Perubatan Nuklear: Teknik dan Aplikasi dalam Rawatan

Perubatan Nuklear adalah satu cabang perubatan yang menggunakan radiasi untuk memperolehi imej mengenai anatomi manusia dan fungsi organ-organ tertentu.

Sejarah Penemuan

Sejarah penemuan sinar-X telah membuka era baru perubatan nuklear pada masa kini. Penemuan pertama sinar-X telah dicatat oleh seorang guru fizik di sebuah kolej di Jerman iaitu William Conrad Roentgen (1845-1923). Pada 8 November 1895, Roentgen telah menghasilkan imej tangan isteri beliau dengan menggunakan sinar-X. Selepas itu prinsip radiologi telah giat diaplikasikan. 

Setahun kemudian seorang saintis iaitu Bacquerel telah menemui bahan radioaktif semulajadi yang pertama dan hasil dari penemuan itu pada tahun 1898, Pierre dan Marie Curie telah berjaya mengasingkan radium. Penggunaan bahan radioaktif yang pertama dalam bidang perubatan telah diaplikasikan oleh seorang pakar perubatan iaitu Henry Alexandre Danlos dan Eugene Bloch pada tahun 1901 yang mana mereka telah memancarkan sinaran daripada radium kepada pesakit tuberkulosis kulit.  Semenjak itulah era perubatan nuklear terus berkembang dan penting dalam mendiagnos dan merawat pelbagai penyakit.

Setelah seabad penemuan ini kesan radiasi telah dikenalpasti samada ia memberi kebaikan atau keburukan yang mana ia bergantung kepada penggunaan dan kawalan. Oleh itu era undang-undang pengawalan radiasi telah diwujudkan pada bulan Oktober 1899 oleh kerajaan Austria setelah membahaskan mengenai isu kesan radiasi ini.

Pada tahun 1928, International Commission On Radiological Protection (ICRP) telah mengesyorkan penggunaan dos radiasi yang optimum dan selamat digunakan. Di Malaysia, Penguatkuasaan ini dilaksanakan oleh Radioactive Substances Act pada tahun 1968. Tetapi pada tahun 1984 ia diganti oleh Atomic Energy Licensing Act (Act 304). Bermula dari tahun tersebut Kementerian Kesihatan telah mengambil alih peranan ini sehingga sekarang untuk memastikan keselamatan melalui pengawalan radiasi.

Apakah Itu Perubatan Nuklear

Perubatan Nuklear adalah satu cabang perubatan yang menggunakan radiasi untuk memperolehi maklumat berdasarkan imej mengenai anatomi manusia dan fungsi organ-organ tertentu pada semua peringkat umur. Ia adalah suatu diagnosis yang primer, dengan itu sebarang penyelidikan dengan kos yang tinggi untuk sesuatu jenis penyakit boleh diabaikan. Sebagai contoh, kecederaan di otak tidak lagi memerlukan diagnosis secara histologi. Teknik skan otak adalah lebih cepat dan selamat diaplikasikan. 

Perubatan Nuklear boleh di definasikan sebagai pendiagnosan dan rawatan penyakit yang melibatkan penggunaan “artificial radioisotope” . Definisi ini bukan sahaja merangkumi prosedur untuk diagnosis klinikal dan penyelidikan secara in vivo tetapi juga digunakan di dalam prinsip radioimunoasei dan penyelidikan secara in vitro tetapi juga digunakan di dalam prinsip radioimunoasei dan penyelidikan secara in vitro. 

Tekniknya amat sensitif kerana ia dapat mengesan pada peringkat 3% sebarang keabnormalan fisiologi badan. Sebagai contoh, ia dapat mengesan penyakit arteri koronari pada peningkat awal yang sebaliknya tidak dapat dikesan oleh Elektrokardiograf. Sebaliknya teknik radiologi hanya dapat mengesan apabila penyakit itu telah meningkat kepada 45%. Tambahan pula teknik sinar-X hanya dapat menunjukkan struktur secara anatomi organ tetapi skan nuklear dapat memberikan maklumat mengenai fisiologi dan biokimia organ tersebut. 

Terdapat dua prosedur perubatan nuklear 

  1. In vivo – Radioisotop disuntik ke dalam badan pesakit.
  2. In vivo – Radioaktiviti diaplikasikan ke dalam sampel pesakit. 

