Perkembangan Motor Halus Bayi

Perkembangan motor halus bayi harus dipantau terutamanya jika bayu tersebut berisiko tinggi seperti kekurangan oksigen, tidak matang dan sindromik.

Perkembangan motor halus bayi harus dipantau terutamanya jika bayu tersebut berisiko tinggi seperti kekurangan oksigen, tidak matang dan sindromik. Berikut disenaraikan perkembangan motor halus dan idea rangsangan yang diperlukan bayi anda.

Umur 16 minggu atau 5 bulan 

Kebolehan mengenggam benda dengan erat dan memerhati benda yang dipegang dengan menggunakan kedua belah tangan 

Rangsangan 

Gantung permainan dengan jarak yang mudah dicapai oleh bayi atau letakkan permainan di atas lantai serta mudah dicapai 

Permainan yang sesuai di bawah 1 tahun

Umur 20 minggu atau 5 bulan  

Menekan dan mencakar menggunakan jari sahaja tanpa melibatkan ibu jari atau tapak tangan. Genggaman yang pantas. 

Rangsangan 

Permainan yang mempunyai pelbagai bentuk permukaan, warna, saiz, bentuk dan berat 

Umur 24 minggu atau 6 bulan 

Mengenggam dengan kuat dengan tapak tangan tanpa menggunakan ibu jari. Mata dan tangan bergerak mengikut barang permainan. 

Rangsangan 

Letakkan permainan diposisi yang berlainan dan jarak yang berbeza bagi membolehkan mata dan tangan mencarinya. 

Perkembangan motor normal

Umur 28 minggu atau 7 bulan 

Mengenggam menggunakan seluruh tangan , lebih kuat, ibu jari mula bergerak, pendekatan yang tidak menyeluruh, berpindah dari satu tangan ke satu tangan lain. 

Rangsangan 

Permainan yang boleh diambil dan dipindahkan, boleh dicuci dan selamat untuk mulut bayi 

Umur satu tahun ke atas 

Boleh memegang sesuatu benda menggunakan hujung jari. Pergelangan tangan tetap dan boleh digerakkan ke kiri kanan untuk gerakan yang lebih berkesan

Melepaskan objek yang besar dengan perlahan, objek kecil dilepaskan dengan cepat. 

Rangsangan 

Permainan yang menyediakan pergerakan yang berulang seperti blok pelbagai saiz

Aktiviti membina blok

Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.