Kumpulan Ubat Penghalang Alfa (Alpha-blocker)

Kumpulan penghalang alfa adalah antara agen yang paling awal digunakan untuk rawatan tekanan darah tinggi.

Kumpulan penghalang alfa adalah antara agen yang paling awal digunakan untuk rawatan tekanan darah tinggi.

Ia boleh digunakan secara sendirian ataupun kombinasi dengan kumpulan penghalang beta dan diuretik. Ianya mempunyai kelebihan untuk pesakit dislipidemia dan ‘glucose intolerance‘.

Cara Kumpulan Penghalang Alfa bertindak

Kumpulan penghalang alfa bertindak dengan merencat reseptor adrenergik alfa pada otot salur darah yang menyebabkan pengembangan saluran darah tersebut di samping menurunkan rintangan salur darah periferi seterusnya menyebabkan tekanan darah berkurang.

Senarai ubat

Antara agen didalam kumpulan ini ialah:

  • Prazosin
  • Terazosin
Ubat Prazosin (Minipress)

Cara Pengambilan

Nama GenerikCara Pengambilan
PrazosinBersama atau tanpa makanan. Dos permulaan lebih baik diambil pada waktu makan malam, sekurang-kurangnya 2-3 jam sebelum berehat. Dos susulan seterusnya boleh diambil bersama atau tanpa makanan.

PERHATIAN: Boleh menyebabkan tekanan darah rendah postural, sila ambil ubat dalam keadaan duduk.

Penyimpanan

Dinasihatkan ubat-ubatan disimpan di dalam sampul ubat asal dengan label arahan pengambilan / cara makan yang jelas.

Simpan pada suhu bilik. Rujuk maklumat pembungkusan untuk arahan suhu penyimpanan.

Kesan sampingan ubat Penghalang Alfa

Kesan sampingan yang mungkin dialami ialah:

  • Hipotensi postural
  • Pening
  • Sakit kepala
  • Ruam
  • Loya dan muntah
  • Lemah badan
  • Peningkatan nadi

Sila hubungi doktor atau ahli farmasi anda jika berlaku kesan seperti di atas

Nama GenerikKesan Sampingan Yang Biasa
PrazosinPostural hipotensi (berlaku penurunan tekanan darah akibat perubahan kedudukan badan), sakit kepala, ketidakselesaan perut, oedema (pembengkakan kerana retensi cecair), tinitus (mendengar bunyi-bunyian atau bunyi lain tanpa ada pencetus bunyi di sebelah atau dua-dua belah telinga atau di dalam kepala), retensi cecair

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.