Penyakit Ebola

Ebola merupakan satu penyakit demam berdarah yang berpunca daripada jangkitan virus dan boleh membawa maut jika tidak dirawat.

Ebola merupakan satu penyakit demam berdarah yang berpunca daripada jangkitan virus. Virus ini dianggap sebagai suatu penyakit yang amat merbahaya.

Ebola mudah berjangkit dan boleh membawa maut. Dalam 50% – 90% kes jangkitan, penyakit ini mengakibatkan kematian, bergantung kepada jenis virus Ebola punca penyakit.

Virus Ebola menyebabkan pesakit menjadi lemah, kekurangan air, lesu dan keliru. Tanda-tanda Ebola yang paling jelas merupakan pendarahan di seluruh tubuh dan di dalam badan. Kematian biasanya berlaku dalam masa 7 sehingga 16 hari disebabkan oleh kejutan dan kehilangan darah yang serius. 

Sejarah Penyakit Ebola

Pada tahun 1967 sejenis penyakit demam berdarah menyerang pekerja makmal di Marburg, Germany dan Belgrade, Yugoslavia. Penyakit itu dikenal pasti berasal daripada monyet yang di import daripada Uganda untuk kajian. Virus yang baru dikenal pasti itu diberi nama virus Marburg.

Pada tahun 1976 sejenis penyakit demam berdarah menggemparkan dunia perubatan apabila ia merebak dengan mengejut di Zaire dengan jumlah korban yang banyak. Penyakit yang tidak dikenali ini menggemparkan dunia termasuk mereka yang terlibat di dalam bidang perubatan. Ini disebabkan dunia perubatan pada masa itu masih gagal mengesan punca jangkitan dan rawatan untuk penyakit ini. Ini menjadikan usaha membendung wabak ini sukar disebabkan cara jangkitannya masih belum diketahui.

Apabila virus ini dikenal pasti, ia diberi nama virus Ebola sempena nama sungai di Republik Dekrotik Kongo (Zaire) tempat ia mula dikesan. Pada permulaan wabak Ebola, pesakit Ebola dibiarkan bergaul dengan orang ramai menyebabkan wabak Ebola merebak dengan lebih pantas. Keadaan ini diburukkan lagi dengan peggunaan jarum suntikan secara berulang dengan kaedah pembasmikuman yang tidak mengikut peraturan perubatan terutama pada klinik percuma mubalih Kristian.

Walaupun virus Ebola didapati menyerupai virus Marburg, virus Ebola menjadi lebih terkenal disebabkan jumlah kematian mangsa yang lebih ramai, dan dalam keadaan yang dashyat. 

Pengebumian pesakit Ebola

Ebola kemudiannya menyerang Sudan di bahagian barat pada tahun yang sama. Sebanyak 550 kes telah disahkan yang mengakibatkan 340 kematian dalam kedua kejadian tersebut.  Disebabkan wabak Ebola berlaku di negara  yang tidak mempunyai kemudahan perubatan yang sempurna dan lengkap, ini  menyukarkan lagi proses mengenalpasti virus itu.

Serangan Ebola yang kedua pula berlaku di Sudan pada tahun 1979, menyebabkan 34 kes yang disahkan. Daripada jumlah ini 22 kes berakhir dengan kematian.

Pada tahun 1989, sejenis virus Ebola dikesan di Reston, Virginia di Amerika Syarikat. Virus ini dikenali sebagai  Ebola Reston. Ia berpunca daripada sekumpulan monyet jenis Rhesus yang sampai daripada Filippina. Monyet-monyet ini didapati dijangkiti oleh virus Ebola.

Daripada 149 pekerja yang terdedah kepada monyet-monyet itu, tidak seorangpun yang jatuh sakit, walaupun empat daripada pekerja tersebut didapati menghasilkan antibodi untuk virus Ebola Reston.

