Janin Songsang – Punca, Jenis dan Rawatan

Songsang peringkat awal berlaku antara 40 hingga 60 peratus dan mungkin kembali normal bila janin cukup sembilan bulan.

Di awal kehamilan, untuk mengesan bayi songsang adalah agak sukar kerana ia masih kecil dan masih berpusing-pusing di dalam air ketuban. Janin akan mudah dikesan apabila ia berusia lapan bulan.

Bidan-bidan kampung biasanya menggunakan tangan untuk mengetahui kedudukan janin. Perubatan moden pula menggunakan kaedah ultrasound untuk mengesannya. Kaedah ultrasound ini lebih berkesan kerana ia boleh mengesan sebab berlakunya bayi songsang.

Songsang peringkat awal berlaku antara 40 hingga 60 peratus, iaitu ketika kandungan berusia enam hingga lapan bulan. Ia mungkin kembali normal bila janin cukup sembilan bulan.

Punca-punca Songsang

Antara punca janin songsang termasuklah:

  • Kelahiran segera
  • Janin kembar
  • Janin mati dalam rahim
  • Kecacatan janin dan janin kembar yang boleh dikaitkan dengan polyhydramnios kerana air yang terlalu banyak
  • Kecacatan hydrocephelus atau timbunan air dalam otak dan anencephalus (janin tidak mempunyai otak atau tempurung kepala)
  • Songsang juga mungkin disebabkan oleh keganjilan yang terdapat pada rahim.
  • Ketumbuhan atau fibroid di bahagian ovari

Jenis-jenis Songsang

Songsang terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

  1. Songsang Frank. Keadaannya apabila ke dua-dua kaki janin terlunjur ke atas. 60 hingga 70 peratus songsang Frank berlaku pada kandungan pertama.
  2. Songsang Lengkap. Kedua-dua kaki janin berlipat di bahagian lutut. Janin menghadapi risiko kerana tali pusat akan keluar dahulu sebelum janin.
  3. Songsang Kaki. Berkaitan dengan kedudukan bayi. Sebelah atau kedua-dua belah kaki terlunjur ke bawah. Ia lebih berisiko tinggi kerana tali pusat yang keluar terlebih dahulu sebelum janin akan membelit bayi dan menyebabkannya sukar untuk keluar.
Jenis-jenis songsang

Teknik memusingkan janin songsang

Teknik urutan dari luar bahagian perut ibu. Memusingkan janin boleh dilakukan sekiranya janin tidak mengalami sebarang kecacatan, lebih air (polyhydramnios) atau air kurang (oligohydramnios).

Namun begitu ia bergantung kepada nasihat doktor dan perlu dijalankan di hospital yang lengkap dengan kemudahan kecemasan.

Doktor cuba menukar kedudukan janin songsang

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.