Radionuklid adalah bahan utama untuk mengesan, mendiagnos dan merawat pelbagai penyakit. Jangka hayatnya yang pendek dan dos yang kecil akan memberikan radiasi yang minima dan tidak akan membahayakan pesakit. 

Proses skan yang dilakukan memakan masa selama 30 hingga 45 minit. Bahan radionuklid akan disuntik kepada pesakit dan akan distribusi ke organ yang tertentu. Organ tersebut akan memancarkan sinar gamma dan dikesan oleh kamera gamma untuk menghasilkan imej dan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat mengenai sel, tisu dan organ malahan berupaya mengesan sebarang keabnormalan pada peningkat awal lagi. 

Dalam kebanyakan kes, maklumat yang diperolehi membolehkan doktor membuat pendiagnosan yang cepat dan tepat terhadap berbagai keadaan penyakit seperti gangguan tiroid, keretakan tulang, penyakit jantung dan kanser. Dalam kes-kes lain radiasi digunakan untuk merawat penyakit tersebut. 

Mesin CT Skan

Apakah Itu Radiasi

Semua kehidupan tidak terlepas dan terdedah kepada sumber radiasi semulajadi iaitu samada dari bumi, langit atau bahan radionuklid semulajadi di dalam badan kita seperti potassium-40 dan karbon-14, tetapi ianya kurang memberi kesan negatif kepada kita. Telah dipercayai sistem badan kita berupaya memperbaiki kerosakan sel yang disebabkan oleh radiasi. Di masa kini populasi manusia banyak mendapat pendedahan bahan radiasi yang bukan hanya dari bahan radioaktif semulajad tetapi juga hasil penemuan oleh para saintis. Sehingga kini bahan radiasi banyak digunakan di dalarr pendiagnosan penyakit dan selamat digunakan. 

Radiasi adalah sejenis tenaga yang wujud di persekitaran kita dalam berbagai bentuk serta berasal dari alam semulajadi atau buatan manusia. 

Cahaya dan haba yang diperolehi dari matahari atau api adalah contoh radiasi bentuk semulajadi. Manakala radiasi  buatan manusia seperti radiasi “gelombang mikro” yang digunakan untuk memasak dan gelombang radio untuk komunikasi jarak jauh. 

Radiasi pengionan (Ionising Radiation) pula ialah radiasi yang digunakan dalam kajian-kajian perubatan nuklear dan sinar-X . Radiasi pengionan ni berasal dari kedua-dua sumber semulajadi dan buatan manusia seperti angkasa lepas, bumi, udara, makanan dan minuman serta dan bangunan tempat tinggal kita. Ianya adalah radiasi latarbelakang semulajadi (natural background radiation) yang sentiasa didedahkan kepada kita. 

Adakah Perubatan Nuklear Selamat

Perubatan Nuklear adalah sangat selamat kerana penyurih radioaktif atau radiofarmaseutikal yang biasa digunakan iaitu Technetium (Tc-99m) cepat dikumuhkan dari badan melalui fungsi semulajadi (dibuang melalui sistem pencernaan dan penghasilan kencing). 

Tc-99m amat berguna dan meluas sekali digunakan di dalam proses pengimejan bagi kebanyakan sistem organ badan manusia kerana mempunyai sifat-sifat fizikal dan kimia yang ideal. Ia dihasilkan daripada proses pemisahan Molybdenum-99 dan sistem generator. Molybdate diserap di dalam kolum Aluminium dan dielut sebagai ion pertechonetate dengan menggunakan larutan normal saline. 

Tc-99m dapat mengeluarkan sinar gamma yang monoenergetik dengan voltan 140 KeV yang mana amat sesuai untuk proses penetrasi ke dalam tisu. Jangka separa hayatnya ialah enam jam. Oleh itu pendedahan radiasi kepada pesakit adalah minimum. 

Pada kebanyakan kes, dos radiasi yang digunakan untuk tujuan pengimejan adalah terlalu kecil. Contohnya dos bagi pesakit yang membuat pengimejan paru-paru adalah bersamaan dengan dedahan kepada radiasi bagi penerbangan pergi balik antara Sydney dan London. 