Masyarakat perubatan begitu tidak bersedia untuk menghadapi Ebola sehingakan apabila salah seorang penjaga haiwan di pusat Hazleton-Reston menghadapi jangkitan Reston Ebola, dia dibenarkan masuk ke hospital biasa tanpa diquarantinkan.

Walaubagaimanapun, oleh kerana tiada di antara mereka yang sakit teruk, virus Reston Ebola dianggap tidak merbahaya kepada manusia. Bagaimanapun ia dianggap penting oleh kerana cara penyebarannya, disyaki melalui udara, membuktikan virus Ebola lebih mudah merebak. 

Pada tahun 1995, sekali lagi wabak Ebola merebak, kali ini di Kikwit, Zaire. Ia dikenalpasti bermula apabila seorang pesakit yang pada mulanya disyaki mengidap demam Malaria menjalani pembedahan.

Tidak lama selepas itu, mereka yang terlibat dengan pembedahan itu menunjukkan tanda-tanda penyakit demam berdarah disebabkan oleh virus. Penyakit ini merebak dengan begitu cepat, tetapi gabungan pertubuhan kesihatan termasuk beberapa negara Afrika selatan, ahli masyarakat perubatan Perancis, Belgium, Pusat Pengawalan Penyakit Amerika (CDC), dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berjaya mengawal wabak ini daripada terus merebak.

Daripada 293 kes yang dikenalpasti semenjak 1 July 1995, 233 berakhir dengan kematian iaitu pada kadar 80% kematian. 

Pada 24 November 1995, seorang penyelidik wanita berbangsa Swiss, yang sedang telah melakukan bedah siasat kepada bangkai chimpenzi bertujuan untuk menyiasat mengenai peningkatan kes kematian dikalangan monyet chimpenzi yang tinggal di hutan Tai di Cote d’Ivore di Afrika Barat, didapati dijangkiti virus Ebola.

Dia telah dibawa pulang dan dirawat di Swiss dan berjaya sembuh. Setelah hasil belah-siasat pada chimpenzi mengenalpasti gejala penyakit yang serupa dengan serangan virus Ebola, usaha mengesan tempat asal virus Ebola telah dijalankan, tetapi menemui kegagalan. Ini disebabkan oleh keluasan hutan Tai, seluas 4,200 kilometer, terlalu luas untuk pencarian terperinci. Virus Ebola sekali lagi dikesan di pendalaman Gabon Afrika Barat pada Februari 1996.

Virus Ebola tidak dikaji secara meluas disebabkan oleh beberapa faktor. Sifat virus Ebola yang begitu mudah berjangkit menyebabkan kajian perlu dilakukan dibawah penyeliaan yang ketat dan teliti, dengan peralatan yang diluar kemampuan makmal-makmal biasa.

Tambahan pula sifat virus Ebola yang amat merbahaya, menyebabkan contoh virus Ebola payah didapati disebabkan oleh kawalan ketat dikenakan ke atas pengedaran contoh virusnya. Kebanyakan kajian virus Ebola dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit. Walaupun banyak maklumat telahpun diketahui mengenai Ebola, teknik rawatan dan vaksin masih belum didapati.

Setakat ini tidak terdapat sebarang rawatan umum untuk merawat Ebola. Bagaimanapun keputusan yang bercampur- campur telah dicapai dengan kaedah rawatan Ebola, dengan menggunakan plasma pesakit yang baru sembuh daripada Ebola, interferon manusia, dan terapi pencegahbeku. 

Virus Ebola

Virus Ebola merupakan salah satu daripada dua kumpulan virus RNA benang-negetive, yang dikenali sebagai Filoviridae. Virus Filo mempunyai bentuk biologi seperti morfologi, kepadatan, dan profile elektrophoresis gel polyacrylamide. Virus ini telah dikelaskan kepada virus paramyxo dengan menggunakan kaedah turutan DNA.

Virus Filo, walaupun mempunyai beberapa ciri yang menyamai kelas virus lain, menunjukkan beberapa ciri yang unik dan berbeza daripada virus RNA bebenang-negetive tidak bersendi. Ramai pakar sains percaya bahawa virus ini patut dikelaskan dalam ketegori yang tersendiri.

