Dadah Jenis Khat atau Miraa

Khat mempunyai kesan perangsang apabila dikunyah, kesannya sama dengan daun koka yang digunakan untuk membuat kokain.

Daun khat merupakan tumbuhan yang mengandungi cathinone dan cathine, bahan kimia aktif yang boleh mengubah mood seseorang. Daun khat yang berasal dari Afrika Timur dan Arab mampu memberi kesan khayal dan ketagihan seperti ketum.

Khat mempunyai kesan perangsang apabila dikunyah, kesannya sama dengan daun koka yang digunakan untuk membuat dadah kokain. Sesi mengunyah biasanya akan berlangsung selama 3 ke 4 jam, dengan kesan psikoaktif atau khayal yang dirasakan kira-kira sejam selepas aktiviti mengunyah bermula.

Rupa Bentuk Khat

Miraa atau Khat (Catha edulis Forsk, keluarga Celastracea) merupakan daun berwarna hijau yang diambil daripada pokok. Ia mempunyai ciri fizikal berwarna hijau dan akan bertukar kehitaman selepas seminggu.

Daun khat juga dikenali sebagai cathinone, cathine, Catha Edulis Forsk, Catha edulis, atau Cathaedulis.

Kegunaan Khat Dalam Perubatan

Tiada

Kesan Yang Diingini

Antara kesan yang diingini ketika pengambilan khat termasuklah:

  • Euforia ringan
  • Lebih segar
  • Seronok
  • Bertenaga

Kesan Sampingan

Antara kesan sampingan dadah khat termasuk:

  • Kurang selera makan
  • Kurang prestasi seksual
  • Sukar tidur
  • Masalah pencernaan seperti sembelit
  • Radang dalam mulut

Masalah Perubatan Dengan Pengambilan Khat

Dadah jenis khat boleh menyebabkan masalah-masalah perubatan seperti berikut:

  • Kanser mulut
  • Kemurungan
  • Masalah psikologi yang teruk
  • Jika diambil ketika mengandung, menyebabkan bayi lahir kurang berat
  • Mengurangkan penghasilan susu bagi ibu menyusu

Walaupun penggunaan khat lebih berisiko rendah berbanding dadah yang lain, ianya dikaitkan dengan peningkatan risiko untuk pelbagai komplikasi perubatan termasuklah penyakit gigi dan kanser mulut, masalah jantung, penyakit hati, masalah seksual, sembelit, masalah tidur, dan selera makan yang kurang.

Penggunaan khat juga telah dikaitkan dengan gejala kemurungan, perubahan mood, dan kelakuan ganas, dan ia boleh membawa kepada keretakan hubungan kekeluargaan dan masalah sosial terutamanya apabila penagih khat memerlukan wang untuk membeli dadah dan melakukan jenayah.

Gejala Tarikan Khat (Withdrawal)

Berikut merupakan gejala tarikan apabila seseorang berhenti mengambil khat:

  • Merasa malas
  • Kemurungan ringan
  • Mimpi ngeri
  • Menggigil
  • Kepenatan melampau dan kurang tenaga
  • Sukar melakukan aktiviti harian
  • Badan menggigil selama beberapa hari selepas berhenti pengambilan

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.