Kepentingan Buah dan Sayur Untuk Kesihatan

Pengambilan buah dan sayur mengikut jumlah hidangan mencukupi dapat memastikan tubuh badan dan otak kita menerima semua nutrien yang cukup.

Buah dan sayur merupakan sumber utama makanan yang membekalkan vitamin, mineral, serat dan antioksidan yang penting untuk kesihatan. Buah dan sayur juga mempunyai kandungan kalori dan lemak yang rendah serta tidak mengandungi kolesterol.

Khasiat buah-buahan diletakkan pada aras dua dalam Piramid Makanan bersama dengan sayur-sayuran. Pengambilan buah dan sayur mengikut jumlah hidangan mencukupi dapat memastikan tubuh badan dan otak kita menerima semua nutrien mencukupi bagi membolehkan ia berfungsi dengan baik.

Buah dan sayur pada aras 2 dalam piramid makanan.

Kepentingan buah dan sayur

Buah dan sayur perlu kerana ia mempunyai pelbagai kebaikan antaranya :

  • Serat dapat mengurangkan masalah sembelit.
  • Vitamin dan mineral membantu mencegah penyakit.
  • Potasium menguatkan fungsi otot.
  • Antioksidan melambatkan proses penuaan.

Selain itu ia juga boleh dijadikan sebagai snek berkhasiat kerana ia rendah lemak, rendah kalori dan tidak mengandungi kolestrol.

Kita perlu mengambil 3-5 hidangan buah dan sayur setiap hari.

Contoh hidangan

Satu hidangan sayur-sayuran

  • 1/2 cawan sayuran berdaun hijau tua dengan batangnya boleh dimakan atau
  • 1 cawan sayur mentah atau ulam-ulaman

Satu hidangan buah-buahan

  • 1/2 biji buah jambu batu bersaiz sederhana atau
  • 1 biji buah oren, epal, pir yang sederhana atau
  • 1 biji pisang yang sederhana atau 1 potong betik, nenas

Tips meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran

Jom tingkatkan pengambilan buah dan sayur dengan cara berikut:

  • Makan pelbagai jenis buah segar.
  • Jadikan buah-buahan sebagai gantian makanan ringan (snek).
  • Utamakan buah-buahan segar berbanding buah-buahan dalam tin.
  • Makan buah bersama kulit untuk mendapatkan lebih serat.
  • Minum jus buah-buahan segar tanpa gula.
  • Makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang terdiri daripada pelbagai warna.
  • Pilih sup sayur, kurangkan mengambil sup berkrim.
  • Amalkan pengambilan ulam-ulaman.

Tips memasak atau menyediakan buah-buahan dan sayur-sayuran

Berikut merupakan panduan mengekalkan kandungan nutrien dalam buah-buahan dan sayur-sayuran:

  • Cuci buah dan sayur sebelum dimasak atau dimakan.
  • Elakkan merendam buah dan sayur selepas dipotong.
  • Elakkan memasak sayur-sayuran terlalu lama.
  • Masukkan sayur apabila air telah mendidih atau minyak telah cukup panas.
  • Gunakan lebihan air rebusan sayur untuk dijadikan stok sup anda.
  • masak bahagian sayur yang keras terlebih dahulu.
  • Simpan sayur dan buah daripada cahaya dan haba.
Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.