Tanda-tanda Putus Haid (Menopause)

Apabila seorang wanita menghampiri putus haid, kitar haid akan menjadi tidak stabil di mana kadang-kadang ianya terjadi terlalu kerap atau terlalu jarang.

Apabila seorang wanita menghampiri putus haid, kitar haid akan menjadi tidak stabil di mana kadang-kadang ianya terjadi terlalu kerap atau terlalu jarang.

Selain itu, terdapat simptom-simptom lain yang akan turut berlaku iaitu: 

  • Kesakitan sendi 
  • Susah untuk memfokus mengenai sesuatu perkara 
  • Sakit kepala 
  • ‘Hot flushes’ 
  • Tidak boleh tidur 
  • Perubahan mood 
  • Kekeringan bahagian vagina 
  • Peluh di waktu malam 
  • Simptom yang dikaitkan dengan simptom sebelum kedatangan haid 
  • Perpeluhan yang teruk 
  • Kencing yang kerap 

Tidak semestinya semua wanita akan mengalami simptom-simptom ini dan setiap wanita adalah berbeza dari segi pengalaman mengalami putus haid. Tetapi kadang-kadang simptom-simptom ini begitu sukar untuk dijangka dan begitu mengganggu aktiviti harian wanita tersebut.

Pengalaman seorang wanita yang mengalami menopause juga boleh dipengaruhi oleh perubahan persekitaran seperti: 

  • Anak-anak meninggalkan rumah 
  • Perubahan domestik, sosial dan perhubungan personel 
  • Perceraian atau kematian suami 
  • Perubahan identiti dan imej badan 
  • Persaraan 
  • Peningkatan kerisauan mengenai penuaan dan kematian 
  • Kehilangan kawan, orang yang disayangi dan keselamatan kewangan 
  • Peningkatan tanggungjawab kepada ibubapa yang telah berumur 
  • Risau mengenai keperluan untuk berdikari, ketidakupayaan atau kesunyian 
  • Mempunyai cucu yang perlu dijaga 

Walauapapun penyebabnya, pengalaman-pengalaman seorang wanita sebelum dan selepas putus haid akan menjadi satu pengalaman yang pahit dalam hidupnya kerana kadang-kadang simptom-simptom yang hadir adalah agak serius.

Tetapi, ada juga wanita yang langsung tidak pernah mengalami apa-apa simptom semasa dia putus haid.

Simptom-simptom yang berlaku untuk kes putus haid yang diakibatkan dari pembedahan adalah lebih cepat dan berlaku secara tiba-tiba. Ini kerana paras estrogen akan menurun dengan tiba-tiba dan cepat semasa putus haid yang diakibatkan dari pembedahan terutamanya simptom ‘hot flushes’ yang selalunya berlaku selama 30 saat sehingga 5 minit.

Perasaan panas waktu malam

‘Hot flushes’ selalunya bermula dengan sensasi ‘tingling’ pada jari. Ini diikuti dengan peningkatan suhu yang cepat bermula dari darah ke muka dan jantung berdebar. ‘Hot flushes’ selalunya termasuk perpeluhan yang teruk sehingga boleh membasahkan katil di waktu malam. 

Beberapa tips untuk mengurangkan ‘hot flushes’: 

  • Cuba bersenam lebih kerap, mandi menggunakan air sejuk, mengurangkan tekanan dari persekitaran. 
  • Mengurangkan pengambilan teh, alkohol dan makanan yang pedas. 
  • Pakai pakaian yang nipis dan senang dibuka. 
  • Menyimpan diari mengenai kejadian ‘hot flushes’ dan faktor penyebab. 

Wanita yang mempunyai ‘hot flushes’ selalunya mempunyai berat badan yang lebih rendah daripada wanita yang tidak mengalami ‘hot flushes’. 

Baca lagi berkenaan Putus Haid (Menopause):

  1. Mengapa Berlakunya Putus Haid (Menopause)
  2. Perubahan dan Risiko Selepas Putus Haid
  3. Tips Pemakanan Selepas Putus Haid
  4. Rawatan Hormon Untuk Komplikasi Putus Haid
  5. Rawatan Alternatif Untuk Simptom Putus Haid
Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.