Penyakit Gout – Punca, Tanda dan Rawatan

Jika tidak dirawat, sakit gout akan menjadi kronik dan bengkak yang kekal dipanggil tophi boleh terbentuk di dalam sendi serta tisu disekeliling sendi.

Penyakit gout terjadi kerana pengumpulan asid urik di dalam badan dan selalunya menyerang bahagian kaki.

Jika seseorang mempunyai gout, mereka mungkin akan mengalami bengkak dan sakit di bahagian sendi kaki terutamanya bahagian ibu jari. Sakit yang kuat secara tiba-tiba ketika serangan gout amat menyeksakan.

Tanda-tanda dan gejala gout

Sesetengah orang mempunyai terlalu banyak asid urik di dalam darah tetapi tiada gejala. Ini dinamakan gout asimptomatik.

Untuk gout akut, gejala boleh muncul dengan cepat akibat pengumpulan asid urik di dalam sendi dan boleh berlaku untuk tempoh 3 ke 10 hari.

Pesakit gout akan berasa sakit dan bengkak di bahagian sendi dan bahagian tersebut juga akan menjadi panas. Walaubagaimanapun tiada gejala di antara serangan gout.

Jika tidak dirawat, sakit gout akan menjadi kronik dan bengkak yang kekal dipanggil tophi boleh terbentuk di dalam sendi serta kulit dan tisu disekeliling sendi. Ianya boleh merosakkan sendi secara kekal.

Rawatan segera amat penting bagi mengelakkan gout akut daripada menjadi kronik. Adalah penting untuk mengenalpasti gejala gout dan berjumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan.

Pengumpulan asid urik di dalam sendi kaki.

Punca gout

Pengumpulan asid urik di dalam darah akibat kandungan purine berlebihan merupakan punca utama gout.

Terdapat keadaan tertentu seperti masalah metabolisma dan kekurangan air yang juga boleh menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak asid urik.

Masalah buah pinggang dan tiroid, serta masalah keturunan juga boleh menyebabkan badan mengalami masalah untuk membuang lebihan asid urik.

Seseorang lebih cenderung mendapat gout jika:

Penyakit gout juga boleh disebabkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan purine yang tinggi.

Pengesanan gout

Diagnosis gout akan dibuat berdasarkan sejarah perubatan, pemeriksaan fizikal dan gejala yang berlaku. Doktor juga akan membuat diagnosis berdasarkan:

  • Ciri-ciri sakit sendi yang dialami
  • Berapa kerap sakit sendi berlaku
  • Gejala sendi yang lain seperti kemerahan, bengkak dan panas

Doktor akan membuat ujian darah untuk memeriksa kandungan asid urik dalam badan. Sampel cecair sendi juga boleh diperiksa dan x-ray sendi mungkin akan dilakukan untuk melihat jika telah berlaku kerosakan.

Rawatan gout

Jika tidak dirawat, gout akan menyebabkan keradangan sendi dipanggil arthritis. Keadaan ini akan menyebabkan sendi rosak secara kekal.

Pelan rawatan adalah bergantung kepada tahap keterukan gout. Ubat gout berfungsi melalui dua cara iaitu dengan mengurangkan kesakitan serta keradangan dan mencegah serangan gout dengan mengurangkan paras asid urik.

Antara ubat penahan sakit termasuk:

  • Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), seperti aspirin, ibuprofen, dan naproxen
  • Colchicine
  • Kortikosteroid

Ubat untuk mencegah serangan gout pula adalah:

  • Xanthine oxidase inhibitors seperti allopurinol dan febuxostat
  • Probenecid

Selain rawatan perubatan, doktor juga akan mencadangkan perubahan gaya hidup untuk mengurangkan gejala dan mencegah serangan gout pada masa hadapan. Sebagai contoh doktor akan mencadangkan untuk:

Pemakanan pesakit gout

Sesetengah makanan mempunyai kandungan purine yang tinggi, yang akan dimetabolismakan oleh badan menjadi asid urik. Kebanyakan orang tiada masalah mengambil makanan ini namun bagi pesakit gout, mereka mengalami masalah untuk membuang lebihan asid urik dari badan.

Oleh itu, pesakit gout perlu mengelakkan makanan seperti berikut:

  • Daging merah
  • Organ dalaman
  • Sesetengah makanan laut
  • Alkohol

Makanan tinggi kandungan gula fruktos juga boleh menyebabkan masalah gout walaupun tidak mengandungi purine.

