Senarai Penyakit Kelamin dan Pencegahannya

Penyakit kelamin merujuk kepada sebarang penyakit yang boleh tersebar melalui sebarang hubungan kelamin atau seks termasuk oral.

Penyakit kelamin merujuk kepada sebarang penyakit yang boleh tersebar melalui hubungan kelamin atau seks. Penyakit kelamin ini boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, bakteria, ataupun kulat.

Senarai penyakit kelamin

Diantara penyakit kelamin yang biasa didapati adalah:

  1. AIDS
  2. Chancroid
  3. Gonorrhoea
  4. Granuloma
  5. Hepatitis A
  6. Hepatitis B
  7. Herpes
  8. Jangkitan Saluran Kencing (Urinary Tract Infection)
  9. Jangkitan Yis (Kulat)
  10. Ketuat kelamin (Genital Warts – Condyloma Acuminata)
  11. Kutu ari-ari (Pubic Lice)
  12. Lymphogranuloma
  13. Molluscum
  14. Radang Pelvik
  15. Scabies
  16. Sifilis
  17. Trichomoniasis
  18. Vaginitis
  19. Bakteria Vaginosis

Walaupun pada masa sekarang terdapat banyak rawatan yang boleh digunakan untuk merawat penyakit kelamin, terdapat sesetengah penyakit kelamin seperti AIDS yang sukar diubati dan boleh menyebabkan kematian.

Ada juga penyakit kelamin yang boleh menyebabkan kanser seperti kanser serviks.

Faktor risiko

Penyakit kelamin lebih kerap berlaku dikalangan remaja. Ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti:

  • Kurang pengetahuan mengenai penyakit kelamin. Tidak tahu cara ia merebak.
  • Salah faham terhadap penyakit kelamin. Contoh :- penyakit kelamin tidak menular dikalangan orang muda. (Ini adalah salah kerana kebanyakan penyakit kelamin merebak dikalangan remaja dan awal dewasa)
  • Tekanan pasangan untuk tidak menggunakan kondom.
  • Kesukaran mendapatkan bekalan kondom. Ketiadaan kondom tidak mampu menghalang berlakunya hubungan seks, malah menambah risiko penyebaran penyakit kelamin dan risiko kehamilan.
  • Fikiran cetek – “Ia tidak mungkin berlaku pada saya. / Saya hanya melakukannya dengan pasangan yang rapat
  • Tidak tahu kesan buruk jangka panjang. “Saya kenal orang yang mengidap penyakit kelamin tetapi masih dapat hidup seperti biasa….

Pencegahan

Kebanyakan penyakit kelamin boleh dicegah dengan beberapa cara termasuk:

  • Mengelak dari melakukan hubungan kelamin (bagi yang belum berkahwin)
  • Mengamalkan hubungan yang sihat antara pasangan yang berkahwin
  • Menjauhi daripada melakukan hubungan rambang
  • Mengamalkan cara yang selamat ketika melakukan hubungan kelamin seperti menggunakan kondom dengan betul
Penyakit kelamin boleh menyebabkan kanser

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.