Bagaimana Proses Pengeluaran Radiofarmaseutikal

Australia adalah di antara beberapa negara di dunia yang mengeluarkan penyurih radioaktif untuk keperluan diagnostik perubatan nuklear selain daripada Eropah atau pun Kanada. 

Di Malaysia, pusat pengeluaran Radiofarmaseutikal ialah di lnstitut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) di Bangi, Selangor. Proses pengeluaran di pusat ini dikawal ketat dengan sistem pengawalan kualiti yang dipantau oleh kerajaan Malaysia.

Di Australia, reaktor dan mesin siklotron mengeluarkan keluaran Radiofarmaseutikal yang berbeza dan membekalkan kepada pusat-pusat perubatan nuklear di seluruh dunia. Setiap tahun berjuta pesakit membuat diagnosis dan rawatan di pusat-pusat tersebut termasuk di Malaysia yang sehingga kini terdapat pusat perubatan nuklear kerajaan dan swasta. 

HUSM merupakan pelopor pusat ini di pantai timur Malaysia yang lengkap dengan perkhidmatan fanmasi nuklear yang telah pun mendapat pengiktirafan kualiti ISO 9002. Oleh yang demikian dengan kemudahan teknologi canggih masa kini maka manusia dapat meningkatkan lagi kualiti penjagaan kesihatan meneka pada tahap tertinggi. 

Bilakah Perlunya Pengimejan

Pengimejan Radiofarmaseutikal biasanya digunakan untuk mengesan pelbagai penyakit pada organ dalaman seperti pengimejan jantung, rangka, tiroid, paru-paru dan buah pinggang. 

Biasanya para doktor akan mengesan jangkitan, perebakan tumor, keretakan tulang dan kecederaan semasa bersukan. Sebelum dilakukan pengimejan pesakit terlebih dahulu diperiksa oleh doktor dan bagi pesakit wanita hendaklah memberitahu doktor samada mereka mengandung atau menyusukan anak. 

Jenis-jenis Pengimejan

Terdapat imejan kamera gamma dan imejan PET. lmejan kamera gamma dikendalikan dalam dua mod yang berbeza. Jika doktor merujuk kepada pengimejan perubatan nuklear maka salah satu daripada cara berikut digunakan. 

1. Imejan PLANAR

Paling banyak digunakan berbanding dua jenis lain. Kaedahnya melibatkan suntikan ke badan dengan jumlah bahan kimia yang kecil dicampur dengan penyurih radioaktif. 

2. Imejan SPECT (Singlephoton emission computed tomography)

Digunakan secara meluas di mana proses suntikan penyurih radioaktif sama seperti teknik imejan PLANAR. Kamera Gamma akan fokus ke seluruh badan dan menyediakan siri imejan yang selalunya mengambil masa lebih kurang 30 minit. 

lmejan SPECT dan PLANAR adalah teknologi yang sangat memudahkan penggunaan radiofarmaseutikal untuk diagihkan, disimpan dan siap dicampur untuk digunakan di klinik dan hospital perubatan nuklear. 

3. Imejan PET (Positron emission tomography)

Tekniknya bersamaan dengan teknik imejan SPECT tetapi membekalkan lebih maklumat imejan. Bagaimanapun radiofarmaseutikal yang dikehendaki untuk imejan PET mempunyai tempoh jangkahayat yang pendek dan disebabkan itu perlu dikeluarkan oleh SIKLOTRON. 

Kaedah ini melibatkan hubungkait dengan teknologi baru dan sehingga kini MINT dalam proses untuk membangunkannya di Malaysia dengan kerjasama Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). 

Perlukah Pesakit Tinggal di Hospital

Pesakit yang melakukan pengimejan diagnosis biasanya akan berada beberapa jam di Jabatan Perubatan Nuklear walaupun setengah pesakit diminta tinggal di hospital untuk jangkamasa yang singkat. 

Bagi pesakit yang melakukan terapi terutamanya bagi hiperaktif kelenjar tiroid kemungkinan akan dirawat sebagai pesakit luar dan tidak perlu tinggal di hospital. Jika keadaan memerlukan biasanya pesakit perlu berada di hospital selama dua atau tiga hari. Ini bukanlah disebabkan risiko terhadap kesihatan tetapi doktor hendak memastikan bahan-bahan Radioaktif seperti Iodine- 131(1-131) dikendalikan dengan selamat apabila dikumuhkan dari badan. 

