Kehamilan Anggur (Molar Pregnancy)

Kehamilan anggur terjadi akibat ketidaksempurnaan sel-sel dan tisu hasil percantuman sperma suami dan telur isteri yang tidak menjadi janin.

Kehamilan anggur atau kehamilan luar biasa terjadi akibat ketidaksempurnaan sel-sel dan tisu hasil percantuman sperma suami dan telur isteri yang tidak menjadi janin. Ia lalu gugur dan berbentuk anggur lalu terkeluar dari rahim.

Ilustrasi kehamilan anggur

Punca-punca

  1. Biasa dikaitkan dengan baka yang cacat iaitu pada gen dan kromosom.
  2. Hasil daripada unsur-unsur pemakanan, ubat-ubatan, pancaran sinar X, bahan kimia atau sebagainya.

Tanda-tanda

  1. Pendarahan di peringkat awal kehamilan.
  2. Rasa loya dan muntah berlebihan dan agak teruk

Setelah berlaku pendarahan, kandungan dengan sendirinya akan gugur dan keluar seperti gumpalan tisu berbentuk anggur. Berlaku secara spontan apabila kandungan mencapai tiga bulan.

Tisu yang biasa dilihat dalam kelahiran anggur

Bagaimanapun ada juga kehamilan anggur yang tidak dapat gugur dengan sendirinya. Oleh sebab itu ia perlukan rawatan khusus dari doktor. Doktor akan menentukan melalui ujian scan. Melalui ujian ini, ia akan menunjukkan bahawa tidak ada bentuk atau tidak ada karung kandungan. Apa yang dapat dilihat ialah seperti hujan salji di skrin TV. Denyut nadi dan bentuk janin juga tiada.

Contoh ultrasound kehamilan anggur

Rawatan

  1. Cucian rahim di klinik atau hospital. Ia akan dilakukan dua kali yang diselang dua minggu untuk memastikan tidak ada sebarang sisa yang tertinggal pada dinding rahim. 
  2. Wanita yang berusia 40 ke atas, dinasihatkan untuk menjalani pembedahan membuang rahim bagi mengelakkan barah rahim.

Bila boleh hamil semula

Pastikan rahim anda telah dicuci dua kali dan paras HCG dalam darah telah normal. 

Print Friendly, PDF & Email
Staf Editorial
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.