Penyakit Biliari Atresia – Punca, Tanda & Rawatan

Biliari atresia ataupun salur hempedu tersumbat merupakan masalah 'gastrointestinal' pada bayi-bayi baru lahir yang merosakkan saluran hempedu.

Biliari atresia ataupun salur hempedu tersumbat merupakan masalah ‘gastrointestinal’ pada bayi-bayi baru lahir yang merosakkan saluran hempedu yang membawa cecair hempedu dari hati ke usus.

Penyakit ini adalah kerosakkan berlarutan saluran hempedu dari luar hati (extrahepatic) dan akan bertambah teruk ke saluran hempedu di dalam hati (intrahepatic). Akibat tidak dapat dialirkan, cecair hempedu berkumpul di dalam hati dan menyebabkan kerosakkan hati (cirrhosis). 

Penyakit ini boleh berlaku kepada semua bangsa. Nisbah penyakit ini ialah 1 : 10,000 bagi setiap kelahiran dan lebih kerap berlaku kepada bayi perempuan (1.4:1).

Punca Biliari Atresia

Penyebab biliari atresia tidak dapat dipastikan lagi, walau bagaimana pun ada beberapa teori yang di dokumentasikan. Penyelidik telah mengkaji virus Reovirus Type 3 dan Cytomegalovirus berkemungkinan menjadi penyebab berlakunya biliari atresia.

Saluran hempedu tersumbat punca biliari atresia

Tanda-tanda Biliari Atresia

Terdapat banyak tanda-tanda penyakit ini, ia dapat dilihat diantara 2 dan 6 minggu selepas kelahiran.

  • Jaundis berpanjangan – Kulit dan mata putih kelihatan kuning dan tidak hilang dalam masa 1-2 minggu
  • Air kencing – Air kencing menjadi kuning pekat kerana lebihan cecair hempedu dalam saluran darah setelah melalui buah pinggang.
  • Najis – warna pucat atau seperti tanah liat. Ini kerana tiada cecair hempedu sampai ke usus untuk mewarna pergerakan usus.
  • Hati membesar – Keadaan hati lebih besar dari biasa.
  • Penambahan berat badan kurang – Kekurangan cecair hempedu dimana ini diperlukan untuk pencernaan dan pengumpulan lemak
  • Pembesaran Limpa – Ini disebabkan hati tidak berfungsi dengan betul.
Jaundis berpanjangan boleh menandakan biliari atresia

Diagnosis Biliari Atresia

Diagnosis perlu dilakukan secepat mungkin selepas terdapat tanda-tanda dan gejala penyakit ini. Keputusan ‘Prognosis’ baik jika di Diagnosis awal ( umur 8 minggu)

  • Ujian Darah – Termasuk CBC(kiraan darah sepenuhnya), LFTs (ujian fungsi hati) dan PT/PTTs ( faktor pembekuan darah)
  • Ultrasound – Untuk mengenalpasti obvious abnormalities di hati dan organ yang lain
  • Liver Biopsy – Mengambil sedikit dan memeriksa contoh tisu hati
  • Nuclear Scan – Untuk mengatahui berapa banyak hempedu mengalir dari hati
  • Exploratory Surgery – Untuk memeriksa hati dan salurannya.

Rawatan Biliari Atresia

Teknik KASAI atau pembedahan KASAI dapat dilakukan untuk membantu pengaliran cecair hempedu dari hati ke usus. Pembedahan ini dilakukan untuk ‘bypass’ saluran hempedu dengan menyambungkan sebahagian usus kecil kehati terus ke usus kecil. Pakar bedah mendapati kejayaan yang baik dengan tatacara KASAI bila dilakukan semasa bayi berumur 8 minggu pertama dari kelahiran. Jika pembedahan KASAI tidak berjaya maka pemindahan hati adalah satu-satunya cara untuk mengatasi masalah biliari atresia.

Pemindahan Hati

Pemindahan hati merupakan satu cara untuk menyelamatkan nyawa setelah mengalami kerosakan hati. Hati diderma dengan kebenaran keluarga atau individu itu sendiri. Pusat pemindahan hati akan memastikan hati itu bersesuaian atau tidak serta beberapa ujian darah yang perlu dilalui.

Kebiasaan penyakit yang ditangani melalui pemindahan hati ialah orang dewasa yang mengidap hepatitis yang kronik (hepatitis C, autoimmune hepatitis), primary biliari atresia cirrhosis, sclerosing cholangitis dan alcoholic cirrhosis. Bagi kanak-kanak pula ialah seperi biliari atresia, failure of bile to drain bile from the liver.

Risiko Pemindahan Hati

Komplikasi yang teruk boleh menyebabkan nyawa pesakit dalam keadaan bahaya semasa pembedahan. Kesusahan teknik untuk mengeluarkan hati yang bermasalah dan mendapatkan hati penderma “hooked up”, pendarahan yang banyak, penolakan hati, jangkitan kuman dan pelbagai masalah lagi yang hampir sama dengan pembedahan yang besar.

Terdapat banyak sebab mengapa hati baru tidak diterima oleh badan. Tetapi situasi ini boleh dielakkan dengan mengambil ubat anti penolakkan atau immunosuppressive. 

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.