Laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 (NHMS 2019) Berkaitan Dadah

NHMS 2019 yang telah dijalankan telah menjadikan penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat Malaysia sebagai salah satu indikator kesihatan.

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS 2019) merupakan satu tinjauan yang dijalankan oleh Institut Kesihatan Umum (IKU) yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat prevalens mengenai indikator-indikator utama kesihatan dan keperluan penjagaan kesihatan penduduk Malaysia. 

NHMS 2019 yang telah dijalankan telah menjadikan penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat Malaysia sebagai salah satu indikator kesihatan.

Tinjauan ini dijalankan melalui temubual secara bersemuka dengan orang dewasa dan kanak-kanak yang layak di 12,000 isi rumah yang dipilih secara rawak di seluruh negara, di mana ianya meliputi kira-kira 30,000 responden.

Tinjauan ini mendapati sebanyak 303 086 rakyat Malaysia pernah menyalahgunakan dadah manakala 108 430 daripadanya masih lagi aktif menggunakan dadah.

Tinjauan juga menunjukkan bahawa profil penyalahgunaan dadah adalah paling tinggi dikalangan penduduk luar bandar, golongan berpendapatan rendah dan juga dikalangan jantina lelaki.

Selain itu, didapati juga bahawa majoriti penyalahguna dadah bermula dengan dadah jenis ganja dan umur semasa mula menggunakan dadah adalah pada julat usia antara 18 hingga 24 tahun.

Berikut merupakan ranking jenis-jenis dadah yang sering disalahgunakan menerusi tinjauan ini:

  1. Ganja / Kanabis / Hemp : 146 000 orang
  2. Ketum / Mitragyna : 128 000 orang
  3. Amfetamin & Methamfetamin : 101 000 orang
  4. Morfin / Heroin : 45 000 orang
  5. Gam / Penyembur / Pelarut : 33 000 orang

Maklumat lanjut berkenaan hasil kajian NHMS 2019 boleh dirujuk di laman web: 

http://iku.gov.my/nhms-2019

Print Friendly, PDF & Email
Staf Editorial
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.