Tips Untuk Meningkatkan Konsentrasi & Fokus

Kelemahan daya penumpuan dan fokus akan menyebabkan fikiran mudah beralih, menerawang dan diganggu oleh persoalan-persoalan lain.

Kekuatan konsentrasi ialah kemampuan menumpu, memusat dan memfokuskan fikiran kepada satu perkara sahaja, tidak kepada perkara-perkara lain. Kekuatan konsentrasi ini berhubung erat dengan kekuatan mengingat dan berfikir. Salah satu faktor terbesar sindrom ‘lupa’ ialah kerana lemahnya daya penumpuan atau konsentrasi.

Kelemahan daya penumpuan menyebabkan fikiran mudah beralih, menerawang dan diganggu oleh persoalan-persoalan lain. Apabila ianya berlaku, maklumat-maklumat yang diperolehi melalui pembacaan, penglihatan dan pendengaran tidak dapat diingati dengan baik kerana ia tidak dapat didaftarkan ke dalam sistem ingatan seseorang.

Semasa konsentrasi terhadap sesuatu aktiviti, misalnya membaca, fikiran seseorang akan mengamati, memahami, menilai dan mengingati bahan bacaan tersebut dengan sangat baik. Individu yang memiliki daya konsentrasi yang tinggi mempunyai beberapa kelebihan.

  1. Tahap kefahamannya tinggi. Cepat dalam memahami sesuatu perkara. Dapat memahami pengertian yang tersurat dan tersirat. Memahami sesuatu perkara dengan terperinci dan detail.
  2. Cekap memproses dan menganalisa maklumat yang diterima.
  3. Kecekapan mengeluarkan kembali fakta-fakta yang diperlukan dengan tepat dan terperinci.
  4. Kebiasaanya cemerlang dalam bidang yang diminati.
  5. Kebolehan bekerja dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu aktiviti dalam tempoh yang lama.
  6. Menghasilkan kerja, tugasan dan karya yang bermutu.
  7. Kemahiran berfikir dengan pantas dan tepat.
  8. Mindanya sentiasa bersedia dan cergas.
  9. Memiliki daya ingatan yang sangat tinggi.

Latihan menguatkan konsentrasi dan fokus

Kekuatan konsentrasi boleh dilatih dan dikembangkan melalui pelbagai jenis latihan :

  1. Letak segelas air di hadapan anda. Pejam mata sambil membayangkan kembali di dalam fikiran anda kewujudan gelas itu. Pertahankan bayangan tersebut seberapa lama yang boleh. Jika konsentrasi anda terganggu, buka mata sambil melihat gelas itu dan teruskan kembali konsentrasi. Selain segelas air, anda juga boleh menggunakan benda-benda lain yang terdapat di hadapan anda seperti TV, pasu bunga,jam dan sebagainya.
  2. Pada waktu malam, tutup lampu di bilik dan pasang sebatang lilin. Duduk pada jarak satu meter dari lilin itu. Konsentrasi pandangan anda pada lilin tersebut selama 10 minit tanpa mengerdipkan mata. Panjangkan tempoh konsentrasi tetapi jangan melebihi dari 30 minit. Pada peringkat permulaan, mata akan berair. Tetapi jangan risau kerana itu adalah fenomena biasa.
  3. Letak jam di hadapan anda. Pusatkan tumpuan terhadap putaran jarum saatnya selama dua minit atau lebih. Apabila fikiran anda menerawang, berhenti sebentar dan mulakan kembali.
  4. Solat dengan penuh konsentrasi dan khusyuk. Hayati setiap makna surah di dalam solat. Lebih baik dilakukan ketika solat sunat pada sebelah malam kerana fikiran kita pada ketika itu mudah khusyuk dan segala ibadah yang dilakukan adalah lebih berkesan.
  5. Membaca Al-Quran dengan melihat pada terjemahannya serta menghayati sedalam-dalam maknanya.
  6. Berlatih mencongak sifir matematik yang mudah di dalam fikiran seperti mencampur, menolak, membahagi dan mendarab nombor-nombor selama 20 minit pada setiap hari. Buku latihan matematik sekolah rendah boleh digunakan untuk tujuan ini. Alex Osborn telah berjaya membuktikan individu yang melakukan amalan ini selama 20 hari berturut-turut mampu meningkatkan daya tumpuan dan daya konsentrasinya.
  7. Pendengaran secara imaginasi :
    Tutup mata, dengarkan bunyi-bunyi berikut secara imaginasi dan pertahankan bunyi tersebut seberapa lama yang mungkin. Sebelum itu cuba bayangkan situasi di mana anda pernah medengar bunyi tersebut.
    • Bunyi ayam berkokok.
    • Bunyi azan.
    • Bunyi enjin kenderaan milik anda.
    • Bunyi cerek yang sedang mendidih.
    • Bunyi siren ambulan.
    • Bunyi hujan lebat.
  8. Penglihatan secara imaginasi :
    Tutup mata, abatangkan perkara-perkara yang berikut secara imaginasi dan pertahankan imaginasi tersebut selama yang boleh :
    • Anda sedang membaling bola.
    • Anda berada di halaman rumah anda.
    • Sahabat karib anda sedang ketawa.
    • Kapal terbang.
    • Permandangan di sebuah pantai.
  9. Merasa, mencium dan melakukan pergerakan secara imaginasi. Pertahankan imaginasi tersebut selama yang mampu:
    • Bayangkan anda sedang mendayung perahu.
    • Bayangkan anda sedang mengayuh basikal.
    • Bayangkan anda sedang melakukan gerakan-gerakan dalam sembahyang.MliMenghidu bau durian.
    • Merasa kepedasan cili.

