Penyakit Kolera (Taun) – Punca dan Cara Mencegahnya

Kolera atau dikenali juga sebagai taun adalah penyakit yang menyebabkan cirit-birit kepada kanak-kanak dan orang dewasa yang merebak melalui najis.

Kolera atau dikenali juga sebagai taun adalah penyakit yang menyebabkan cirit-birit kepada kanak-kanak dan orang dewasa.

Tanda-tanda penyakit kolera adalah keadaan cirit birit (kadangkala muntah-muntah) yang teruk yang boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan air yang banyak dan mengakibatkan dehidrasi (kekurangan air dalam badan).

Tanda-tanda dihidrasi adalah lemah dan tidak bermaya, keadaan mulut yang kering. dan juga tidak aktif bagi kanak-kanak. Jika seseorang itu lambat mendapat bantuan, ianya boleh menyebabkan maut.

Bagaimana Kolera Merebak

Kolera boleh merebak melalui:

Kuman kolera (Vibrio Cholera) boleh merebak melalui medium air, samada air sungai, air minuman, air perigi dan sebagainya. Seseorang yang mengidap kolera boleh menjangkiti orang lain dari najisnya (seperti membuang air di sungai), tangannya, dan juga makanan yang disediakan atau dijual.

Penyakit ini boleh merebak melalui:

  1. Air yang tidak bersih contohnya ialah air perigi yang telah dicemari. termasuk air batu yang dibuat dari air yang tidak bersih. Cuba elakkan dari menggunakan perigi atau sungai yang tercemar dengan kolera.
  2. Makanan yang tercemar.
  3. Tangan yang tercemar dari orang lain. Elakkan dari makan di gerai makanan yang kotor dan dimana orang yang menyediakan makanan tidak menjaga kebersihan diri.

Tiga langkah yang asas untuk mengelakkan Kolera

  1. Masak makanan anda
  2. Rebus dulu air minuman (Merebus air boleh membunuh kuman kolera) 
  3. Basuh tangan anda

Adakah anda memasak makanan dengan betul?

  1. Masak makanan dengan sempurna samada daging, ikan atau sayuran 
  2. Makan makanan ketika panas

Membasuh Tangan Menjauhi dari Kolera

  1. Basuh tangan sebelum memasak atau menyaji makanan. 
  2. Basuh pinggan mangkuk dengan sabun dan air 
  3. Basuh Alas pemotong makanan dengan air dan sabun.
  4. Mengupas buah-buahan boleh menjauhi dari kolera bagi buah-buahan yang boleh dikupas kulitnya.

Bila Perlu Membasuh tangan Anda:

  1. Selepas menggunakan tandas atau membersihkan anak-anak anda. 
  2. Sebelum menyediakan makanan. 
  3. Sebelum makan dan sebelum meberi makan pada anak-anak anda. 
Membasuh tangan boleh mencegah kolera

  Bagaimana membasuh tangan dengan betul:

  1. Gunakan sabun dan air 
  2. Gunakan air bersih yang banyak. 
  3. Basuh kesemua bahagian tangan, tapak tangan, belakan tangan, di celah jari dan di bawah kuku.

Rawatan Kolera

Kolera boleh dirawat dengan memastikan hidrasi diberikan secukupnya. Jika anda mengalami cirit birit dan terdapat kes kolera di kawasan anda, cuba minum banyak air dan ambil Garam Rehidrasi ORS (Oral Rehydration Salt). Pergi segera ke pusat kesihatan yang berhampiran untuk melakukan ujian najis.

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.