis A adalah antara 14 hingga 49 hari dan kebiasaannya selama 30 hari. Penularan virus ini boleh berlaku melalui makanan atau minuman misalnya memakan buah-buahan atau sayur-sayuran yang tidak dimasak atau memakan makanan yang setengah matang.

Virus ini juga boleh menular melalui penggunaan barang yang telah digunakan oleh pesakit Hepatitis A dan melalui hubungan seksual.

Gejala-gejala yang ditunjukkan oleh seseorang yang dijangkiti virus Hepatitis A:

  • Hilang selera makan
  • Letih
  • Rasa tidak selesa di bahagian perut
  • Mata dan kulit menguning
  • Mual
  • Demam
  • Urin berubah menjadi gelap

Orang berisiko untuk mendapat jangkitan virus Hepatitis A adalah:

  • Orang-orang yang tinggal di kawasan yang terdapat pesakit Hepatitis A.
  • Orang-orang yang terlibat dalam kegiatan seksual yang berisiko tinggi.
  • Penggunaan ubat-ubatan yang jarum suntikannya digunakan berkali-kali.
  • Penderita hemofilia dan penyakit yang berkaitan dengan darah.
  • Pegawai pusat-pusat perubatan.
  • Petugas laboratorium yang menangani virus Hepatitis A aktif.

Penyakit Hepatitis A oleh dicegah dengan cara menjaga kebersihan secara konsisten, caranya selalu mencuci tangan dengan benar- benar bersih setelah keluar dari bilik mandi dan ketika hendak menyiapkan makanan untuk menghindari kemungkinan terbawanya virus Hepatitis A.

Vaksinasi dengan menggunakan zat berupa: immune globulin (antibodi yang melindungi tubuh dalam jangka pendek terhadap penyakit Hepatitis A), merupakan vaksin Hepatitis A yang diberikan pada mereka yang berusia 2 tahun atau lebih.

Penyakit Hepatitis A

Hepatitis B

Hepatitis B merupakan sejenis penyakit inflammasi hati yang disebabkan oleh serangan virus Hepatitis B. Serangan virus ini boleh menyebabkan luka pada hati, infeksi hati yang berpanjangan, kanser hati, hati gagal berfungsi dan juga boleh membawa kepada kematian.

Maklumat yang didapati daripada pelbagai penelitian menunjukkan bahawa kebanyakan virus Hepatitis B menular ketika pesakit masih bayi dan kanak-kanak. Pesakit yang dijangkiti ketika masih kecil mempunyai peratusan yang lebih tinggi untuk mendapat sirosis hati dan kanser hati.

Hepatitis B boleh merebak melalui pelbagai cara.

Antara punca yang boleh menyebabkan berlakunya Hepatitis B ialah:

  • Salur darah :
    • menerima darah yang tercemar dengan virus Hepatitis B
  • Cairan tubuh pesakit :
    • melalui air liur, susu ibu, peluh dan cecair sendi.
  • Ibu kepada anak :
    • berlaku semasa anak masih dalam kandungan kerana virus Hepatitis B boleh berjangkit melalui dinding uri.
  • Jangkitan seks :
    • ia berlaku kerana virus ini boleh hadir di dalam air mani.

Antara tanda-tanda seseorang itu menghidap Hepatitis B ialah:

  • Rasa mual dan muntah
  • Cirit birit
  • Hilang selera makan
  • Sakit kepala
  • Rasa letih yang berlebihan

1 atau 2 minggu selepas itu, tanda-tanda seperti berikut boleh ditemui pada pesakit :

  • Mata dan kulit kekuningan
  • Warna urine berubah menjadi gelap
  • Najis keputihan
  • Hati semakin membesar

Mereka yang agak berisiko untuk mendapat jangkitan Hepatitis B adalah:

  • Orang yang mempunyai pekerjaan berhubung dengan darah
  • Orang yang menggunakan ubat secara suntikan dan berpanjangan
  • Bayi yang lahir daripada ibu yang dijangkiti Hepatitis B
  • Penderita penyakit hemofilia
  • Tinggal serumah dengan pesakit
  • Melakukan hubungan seks dengan pesakit
  • Mengamalkan hubungan sejenis
  • Tinggal di tempat yang terdapat pesakit
  • Melakukan hubungan seks rambang

Terdapat dua kaedah pencegahan yang boleh dijalankan untuk mengelak daripada dijangkiti penyakit ini:

  1. Secara pasif :
    • Jangan gunakan jarum yang diragui kebersihannya.
    • Elakkan daripada melakukan hubungan seks dengan pesakit.
    • Berikan ubat kepada anak dalam kandungan ibu yang dijangkiti
  2. Secara aktif :
    • Mendapatkan 3 kali suntikan pelalian.
    • Dapatkan booster selepas 5 tahun.
Penyakit Hepatitis B

Hepatitis C

Penyakit Hepatitis C berlaku akibat daripada infeksi virus Hepatitis C. Penyakit ini menular melalui darah pesakit dan biasanya ia tidak menimbulkan sebarang gejala.

Antara mereka yang berisiko untuk mendapat penyakit ini adalah :

  • Penerima darah dan organ daripada penderita penyakit hepatitis.
  • Penderita penyakit buah pinggang yang melalui proses hemodialisis.
  • Penderita penyakit hati.

Penyakit Hepatitis C ini boleh dielakkan daripada terus menular di kalangan orang ramai.

Antara langkah pencegahan yang boleh diamalkan oleh orang ramai ialah :

  • Menjaga kebersihan diri dan juga persekitaran.
  • Melakukan ujian Hepatitis C apabila menderma darah.
  • Elak daripada menggunakan alat suntikan yang tidak disteril.
  • Hindari hubungan intim dengan orang yang tidak diketahui latar belakangnya.
  • Elak berkongsi barangan peribadi seperti sikat, berus gigi, pisau cukur dan sebagainya.
  • Lakukan general check-up yang lengkap setiap tahun.

Rawatan untuk penyakit Heptitis C boleh dilakukan dengan menggunakan interferon dan juga Ribavirin. Interferon digunakan paling singkat dalam masa 6 bulan hingga 1 tahun untuk mematikan virus.

Ia mula digunakan pada tahun 1986. Masalah timbul kerana interferon menimbulkan kesan sampingan seperti lemah, sakit otot, demam, kurang selera makan, gangguan konsentrasi dan sukar tidur.

Masalah timbul kerana interferon menimbulkan kesan sampingan seperti lemah, nyeri otot, demam, kurang selera makan, gangguan konsentrasi dan sukar tidur. Di samping itu terdapat juga masalah dari segi responyang diberikan oleh pesakit. Meskipun virus telah menjadi negatif, ia boleh kembali positif beberapa bulan kemudian.

Ribavirin (Rebetol) pula memiliki sifat antivirus termasuk terhadap HCV dan digunakan secara oral (minum). Hasil kombinasi interferon (INTRON A) dan Ribavirin memberikan kesan yang cukup memberangsangkan. Peluang untuk membuang virus ini adalah 2 hingga 3 kali lebih tinggi berbanding menggunakan interferon sahaja.

Penyakit Hepatitis C

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.