Perubahan Fizikal dan Mental di Alam Remaja – Lelaki dan Wanita

Kadar pembesaran dan perubahan zaman remaja adalah berbeza di antara remaja lelaki dan perempuan dan berlaku akibat tindakan hormon dalam badan.

Remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Zaman remaja bermula dari usia 10 hingga 19 tahun. Walaubagaimanapun, tempoh peralihan ini berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. 

Perubahan ke Arah Kedewasaan

Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh badan dan emosi. Perubahan-perubahan ini berlaku akibat tindakan hormon dalam badan. 

Kadar pembesaran dan perubahan zaman remaja adalah berbeza di antara remaja lelaki dan perempuan. Malah kadar pembesaran adalah berbeza di antara sesaorang individu dengan individu yang lain. 

Perubahan Fizikal Semasa Akil Baligh

Perubahan Remaja Wanita

  • Buah dada (payudara) mula membesar. 
  • Bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari. 
  • Punggung melebar menunjukkan ciri–ciri kewanitaan. 
  • Jerawat mula tumbuh. 
  • Mula didatangi haid 
  • Suara mungkin berubah dari suara keanak-anakan kepada suara yang lebih matang. 

Perubahan Remaja Lelaki

  • Suara menjadi garau. 
  • misai dan janggut mula tumbuh. 
  • Bahu dan dada menjadi bidang. 
  • jerawat mula tumbuh. 
  • Mengalami mimpi yang menghairahkan sehingga mengeluarkan air mani. Pengalaman inilah menunjukkan anda telah akhil baligh. 
  • Zakar dan buah zakar mula membesar. 

Organ Reproduksi Wanita

Tahukah anda, semenjak lahir sesaorang bayi perempuan mempunyai 4000,000 ova (sel telur). Bagaimanapun hanya kira-kira 350 hingga 400 ova sahaja akan matang dan boleh disenyawakan sepanjang hayat seorang wanita.

Organ Reproduksi Lelaki

Kitaran Haid

Haid menandakan organ seksual seseorang gadis mula berfungsi

  1. Hari pertama kedatangan haid . Selalunya pusingan haid berlaku antara 28 hingga 35 hari. Seorang gadis akan mengalami haid selama 3 hingga 6 hari. Tempoh adalah berbeza di antara seorang gadis ke seorang yang lain. 
  2. Pada masa yang sama, ova menjadi matang di dalam ovari. 
  3. Akibat rangsangan hormon, lapisan tebal darah yang baru mula terbentuk di dalam uterus. 
  4. Ketika pertengahan kitaran haid, ova dibebaskan dari ovari. Ova akan bergerak menuju ke uterus melalui saluran fallopian. Sekiranya ova tidak disenyawakan oleh sperrna, ova akan hancur dan dikeluarkan dari tubuh. Lapisan tebal darah di dalam uterus akan dikeluarkan sebagai haid. 

Jadual Haid

Kebiasaannya seorang gadis akan mengalami haid setiap bulan sehingga dia mengalami putus haid (menopos), kecuali semasa mengandung. Bagaimanapun haid mungkin lewat atau tidak teratur dalam keadaan: 

  • Gangguan emosi.
  • Tekanan dalam hidup.
  • Penyakit tertentu.

Menjaga Kebersihan Ketika Datang Haid

Kebersihan peribadi semasa haid adalah amat penting. Semasa kedatangan haid seorang gadis itu perlu. 

  • Mengunakan tuala wanita semasa haid. Tuala wanita perlu di tukar selalu. (jangan buant tuala wanita merata-rata). Bungkus dan buang kedalam tong sampah. 
  • Membasuh kemaluan menggunakan sabun dan air. 
  • Mandi dan bersihkan diri sekurang-kurangnya dua kali sehari. 

Senggugut

Senggugut ialah pengecutan dinding rahim yang kuat semasa hari pertama kedatangan haid setiap bulan. Ia akan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut dan belakang. Semasa mengalami senggugut seorang gadis mungkin merasa letih, muram dan cepat marah. 

Bagaimana Cara Untuk Mengatasi Senggugut?

  • Tekanan emosi semasa haid boleh dikurangkan dengan berbaring.
  • Sekiranya tidak-dapat menahan sakit, dapatkan rawatan dari klinik yang terdekat dengan anda.

Dara

Dara adalah istilah yang digunakan untuk remaja lelaki dan perempuan yang belum pernah mengalami perhubungan seks (persetubuhan). 

Bagi remaja perempuan, dara dikaitkan dengan selaput dara. Seorang gadis itu dikatakan hilang dara sekiranya selaput dara gadis koyak akibat dari persetubuhan. 

Namun begitu selaput dara juga boleh koyak akibat dari senaman lasak dan kemalangan. Jika ini berlaku, gadis itu tetap lagi dikatakan dara.

Perubahan Emosi dan Psikologi

Bersama perubahan fizikal, akan berlaku perubahan emosi dan psikologi. Semasa menjangkau usia remaja, anda mula tertarik kepada remaja berlainan jantina. Perasaan ini adalah normal dan merupakan sebahagian dari proses pembesaran. 

Tetapi, perasaan ini perlu dikendalikan dengan bijaksana supaya tidak Menghancurkan masa depan remaja. 

Perubahan Yang Lain

Perubahan- perubahan lain yang tidak kurang penting adalah:. 

