Pemeriksaan Kesihatan Untuk Lelaki

Mengikut statistik, lelaki lebih cenderung untuk mendapat penyakit-penyakit tertentu. Jom ketahui pemeriksaan kesihatan yang penting untuk lelaki.

Selain daripada penyakit jantung, ada enam penyakit lain yang sering mengancam lelaki dan boleh menyebabkan kematian. Antaranya barah, buah pinggang, tiroid dan kencing manis

Sesetengah penyakit serius ini boleh dirawat dan disembuhkan jika mendapat rawatan awal. Lelaki disarankan membuat pemeriksaan doktor sekurang-kurangnya dua kali setahun memandangkan ada penyakit yang tidak dapat dikesan tanpa pemeriksaan doktor. Amalan hidup yang sihat membantu lelaki dari penyakit-penyakit bahaya. 

Apa pun, penyakit jantung menjadi pembunuh nombor satu lelaki selain daripada kemalangan di jalan raya. Nisbah lelaki mengidap penyakit jantung berbanding perempuan ialah 5:1. Penyakit jantung lebih menyerang lelaki kerana tubuh wanita mengandungi sejenis hormon perlindungan yang disebut oestrogen. 

Hormon ini berfungsi mengekalkan saiz salur darah dalam keadaan normal. Walaupun demikian, wanita yang merokok dan mengalami sakit kencing manis juga berpotensi mendapat sakit kencing manis juga berpotensi mendapat sakit jantung seperti lelaki. Namun bagi perempuan yang tidak merokok dan tidak mengalami sebarang masalah kencing manis, peluang mendapat penyakit ini tipis berbanding lelaki. 

Kebanyakan pesakit yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi berpotensi mendapat penyakit jantung. Pengidap penyakit kencing manis sering mengalami kekurangan kandungan insulin di dalam badan. Akibatnya lemak di dalam badan sukar dihancurkan sewaktu metabolisma. Salur darah menjadi sempit dan mengurangkan bekalan darah ke jantung. 

Tekanan darah tinggi pula menyebabkan jantung bekerja lebih teruk dan menjadikannya lebih besar. Akibatnya, bekalan oksigen ke jantung tidak mencukupi apabila saiz jantung membesar dan menyebabkan otot-otot jantung tidak dapat berfungsi dengan baik. 

Faktor keturunan juga menjadi punca penyakit ini. Jika ibu atau ayah menghidap penyakit jantung, anak-anak juga berisiko mengidap penyakit yang sama. 

Tabiat pemakanan amat mempengaruhi kesihatan jantung. Pengambilan lemak yang berlebihan menjadi punca utama menyebabkan saluran darah sempit dan menyukarkan bekalan darah ke jantung. 

Alkohol juga menjadi musuh kepada kesihatan jantung. Alkohol menyebabkan pertukaran lemak di dalam badan. Alkohol boleh memusnah lemak HDL (Hudensity Lipoprotein) di dalam badan. Lemak HDL adalah daripada sayur-sayuran yang penting dan baik untuk kesihatan badan. Alkohol menyebabkan lemak HDL bertukar menjadi LDL (Lowdensity Lipoprotein). Lemak LDL dikenali juga lemak kurang baik dan ia tidak diperlukan sangat. 

Amalan merokok menyebabkan paru-paru yang bertugas membekalkan oksigen tidak dapat bertugas dengan baik dan boleh menjejaskan bekalan oksigen dalam badan. Apabila bekalan oksigen berkurangan, secara langsung ia menjejaskan kesihatan jantung. 

Senaman dan aktiviti luaran yang sihat perlu untuk jantung anda. Aktiviti senaman menyebabkan jantung bertugas dengan lebih aktif dan membakar lemak-lemak yang tidak diperlukan di dalam badan. Oleh yang demikian senaman seperti jogging, berenang dan lain-lainnya juga perlu untuk mengelakkan penyakit ini. 

Tanda-tanda penyakit: 

  • Selalu mengalami rasa kesakitan di bahagian dada
  • Sering berpeluh dengan banyak. Mereka berpeluh dengan cara yang tidak normal
  • Mereka juga sering merasa pening dan muntah-muntah 

Cara mencegahnya:

  • Lakukan senaman dengan teratur 
  • Sekiranya ada darah tinggi atau kencing manis, dapatkan rawatan segera. 
  • Bagi peminum dan perokok, hentikan tabiat buruk ini secepat mungkin 
  • Jangan lalai mengadakan pemeriksaan doktor setiap tahun. 
  • Bagi mereka yang mengalami masalah berat badan, usahakanlah untuk mengurangkannya. 

Sekiranya mahu mengurangkan berat badan, lakukan dengan wajar. Lakukan senaman dan kurangkan pengambilan makanan terutama makanan berlemak. Jangan sesekali menggunakan pil atau sebarang ubat untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana sebarang pil kurus ada kesan sampingan yang kurang baik untuk tubuh badan anda.

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.