Virus Ebola di bawah mikroskop

Struktur Virus Ebola

Partikel virus Filo secara morphologi menyerupai partikel virus rhabdo, cuma ia lebih panjang. Apabila dilihat melalui mikroskop elektron, bentuk virus kelihatannya berfilement (berbenang halus) , kadangkala bercabang. Terdapat juga yang berbentuk “U”, “b” ataupun berbentuk bundar.

Jangkitan virus agak stabil pada suhu bilik. Pentidakaktifan virus Ebola cirus boleh dicapai dengan pelbagai cara. Cara biasa termasuk cahaya lembayung ungu (Ultra Violet) dan radiasi gama, 1% formalin, beta-propiolactone, dan juga dedahan singkat kepada pembasmi kuman (disinfectants) phenolic dan pelarut lipid – deoxycholate dan ether.

Ciri-ciri Virus Ebola

Genome virus Ebola mengandungi molekul lurus, bebenang negetive RNA, yang tidak bersendi. Kesemua genome virus Filo mempunyai ciri-ciri serupa, 19kb panjang dan mempunyai banyak sisa adenosine dan uridine.

Gen virus Ebola mengandungi permulaan transkrip turutan kekal pada 3′ terakhir dan transkrip turutan tamat pada 5′ terakhir. Perbezaan di antara virus Ebola dan Marburg adalah, virus Ebola menunjukkan tiga pertindihan yang berselang di antara turutan antara-gen (intergenetic)  sementara virus Marburg mempunyai hanya satu pertindihan yang berbeza kedudukannya daripada virus Ebola.

Cara Jangkitan Virus Ebola

Virus Ebola mudah berjangkit dengan sentuhan secara langsung dengan bendalir pesakit, ataupun menerusi pengendalian chimpenzi yang djangkiti atau mati disebabkan virus. Keadaan pesakit yang berdarah menerusi setiap liang pada tubuhnya pada peringkat akhir serangan Ebola juga memudahkan jangkitannya kepada orang yang berhampiran dengan pesakit. Pada ketika ini tiada sebarang vaksin yang diketahui untuk Ebola.

Pembiakan Virus Ebola

Mekanisma cara virus Ebola menembusi sel perumah masih belum difahami sepenuhnya. Adalah dipercayai bahawa corak genetiknya menyerupai dua keluarga lain virus RNA bebenang-negetive tidak bersendi. (Paramyxoviridae dan Rhabdoviridae) gen virus Filo disalin untuk membentuk utusan monocistronic subgenomic RNA, yang melengkapkan RNA genomik virus. Di dalam cytoplasma sel yang dijangkiti, badan nukleocapsid viral wujud. apabila virus berkembang, ia membesar dan menjadi sempurna. Percambahan partikel virus ini berlaku pada permukaan membran sel.

Kawalan Jangkitan Virus Ebola

Sebarang kes yang disyaki jangkitan Ebola perlu dikendalikan dengan penuh hati-hati. Pesakit mesti diasingkan daripada pesakit lain. Sebarang hubungan dengan pesakit mestilah menggunakan pengalas. Kesemua peralatan, pakaian dan buangan biologi mestilah dilupuskan atau dibasmi kuman serta merta.

Pengesanan pesakit Ebola adalah sukar disebabkan simptom awal pesakit seperti mata gatal, merah, dan kulit gatal menyerupai penyakit biasa yang lain. Sekiranya pesakit disyaki mengidap Ebola, beberapa ujian perlu dilakukan seperti :- Pemeriksaan lapisan darah untuk malaria, dan kultur darah. Sekiranya pesakit mempunyai  najis berdarah, ujian ke atas najis perlu dilakukan.

