Jangkitan tali pusat terjadi di pusat dan kulit di sekelilingnya pada bayi yang baru lahir. Jangkitan ini disebabkan oleh kuman-kuman disekeliling tali pusat dan boleh berlaku sebelum atau selepas tali pusat tertanggal.
Ibu bapa perlu mengetahui tanda-tanda jangkitan tali pusat kerana jangkitan ini boleh memasuki salur darah bayi dan menyebabkan komplikasi yang lebih teruk seperti jangkitan kuman dalam darah (sepsis).
Tanda-tanda
- Kulit sekeliling pusat menjadi merah
- Pusat berbau busuk
- Pusat bernanah
Tindakan ibu bapa
- Basuh pusat dengan air bersih dan keringkan dengan menggunakan kapas atau kain bersih.
- Sapukan swab alkohol (boleh dibeli daripada farmasi) dua kali sehari untuk mengeringkan pusat.
- Pastikan lampin anak tidak terkena atas pusat.
Rujukan kepada doktor perlu apabila:
- Bayi demam
- Kulit sekeliling pusat bayi merah
- Bayi enggan menyusu, kelihatan tidak bermaya, dan muntah-muntah
Rawatan
Ubat antibiotik mungkin perlu diberi jika kawasan kulit di sekeliling pusat kelihatan merah.
Tulis Komen