Adakah Perubatan Nuklear Melibatkan Rawatan

Pada masa ini bidang perubatan nuklear kebanyakannya digunakan untuk mendiagnosis penyakit. Walau bagaimana pun tendapat bahan radioaktif digunakan untuk merawat penyakit tententu terutamanya kanser dan dikenali sebagai terapi. 

Terapi perubatan nuklear biasanya dirawat dengan cara minum bahan radioaktif iaitu Iodine-1 31 (1-131) dan pada kebanyakan kes digunakan untuk merawat penyakit hipéraktif tiroid dan juga kanser tiroid. Di HUSM lebih kurang 500 orang pesakit dirawat setiap tahun dengan menggunakan kaedah radiofarmaseutikal.

Adakah Kesan Sampingan

Kesan sampingan terlalu sedikit bagi tujuan pengimejan diagnostik. Apabila radiasi atau radiofarmaseutikal digunakan sebagai terapi, terdapat cuma sedikit kesan sampingan seperti loya dan pembengkakan kelejar air liur. Untuk mencegahnya pesakit dinasihatkan menghisap gula-gula.

Siapakah Yang Mengendalikan Prosedur Perubatan Nuklear

Jika doktor meminta untuk melakukan pengimejan perubatan nuklear, pesakit akan dikendalikan oleh kakitangan khas yang dilatih secara profesional. Doktor, Teknologis, Pegawai Farmasi, Pembantu Farmasi dan Jururawat akan bertanggungjawab terhadap pesakit untuk mendapatkan rawatan yang terbaik.

Di HUSM, Unit Radiofarmasi dikendalikan sepenuhnya oleh kakitangan farmasi manakala bagi pusat perubatan nuklear yang selainnya dikendalikan oleh Teknologis.

Unit Radiofarmasi, Jabatan Farmasi, HUSM diketuai oleh seorang Radiofarmasi yang bertindak sebagai pegawai penyelaras unit dan dibantu oleh seorang Pembantu Farmasi. Sehingga kini terdapat dua orang Pembantu Farmasi yang telah dilatih untuk mengendalikan tugas-tugas di unit ini. Bidang tugas Pembantu Farmasi di unit ini ialah mengendalikan penyediaan radiofarmaseutikal untuk diadministrasikan kepada pesakit, manakala pengendalian kamera gamma dilakukan oleh Teknologis.

Semua kakitangan yang bertugas di Jabatan Penubatan Nuklear, termasuk Pegawai Farmasi dan Pembantu Farmasi mendapat kemudahan Cuti Tugas Khas Perubatan selama 14 hari dalam masa setahun.

Apakah Faedah Perubatan Nuklear

Memandangkan kita sedang menuju ke era baru di dalam pelbagai bidang terutama bidang perubatan, maka pelbagai penemuan baru telah diteroka bagi memudahkan doktor untuk mendapatkan diagnosis yang cepat tepat dan meluas tenhadap penyakit daripada semua peningkat umur.

Begitu juga dengan penemuan baharu radioaktif semenjak tahun 1898 lagi Penggunaan bahan radioaktif di dalam pendiagnosan pelbagai penyakit telah membuka mata para doktor bagi mengesan sebarang 3% petunjuk keabnormalan pada pesakit. Mendapatkan rawatan awal dengat seberapa segera akan mendapatkan peluang rawatan dengan lebih berkesan. Semua ujian yang dilakukan tidak mendatangkan rasa sakit dan pesakit tendedah pada dos radiasi yang minima.

Perubatan Nuklear telah memainkan peranan yang penting walau pun agak baru ditubuhkan di Malaysia iaitu pada tahun 1968. Seabad yang lalu manusia begitu gerun apabila mengetahui bahan nadioaktif digunakan untuk tujuan pendiagnosan. Tetapi dewasa ini mereka tidak lagi berasa gusar dan bimbang terhadap kesan radiasi. Walaubagaimana pun langkah keselamatan haruslah dititik beratkan.

Terapi perubatan nuklear adalah sangat efektif, selamat dan kosnya tidak terlalu mahal. Ianya memberikan sumbangan yang begitu besar terhadap perawatan dan penjagaan kesihatan pada masa kini.

Sumber: Ahmad Shukri bin Puteh

Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.