Rawatan pertolongan cemas atau rawatan bantu mula adalah bantuan rawatan pertama yang diberikan kepada mangsa yang mengalami kecederaan atau kemalangan atau orang yang diserang oleh penyakit secara tiba-tiba.
Setiap orang harus tahu cara memberi pertolongan cemas atau bantu mula. Bantuan yang diberikan mungkin melibatkan pengubahsuaian bahan-bahan yang ada pada masa itu.
Bagi kebanyakan kecederaan kecil, bantuan kecemasan yang diberikan mungkin sudah mencukupi. Kecederaan yang lebih serius pula memerlukan pemerhatian daripada orang yang lebih profesional dan rawatan lebih lanjut.
Dengan adanya artikel ini diharapkan dapat membantu anda jika berlakunya sesuatu kemalangan dan kecederaan ketika aktiviti sedang dijalankan.
Prinsip-prinsip Rawatan Pertolongan Cemas
Matlamat Pertolongan Cemas
- Untuk menyelamatkan nyawa
- Mengurangkan atau melegakan kesakitan
- Mencegah kecederaan daripada merebak atau menjadi lebih teruk
Memberi Pertolongan Cemas dalam kemalangan
- Penilaian
- Bertenang dan bertindak untuk menyelamat
- Jaga keselamatan diri dan mangsa
- Hindarkan daripada keadaan yang membahayakan
- Minta bantuan daripada orang yang berhampiran
- Diagnosa atau pengenalan punca kesakitan
Rawatan
Menentukan mana-mana kecederaan yang lebih tenat atau serius, kemudian rawatan dengan cara yang betul.
Keutamaan
Bila terdapat lebih daripada seorang yang tercedera atau banyak luka pada seseorang, maka pertolongan cemas mestilah segera diambil yang mana keadaan diutamakan semasa memberi rawatan.
Perhatian
- Jangan biarkan mangsa dikerumuni oleh orang ramai kerana akan menyebabkan mangsa menjadi rimas, risau, bimbang dan pengedaran udara akan berkurangan.
- Tanggal atau longgarkan pakaian yang perlu sahaja.
- Elakkan daripada memberi mangsa minum air jika:
- mangsa tidak sedarkan diri disyaki
- mangsa mengalami kecederaan dalaman
- disyaki memerlukan pembedahan
Dapatkan bantuan
- Telefon ambulans – 999 atau 991
- Berikan keterangan tentang tempat kemalangan.
Teknik-teknik Rawatan
Asfiksia (terhenti pernafasan)
Asfiksia adalah satu keadaan di mana sistem pernafasan terhenti disebabkan oleh kekurangan oksigen di dalam darah dan tisu-tisu badan tidak dapat menerima bekalan oksigen yang mencukupi.
Punca-punca asfiksia:
- Lemas
- Keracunan gas dan asap yang merbahaya
- Tersekat saluran udara – tergantung dan tercekik oleh makanan atau benda-benda asing lain
- Tersumbat saluran nafas oleh bantal, karung plastik, lidah tersentak ke dalam ketika tidak sedarkan diri
- Disambar petir atau kilat
- Terhimpit dada – runtuhan tanah
- Serangan penyakit
- Termakan racun
Tanda-tanda:
- Pernafasan adalah pendek-pendek tetapi cepat, susah bernafas dan akhirnya terhenti
- Bahagian bibir, jari-jari, muka dan telinga menjadi kebiru-biruan
- Kebanyakannya menyebabkan tidak sedarkan diri
Peraturan Am Memulihkan asfiksia:
A – Airways (saluran Pernafasan)
- Terbuka atau tersekat
- Keluarkan bendasing seperti gigi palsu, rumput, tanah, bahan mentah daripada mulut jika ada
B – Breathings (pernafasan)
- Boleh bernafas atau tidak
- Jika pernafasan terhenti, beri bantuan pemulihan pernafasan dengan segera
C – Circulation (peredaran darah)
- Pastikan adakah denyutan nadi atau tidak
- Jika tiada, lakukan pemulihan CPR (Cardio-pulmonary Resuscitation) (pemulihan pernafasan dan pemulihan jantung dari luar)
Jenis-jenis Pemulihan Pernafasan:
- Pemulihan pernafasan mulut ke mulut
- Pemulihan pernafasan Holgen Nielson
- Pemulihan pernafasan mulut ke hidung
- Pemulihan jantung dari luar atau tekanan dada (External cardiac compression)
- Pemulihan kardio-palmonari (Cardio-Pulmonary Risuscitation) – CPR
Lemas di dalam air
Tindakan untuk menyelamat:
- Jaga keselamatan diri
- Usahakan menarik mangsa ke darat dengan tali atau kayu
- Lemparkan sesuatu objek yang boleh terapung seperti pelampung kepada mangsa yang masih sedarkan diri, kemudian tarikh mangsa ke darat dengan menggunakan tali yang terikat kepada objek itu.
