Pembedahan Caesarean – Punca, Cara & Risiko

Pembedahan Caesarean merupakan pembedahan dibahagian abdomen untuk membantu melahirkan bayi atas sebab-sebab tertentu di bawah bius.

Pembedahan caesarean ataupun Lower Segment Caesarean Section (LSCS) merupakan pembedahan yang dilakukan untuk membantu proses kelahiran bayi. Pembedahan caesarean biasanya dilakukan disebabkan beberapa faktor.

Punca Pembedahan

Antara faktor Pembedahan Caesarean dilakukan adalah ketika:

  • Laluan peranakan sempit.
  • Penyakit yang dihadapi oleh ibu seperti darah tinggi, atau sakit jantung. Penyakit ini meningkatkan lagi risiko ibu sekiranya melahirkan anak secara normal.
  • Uri bayi tersangkut dibahagian bawah bayi yang menghalang bayi dari keluar.
  • Bayi lemas di dalam rahim.
  • Proses kelahiran yang berpanjangan menyebabkan bayi menghadapi risiko lemas disebabkan ibu terlalu letih untuk meneran bayi keluar melalui proses kelahiran biasa.
  • Kandungan songsang.
  • Pernah melakukan pembedahan Caesarean untuk kelahiran sebelum ini.

Cara Pembedahan

Secara kasarnya pembedahan caesarean merupakan pembedahan dibahagian abdomen untuk melahirkan anak. Pembedahan caesarean boleh dilakukan melalui bius penuh (general anaesthetic) ataupun bius separuh (local anaesthetic). Sebagai persiapan untuk pembedahan caesarean, segala bulu roma badan akan dicukur dan tiub akan dipasang pada salur kencing.

Bagaimana bayi dikeluarkan melalui pembedahan Caesarean

Untuk pembedahan separuh sedar ubat epidural akan dimasukkan melalui ruang antara tulang belakang untuk mengebaskan bahagian bawah badan. Ibu akan sedar sepanjang proses pembedahan caesarean dan mampu memangku bayi apabila bayi dikeluarkan tetapi tidak akan merasa sakit. Bagi ibu yang menerima epidural, tabir akan dipasang antara doktor dan ibu.

Pembedahan Caesarean di bawah bius epidural

Belahan biasanya dibuat secara mendatar (belahan Pfannenstiel) dan pakar bedah akan mengalirkan air ketuban keluar. Bayi akan dikeluarkan, kadang-kala secara forseps. Ibu boleh mendukungnya ketika uri (plasenta) dikeluarkan.

Pembedahan biasanya memakan masa selama 5 minit, sementara 20 minit diperlukan untuk menjahit bekas pembedahan. Para ibu digalakkan untuk berjalan selepas pembedahan apabila bius sudah hilang.

Sebelum berjalan, ibu perlu berdiri tegak dan kemudian menelekup dengan tangan pada bahagian jahitan agar tidak bergegar. Selepas dua hari pembedahan, ibu boleh menjalankan senaman ringan. Jahitan boleh dibuka selepas lima hari pembedahan kecuali sekiranya menggunakan benang boleh larut.

Risiko Pembedahan

Pembedahan caesarean amat selamat dan biasa dilakukan. Bagaimanapun pembedahan caesarean juga mempunyai risikonya tersendiri seperti ubat bius berlebihan yang boleh menyebabkan kematian.

Selain itu, pendarahan yang banyak juga boleh terjadi ketika pembedahan untuk penyakit-penyakit tertentu seperti fibroid.

Luka jahitan juga terdedah kepada jangkitan jika tidak dijaga dengan baik. Selain itu kos pembedahan, terutama di hospital swasta adalah tinggi. Bagaimanapun risiko yang dihadapi adalah amat kecil dan minima.

Mereka yang akan menjadi ibu adalah digalakkan menjalani pemeriksaan bulanan yang akan memudahkan doktor menentukan cara kelahiran yang terbaik bagi bayi dan ibu. Selamat menyambut orang baru dalam kehidupan anda.

Video pembedahan Caesarean di India

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.