  • Perasaan ingin mencari identiti diri
  • Ingin berdikari dan memikul tanggungjawab sendiri
  • Ingin mencuba perkara-perkara yng tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Penerimaan rakan sebaya adalah penting

Pada usia inilah pengaruh-pengaruh buruk yang berada di persekitaran seperti pergaulan bebas, merokok, pengambilan dadah, lepak, pemakanan tidak sihat dan sebagainya cuba meracuni golongan remaja. 

Bimbingan keluarga, pelajaran dan ugama adalah pedoman untuk menunjuk arah masa depan.

Sokongan Sosial

Dalam melalui saat-saat manis alam remaja, anda perlu berinteraksi dengan rakan sebaya, keluarga dan masyarakat. 

Alam remaja penuh cabaran dan masalah. Remaja akan mampu mengatasi cabaran hidup secara berbincang dan bertukar fikiran dengan: 

  • Ibubapa.
  • Rakan sebaya: Pilih rakan sebaya yang baik akhlaknya.
  • Guru/ orang dewasa yang boleh dipercayai.

Sertailah program remaja di sekolah ataupun yang dijalankan oleh masyarakat di pesekitaran anda 

Tidur Yang Cukup

Remaja memerlukan banyak tenaga untuk membesar. Oleh itu remaja perlu berehat secukupnya. Tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. 

Menjaga Kebersihan

Semasa membesar, anda akan lebih kerap berpeluh. Oleh itu anda perlu selalu mandi dan mencuci rambut. 

Selain itu, perubahan pada bahagian sulit juga memerlukan remaja belajar cara membersihkan dan menjaganya seperti bercukur dan lain-lain.

Pemakanan Yang Seimbang

Jika anda mahu kelihatan ceria, cergas dan cerdas anda perlu mengambil makanan yang seimbang. Nasi, mi, bijirin, sayur–sayuran, buah-buahan, ikan, daging, telur, susu dan hasil tenusu serta kekacang. Kesemuanya memainkan peranan penting dalam diet harian anda. 

Selalu Bersenam

Senaman akan: 

  • Menguatkan otot 
  • Menjadikan remaja segar pada waktu siang. 
  • Membantu remaja tidur lena di waktu malam. 

Kematangan Fikiran Remaja

lbubapa anda merasa gembira kerana anda telah menjadi matang, tetapi mungkin akan merasa sedih kerana kini anda tidak lagi bergantung sepenuhnya dengan mereka. 

Anda mungkin menghadapi tekanan utuk memilih antara peraturan ibubapa dengan kemahuan anda sendiri. 

Anda akan mempunyai lebih tanggungjawab samada di rumah mahupun di sekolah. Anda Terpaksa membuat keputusan mengenai:

  • Nilai yang ingin anda pilih 
  • Memilih rakan sebaya 
  • Arah masa depan anda 
  • Cita-cita anda 

Anda perlu belajar berbincang dan berkongsi perasaan dengan ibubapa. Luahkan perasaan anda dengan ibubapa 

Nilai murni untuk remaja

  • Hormatilah orang-orang yang lebih tua dari anda. 
  • Hindarkan diri dari pengaruh rokok, dadah dan arak. 
  • Amanah 
  • Dekatilah diri anda dengan ajaran agama. 
  • Bantulah rakan yang memerlukan pertolongan. 
  • Menabung untuk masa depan anda. 

Jadikan zaman remaja seronok dengan:

  • Memahami mengenai perubahan fizikal, emosi, mental dan sosial semasa remaja. 
  • Mahu belajar dan bertanya mengenai alam remaja. 
  • Mahu berkongsi perasaan dan emosi anda dengan ahli keluarga.Hormati dan sayangilah diri serta tubuh badan anda

Ciri-ciri Remaja Yang Sihat Fizikal dan Mental

Cuba buat penilaian untuk diri anda sendiri mengikut senarai semak ini. 

Bil. Aktiviti Ya Tidak 
1. Makan pemakanan seimbang dan sihat. 
2. Bersenam tiga kali seminggu secara tetap. 
3. Tidur dan rehat secukupnya. 
4. Mampu mengendalikan tekanan dengan berkesan. 
5. Tidak merokok. 
6. Tidak menggunakan dadah. 
7. Tidak meminum arak. 
8. Tidak melakukan hubungan seks sebelum nikah. 
9. Tidak memandu laju/berlumba haram. 
10. Mempunyai hubungan baik dengan ahli keluarga. 

Jika jawapan anda ‘YA’ bagi semua soalan di atas, SYABAS! Anda adalah seorang remaja yang sihat. Sekiranya anda menjawab ‘Tidak’ bagi satu soalan atau lebih, anda perlu mengubah gaya hidup anda. Anda boleh meminta bantuan dari:- 

  • lbubapa 
  • Kaunselor 
  • Guru
  • Doktor

ANDA ADALAH HARAPAN NEGARA LENGKAPKAN DIRI ANDA UNTUK MENJADI PELAPIS GENERASI AKAN DATANG, USIA REMAJA PENUH CABARAN SETIAP DETIK PERLU KEPUTUSAN SESETENGAH KEPUTUSAN PERLU DI BINCANG, TANPA PENGAWASAN KEPUTUSAN PINCANG.

Print Friendly, PDF & Email
Staf Editorial
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.