- Anda boleh juga menyelamat dengan berenang sekiranya anda seorang perenang yang baik tetapi tidak digalakkan, jaga nyawa anda dahulu!
Rawatan:
- Keluarkan air daripada perut atau paru-paru
- Bersihkan mulut mangsa daripada benda-benda yang mungkin menghalang pernafasan
- Mulakan bantuan pernafasan
- Periksa pernafasan dan denyutan nadi
- Jaga suhu badan mangsa supaya tidak mengalami hipotermia
- Apabila bernafas semula, baringkan mangsa ke kedudukan pemulihan, pastikan ia dapat terus bernafas dengan sempurna. Hantar ke rumah sakit secepat mungkin jika keadaannya tidak memuaskan.
Pendarahan
Keluar darah daripada saluran darah yang tercedera. Ia boleh berlaku di bahagian luar atau dalam tubuh.
Jenis-jenis Pendarahan
Pendarahan boleh dikatakan berpunca daripada arteri, vena, atau kapilari jika:
- Arteri – darah memancut merah terang
- Kapilari – darah menitis merah
- Vena – darah meleleh perlahan berwarna merah tua
Tanda-tanda dan gejala-gejala
Apabila seseorang kehilangan darah yang banyak sama ada di bahagian luar atau dalam tubuh, ada beberapa tanda atau gejala dapat dikesan:
- Denyutan nadi bertambah cepat serta lemah
- Kulit sejuk, lembab, pucat dan berpeluh
- Muka dan bibir kelihatan pucat
- Pernafasan cepat, pendek dan tercungap-cungap
- Mangsa berasa pening, pitam dan pengsan
- Mangsa mungkin merasa dahaga
- Berasa resah dan gelisah
- Pendarahan banyak dan mungkin menyebabkan rejatan
Peraturan am bagi merawat luka yang banyak berdarah
Angkat tinggi bahagian yang berdarah untuk melambatkan pengaliran darah dan menolong mengurangkan darah mengalir keluar daripada tubuhnya.
Hentikan Pendarahan Secara Langsung (direct pressure)
Bahagian ibu jari / jari-jari tekan dengan kuat di bahagian yang cedera ke atas pelapek atau kain kasa (gauze) selama 10 minit.Kemudian tutuplah pelapik dengan lapisan kapas dan ikat dengan pembalut yang ketat. Ia biasanya akan menahan darah itu daripada mengalir keluar. Jika pendarahan berjalan terus, jangan cabut pelapik tetapi letakkan pelapik tambahan dan balut sekali lagi.
Hentikan Pendarahan Secara Tidak Langsung (Indirect Pressure)
Jika pendarahan tidak dapat dikawal dengan tekanan secara langsung ke atas luka atau dalam keadaan di mana tekanan secara langsung tidak boleh digunakan, anda boleh gunakan tekanan secara tidak langsung pada titik tekanan (pressure point).
Titik tekanan adalah satu tempat di mana saluran darah artei boleh ditekan ke tulang dengan rapat untuk menghalang pengaliran darah di kawasan itu.
