Rehabilitasi Untuk Pesakit Strok (Angin Ahmar)

Rehabilitasi atau pemulihan anggota adalah sebahagian penting dari pemulihan pesakit yang mengalami angin ahmar atau strok.

Apakah rehabilitasi untuk strok?

Rehabilitasi atau pemulihan anggota adalah sebahagian penting dari pemulihan pesakit yang mengalami angin ahmar atau strok. Kesan daripada serangan keatas otak ini bermakna anda perlu  mengubah, belajar semula atau mengatur semula cara anda menjalani kehidupan seharian anda.

Rehabilitasi bagi pesakit angin ahmar dibentuk untuk membantu anda untuk kembali hidup berdikari.

Rehabilitasi tidak akan menghapuskan sama sekali kesan dari serangan keatas otak itu. Matlamatnya  ialah untuk membina kekuatan, kebolehan dan keyakinan anda, agar anda mampu meneruskan aktiviti harian, walaupun selepas diserang angin ahmar.

Pesakit menjalani rehabilitasi

Apakah yang akan saya lakukan?

Apa yang akan anda lakukan bergantung kepada apa yang anda perlu untuk kembali dari penyakit anda kepada kehidupan berdikari.

Anda boleh berusaha kearah kehidupan berdikari dan dengan bebagai cara. Ini termasuklah:

  • Kemahiran penjagaan diri seperti makan sendiri, mandi, berpakaian dan menyiapkan diri sendiri
  • Kemahiran bergerak seperti mengubah kedudukan tempat, berjalan atau menggerakkan badan atau kerusi roda
  • Kemahiran berkomunikasi di dalam pertuturan dan bahasa
  • Kemahiran kognitif seperti daya ingatan atau menyelesaikan masalah
  • Kemahiran bersosial seperti berinteraksi dengan orang lain

Bilakah rehabilitasi dimulakan?

Rehabilitasi bermula apabila doktor anda dapat menentukan bahawa anda adalah stabil dari segi perubatan dan akan menerima manfaat dari rehabilitasi. Kebanyakan perkhidmatan rehabilitasi memerlukan arahan dari doktor untuk dimulakan.

Perkhidmatan rehabilitasi terdapat di berbagai tempat, antaranya adalah:

  1. Hospital yang memberi rawatan penyakit akut 
  2. Kemudahan pesakit luar 
  3. Di rumah, melalui bantuan agensi kesihatan

And mungkin terlibat dengan rehabilitasi disebahagian atau dikesemua tempat tersebut. Ini bergantung kepada keperluan anda dan jenis program rehabilitasi yang sesuai untuk anda. 

Apakah program rehabilitasi?

Dibawah arahan doktor anda, pakar rehabilitasi (jurupulih anggota) akan mengatur satu program rawatan yang khusus  untuk keperluan anda. Jumlah perkhidmatan yang anda perlu akan bergantung kepada keperluan anda. 

Peralatan rehabilitasi

Perkhidmatan di dalam program rehabilitasi

Antara perkhidmatan yang terdapat di dalam program rehabilitasi strok termasuklah:

  1. Pemulihan penjagaan diri (nursing) 
  2. Pemulihan  fizikal 
  3. Pemulihan cara kerja 
  4. Pemulihan pertuturan – bahasa 
  5. Pendengaran 
  6. Pemulihan rekreasi 
  7. Penjagaan pemakanan 
  8. Kaunseling 
  9. Pekerjaan sosial 
  10. Psikiatri/psikologi 
  11. Kerohanian 
  12. Pendidikan bagi pesakit/keluarga 
  13. Kumpulan sokongan

Penilaian vokasional, latihan memandu dan program bagi memperbaiki ketahanan fizikal dan emosi anda, agar anda boleh kembali menjalankan tugas anda seperti biasa boleh juga menjadi sebahagian dari program rehabilitasi anda.

Hospital Rehabilitasi Cheras

Bagaimana untuk mendapatkan perkhidmatan rehabilitasi?

Berbincanglah dengan doktor, jururawat atau profesional kesihatan anda. Jika anda telah mengalami angin ahmar atau penyakit kardiovaskular, ahli keluarga anda mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi. Adalah amat penting bagi mereka melakukan perubahan sekarang bagi mengurangkan risiko ini.

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.