Ujian antigen-capture enzyme-linked immunosorbent assay (ELISA), IgG ELISA, polymerase chain reaction (PCR), dand pengasingan virus boleh digunakan untuk mengesan kes Ebola HF dalam beberapa hari pertama selepas tanda-tanda awal. Ujian pada peringkat lanjut penyakit ataupun mereka yang mulai sembuh boleh menggunakan ujian untuk IgM dan antibodi IgG. Mereka yang meninggal akibat Ebola boleh diuji dengan menggunakan ujian immunohistochemistry, pengasingan virus, or PCR.

Penyelidikan Ebola

Untuk penyelidikan, virus Ebola dianggap sebagai paling merbahaya dan dikelaskan kepada ancaman tahap 4. Penyelidikan virus yang merbahaya ini memerlukan penghasilan antisera sebagai agen dignosis. Ini memerlukan makmal biologi aras 4 (BioLevel4 – BL4). Ini bererti makmal tersebut mempunyai tekanan udara yang lebih rendah daripada sekeliling.

Oleh itu sebarang kebocoran akan mengakibatkan udara mencurah masuk kedalam, dengan itu menghalang virus merbahaya dari terbebas. Pegawai perubatan pula perlu memakai pakaian kedap udara yang mempunyai tekanan udara yang lebih tinggi daripada tekanan udara di dalam makmal tersebut untuk menghalang virus merbahaya memasuki pakaian sekiranya terdapat sebarang kebocoran pada pakaian tersebut. 

Untuk penghasilan antisera virus Ebola, haiwan seperti tikus disuntik dengan virus yang dirawat (dilemahkan) agar badan tikus tersebut menghasilkan antibodi terhadap virus khusus itu. Cecair yang kaya dengan antibodi virus akan diambil sebagai cara mengesan protin virus yang sama di dalam badan manusia atau haiwan lain.

Pengendalian sampel Ebola

Proses ini memerlukan anak tikus yang baru 2-3 hari dilahirkan, disuntik dengan menggunakan jarum 26 gauge terus ke dalam otak. Setelah virus tersebut membiak, cecair otak tikus akan diambil dengan menggunakan jarum 18 gauge yang lebih besar untuk disuntikkan ke dalam tikus dewasa. Ini perlu dilakukan tanpa membius tikus tersebut. Setelah beberapa minggu, cecair yang kaya dengan antibodi Ebola akan diambil daripada tikus tersebut untuk persediaan lanjut

Virius Filo mempunyai beberapa kejutan kepada dunia perubatan. Ini disebabkan bagi haiwan tahap tinggi, pembiakan melalui DNA memastikan setiap salinan DNA menyerupai salinan asal. Tetapi bagi virus terdapat beberapa kelainan.

Sebagai contoh, virus retro mempunyai bahan genetik sebagai RNA, molekul yang tidak mempunyai struktur helix berkembar DNA. RNA HIV akan diterjemah menjadi DNA sebelum virus membiak. Dengan ini virus retro menjamin salinan bahan genetiknya adalah sama seperti asal, walaupun tidak seberkesan seperti haiwan tahap tinggi.

Virus Filo pula membiak sebagai RNA, oleh itu ia tidak dapat menyemak setiap salinan. Ini membawa kepada kesalahan penyalinan berjuta kali lebih tinggi daripada sistem berdasarkan DNA.

Bagaimanapun apabila virus Ebola daripada kes 1976 Kikwit, Zaire dibandingkan dengan kes 1976 di Yambuku, Zaire, kedua-dua gen virus itu kekal serupa walaupun kedua-dua contoh di ambil pada jarak 1,000 kilometer dengan tempoh masa 18 tahun di antaranya Malah contoh virus kes Gabon 1996 menyerupai virus Ebola 1976. Ini membuatkan pakar virus menjangkakan bahawa  virus Ebola paling stabil pada bentuk asal Ebola di Kikwit 1976.

Oleh kerana virus Ebola merentasi spesies, kajian ditumpukan kepada gen yang membenarkan virus mengenalpasti sel-sel berlainan. Pada Ebola, gen berkenaan merupakan gen glykoprotin, yang menghasilkan protin yang menyelaputi permukaan virus dan dijangkakan membantu virus bergerak di dalam badan hos.