Rawatan sendiri

Sesetengah makanan boleh membantu mengurangkan asid urik dari badan seterusnya mencegah serangan gout. Antara contohnya adalah:

  • Magnesium
  • Halia
  • Cuka apple cider
  • Seleri
  • Teh nettle
  • Dandelion
  • Susu biji thistle

Pembedahan untuk gout

Selalunya pembedahan jarang dilakukan untuk pesakit gout. Namun untuk pesakit gout kronik, penyakit ini boleh merosakkan sendi, tendon dan menyebabkan jangkitan pada sendi dan kulit yang terlibat. Jadi doktor mungkin akan mencadangkan pembedahan dilakukan.

Bengkak akibat gout yang dipanggil tophi boleh terjadi pada kawasan sendi. Tophi ini kadangkala menyakitkan dan boleh merosakkan sendi secara kekal. Pembedahan boleh dilakukan untuk membuang tophi ini.

Antara pembedahan yang boleh dilakukan pada pesakit gout adalah:

  • Pembedahan membuang tophi
  • Pembedahan membaiki sendi yang rosak
  • Pembedahan gantian sendi

Pembedahan ini bergantung kepada tahap kerosakan, lokasi tophi dan juga pilihan pesakit sendiri.

Pembentukan tophi pada sendi pesakit gout.

Pencetus gout

Sesetengah makanan, ubat dan keadaan boleh mencetuskan serangan gout. Pesakit perlulah mengelakkan atau mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang mempunyai kandungan purine yang tinggi seperti:

  • Daging merah
  • Organ dalaman
  • Sesetengah ikan seperti ikan kod dan salmon
  • Alkohol
  • Soda
  • Jus buah

Sesetengah ubat untuk penyakit yang lain juga boleh meninggikan lagi paras asid urik dalam darah. Bincang dengan doktor anda jika mengambil ubat seperti berikut:

Tahap kesihatan seseorang juga boleh menyebabkan serangan gout. Antara contoh keadaan yang boleh menyebabkan serangan gout adalah:

Pencegahan gout

Berikut merupakan beberapa langkah yang boleh diambil bagi mencegah gout:

  • Mengurangkan pengambilan alkohol
  • Mengurangkan makanan tinggi purine
  • Memilih makanan kurang lemak
  • Mengurangkan berat badan
  • Berhenti merokok
  • Bersenam
  • Minum banyak air

Bincang dengan doktor anda jika anda mempunyai sebarang penyakit lain yang boleh menyebabkan gout.

Gout dengan tophus

Apabila asid urik berada dalam badan untuk tempoh yang lama, ianya boleh berkumpul dan membentuk bengkak yang keras dipanggil tophi. Jika tophi ini tidak dirawat, ianya boleh merosakkan tulang dan rawan serta menyebabkan kecacatan.

Ianya boleh terjadi pada sendi jari, kaki, lutut dan juga telinga. Boleh berlaku komplikasi keradangan pada tophi yang akan menyebabkan kesakitan dan bengkak.

Kesakitan akibat gout

Antara gejala utama gout adalah kesakitan pada sendi. Gejala pertama pesakit gout biasanya adalah kesakitan pada ibu jari kaki. Sakit ini selalunya diiringi dengan bengkak dan rasa panas pada sendi terlibat.

Sakit gout boleh menjadi sangat teruk sebelum beransur-ansur kurang. Sakit ini sebenarnya berpunca dari sistem imun badan yang menyerang asid urik yang terkumpul di dalam sendi. Serangan sistem imun ini akan menghasilkan cytokine yang menyebabkan keradangan sendi.

Gout dan genetik

Sebahagian faktor risiko gout adalah disebabkan keturunan atau genetik. Pengkaji telah menemui beberapa gen yang menyebabkan seseorang mudah mendapat gout iaitu SLC2A9 dan ABCG2. Gen ini akan menyebabkan badan menyimpan lebih banyak asid urik.

Seseorang yang mempunyai ahli keluarga dengan masalah gout lebih berisiko tinggi untuk mendapat penyakit gout. Namun ianya juga bergantung pada faktor luaran yang lain seperti pemakanan dan lain-lain lagi yang telah disebutkan di atas.

Gout dan alkohol

Alkohol juga mempunyai kandungan purine yang tinggi dan boleh menyebabkan peningkatan paras asid urik dalam badan. Alkohol juga boleh mengurangkan kapasiti badan untuk membuang lebihan asid urik.

Oleh itu, pesakit gout perlulah berhenti atau mengurangkan pengambilan alkohol.

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.