Kecederaan Otot, sendi dan ligamen
Terseliuh
Tanda-tanda dan gejala:
- Rasa kesakitan pada sendi itu
- Bengkak
- Lebam atau perubahan warna di bawah kulit sendi yang tercedera
Rawatan:
- Letak beg ais pada sendi yang cedera
- Tinggikan bahagian yang tercedera
- Letakkan mangsa di dalam keadaan yang selesa
- Ampu bahagian yang tercedera
- Hantar ke hospital jika keadaan memerlukan
Terkehel
Tanda-tanda dan gejala:
- Rasa amat kesakitan pada sendi
- Berubah kedudukan sendi
- Berubah rupa
- Bengkak
- Lebam
Rawatan:
- Jangan betulkan tulang yang terkehel
- Anggota yang cedera tidak boleh digerakkan
- Letakkan mangsa di dalam keadaan yang selesa
- Ampu dan hantarkan ke hospital jika perlu
Kejang Otot (cramp)
Sesuatu keadaan yang tidak sengaja datang dengan tiba-tiba dan sakit kerana otot tertarik dan tersimpul.
Ia disebabkan oleh:
- Kehilangan air yang berlebihan menyebabkan kekurangan garam dan cecair dalam tubuh
- Sejuk kerana berenang
Rawatan:
- Memanjangkan otot-otot yang kejang dengan meluruskan otot dan jari-jari dengan cermat.
- Jika kehilangan air yang berlebihan, berikan air yang bercampur dengan sukatan ¼ sudu the garam dengan satu gelas air.
Gigitan dan Sengatan
Gigitan ular
Tanda-tanda dan gejala:
- Bengkak dan lebam di bahagian yang digigit
- Rasa kesakitan
- Mangsa sukar bernafas dan bercakap
- Renjatan (shock)
Rawatan:
- Untuk menghindarkan terjadinya renjatan, tenangkan mangsa itu
- Baring dan nasihatkan mangsa agar bertenang
- Jika pernafaan terhenti, mulakan pemulihan pernafasan
- Bersihkan luka gigitan dengan sabun dan air dan keringkan
- Longgarkan ikatan selama 30 saat setiap 15 minit
- Balut bekas gigitan dengan pembalut krep dengan ketat
- Letakkan tuap dan balut seperti rawatan patah tulang
- Hantar ke hospital dengan segera
Keselamatan Diri
Punca Kemalangan
- Kelalaian dan kecuaian
- Kurang pengetahuan
- Kepenatan
Keselamatan di air:
- Mengetahui cara untuk menyelamatkan diri ketika kecemasan
- Jangan berenang secara bersendirian
- Hanya di kawasan yang dibenarkan sahaja
- Mematuhi arahan dan peraturan yang ada
- Tahu bagaimana menggunakan alat-alat bantuan
- Menyedari kemampuan diri untuk berenang
- Berenang dalam jarak yang selamat
- Meminta pertolongan apabila benar-benar memerlukan
- Jika dibawa arus jauh daripada pantai jangan berasa cemas, jangan cuba menentang arus. Berenang selari dengan pantai apabila bebas daripada tarikan arus dan berenang balik ke arah pantai.
- Menjerit atau melambai meminta pertolongan jika tidak dapat membebaskan diri daripada arus yang kuat.
Peti Pertolongan Cemas
Senarai lengkap alatan dalam peti kecemasan:
- Plaster – berbagai saiz dan bentuk
- Dressing steril – berbagai siaz
- Kapas
- Kain kasa steril serta swab kasa
- Dressing khas untuk kes terbakar
- Bandage 3 segi
- Bandage crepe penggulung
- Pita lekat
- Pad mata
- Termometer
- Gunting hujung tumpul
- Penyepit
- Pin penyelamat
- Kertas tisu
- Losyen antiseptik
- Losyen kalamin
- Beberapa jenis ubat seperti panadol, pil-pil rawatan
- Lampu suluh
- Pensil dan kertas
Tulis Komen