Selain itu sebahagian gen glykoprotin juga dipercayai mengekang tindakbalas sistem ketahanan badan.

Tanda-tanda penyakit Ebola

Pada permulaannya serangan penyakit, pesakit Ebola merasa lesu, demam secara mengejut, lenguh seluruh anggota badan, perit di leher, kekurangan air, lesu dan terkeliru. Kajian juga menunjukkan bahawa macrophages dan fibroblasts (dalam paru-paru) merupakan tempat permulaan dan paling digemari untuk pembiakan Ebola.

Patologi virus Ebola menghasilkan keradangan di hati, limpa, dan buah pinggang. Ciri-cirinya adalah nekrosis fokal hati dan nekrosis folikular di kelenjar lymph dan limpa.

Tanda-tanda ini diikuti dengan cirit-birit, gatal-gatal, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang, dan pendarahan dalam badan di usus gastrointestinal track, pleural, pericardinal, dan ruang peritoneal  dan pendarahan melalui setiap liang pada badan yang pada kebiasaannya membawa kepada kematian.

Terdapat juga pembekuan darah diseluruh bahagian badan yang menunjukkan pembekuan darah menyeluruh sebagai tahap terakhir. Keadaan pesakit yang mati akibat virus Ebola digambarkan sebagai mereka yang tubuh menjadi larut seperti makanan separuh hadam yang diseliputi dengan darah.

Kadar kematian berlaku di antara 50-90% daripada mangsa dan biasanya disebabkan oleh kejutan dan kehilangan darah. Ini biasanya berlaku dalam tempoh 7 sehingga 16 hari daripada kemunculan tanda-tanda awal. 

Tempoh pengeraman Ebola kebiasanya di antara 2 sehingga 21 hari, bergantung kepada cara penyebaran. Kemasukan virus ke dalam salur darah mengakibatkan serangan yang lebih pantas. Virus ini juga masih aktif dan terdapat kes di mana Ebola tersebar melalui hubungan seks walaupun disahkan sembuh daripada virus Ebola selepas 7 minggu lalu.

Punca Sebenar Penyakit Ebola

Sehingga kini perumah asal virus Ebola masih belum diketahui. Kajian keatas tikus Belanda, tikus, dan monyet menunjukkan tidakbalas pada jenis virus Ebola yang berlainan, bagaimanapun tiada bukti langsung tentang haiwan pembawa Ebola yang asal.

Sekiranya haiwan perumah Ebola yang asal dapat dikenalpasti, ini mungkin dapat membantu untuk mengenalpasti cara perumah asal dapat membawa virus Ebola tanpa jatuh sakit. Dengan cara yang sedemikian, vaksin Ebola mungkin dapat dibuat ataupun perumah asal boleh diuji untuk penghapusan haiwan yang membawa virus Ebola.

Ini boleh mengelakkan kes-kes yang seumpamanya di masa hadapan. Oleh itu satu penyelidikan untuk mengkaji contoh darah daripada setiap haiwan sedang giat dijalankan dalam usaha mengesan perumah asal Ebola.

Ebola di dapati berlaku pada tempat yang berjauhan sehingga beberapa ratus batu jauhnya dan ia merebak dengan begitu cepat sehinggakan ia tidak dapat kekal merebak pada manusia disebabkan kadar kematian yang cepat dan tinggi.

Disebabkan jarak di antara sesuatu jangkitan sangat jauh, besar kemungkinan perumah asal Ebola merupakan sejenis haiwan yang biasa terdapat di seluruh Afrika ataupun sejenis haiwan yang berpindah-randah.

Selain itu perbezaan di antara empat species virus Ebola, termasuk Marburg menunjukkan perbezaan genetik setinggi 45 peratus. Ini menunjukkan kemungkinannya virus filo dibawa oleh perumah yang berlainan. 
  

Print Friendly, PDF & Email
Staf Editorial
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.