Latihan-latihan ini menuntut usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan. Pada peringkat awal, anda tentu menemui kesukaran dan kesusahan kerana tidak dapat memusatkan daya penumpuan dengan sepenuhnya.

Mungkin anda merasa sakit kepala dan jemu. Tetapi bersabarlah, lama-kelamaan anda akan dapat menguasai kemhairan membuat penumpuan dan menjadi individu yang memiliki daya konsentrasi yang hebat dan mapan. Lakukan mana-mana latihan di atas selama 20-30 minit pada setiap hari secara konsisten.

Selain meningkatkan kekuatan konsentrasi fikiran, latihan-latihan ini dapat menambahkan kreativiti dan mencergaskan fungsi otak kanan. Aktiviti-aktiviti ini menyuburkan keseluruhan neuron di dalam otak dan hubungan antara sel-sel otak semakin teguh. Ini menjadikan otak semakin aktif serta kuasa mengingat dan keupayaan menyerap pelajaran, ilmu dan maklumat bertambah.

Selain itu, faedahnya yang lain adalah:

  1. Mempunyai minat yang lama.
  2. Sukakan perkara-perkara yang abstrak
  3. Sering didatangi ilham, intuisi, bisikan dan gerak hati.
  4. Kemampuan mengeluarkan idea-idea yang unik dan berkualiti.
  5. Daya kreativitinya tinggi.
  6. Selalunya pintar dan berkebolehan menyelesaikan masalah dengan cara yang unik dan berlainan daripada orang lain.
  7. Memiliki daya ingatan yang sangat baik terutamanya pada perkara-perkara yang diminati.

Tips menguatkan otak kanan

  1. Banyak membaca dan menghayati sejarah.
  2. Banyak membaca pengetahuan umum (general knowledge)
  3. Bermonolog.
  4. Memperbanyakkan ekspedisi, pengembaraan, lawatan, berkelah dan melancong.
  5. Selalu menyertai seminar, forum, pameran, ekspo dan lain-lain.
  6. Menatap dan merenung Al-Quran.
  7. Selalu melakukan latihan menguatkan konsentrasi.
  8. Selalu berfikir secara kreatif.
  9. Sering melakukan latihan pendengaran, penglihatan, pergerakan, penciuman dan merasa secara imaginasi.
  10. Bertafakur atau berfikir tentang makhluk Allah dan alam semesta.
  11. Memikirkan sesuatu kejadian, peristiwa-peristiwa dan isu-isu semasa. Belajarlah dengan alam semesta dan kehidupan ini.
  12. Membaca, memahami, merenung dan menghayati isi Al-Quran sedalam-dalamnya. Fikirkan apa yang tersurat dan tersirat di dalam kandungannya. Lakukan begitu juga terhadap hadis-hadis Rasullullah s.a.w.
  13. Bermain catur.
  14. Suka berfikir dengan bertanya kepada diri-sendiri dengan menggunakan kata kunci ‘apa, siapa, bila, di mana, kenapa dan bagaimana‘.
  15. Selalu menambah pengetahuan umum dengan membaca, mengikuti program-program berbentuk maklumat dengan menonton televisyen, mendengar radio, internet dan sebagainya.
Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.