Cara Mengenali dan Mencegah Alahan Makanan

Dalam alahan makanan, sistem imun anda tersalah mengenal pasti makanan tertentu atau komponen makanan sebagai bahan bahaya dan perlu dihapuskan.

Alahan makanan adalah reaksi yang tercetus melalui sistem imun. Hampir enam peratus kanak-kanak dan dua peratus dewasa mengalami masalah alahan terhadap makanan dan angka lebih besar dicatatkan untuk golongan yang tidak tahan dengan makanan.

Punca alahan

Dalam alahan makanan, sistem imun anda tersalah mengenal pasti makanan tertentu atau komponen makanan sebagai bahan bahaya dan perlu dihapuskan. Sistem imun manusia akan mencetuskan sel tertentu bagi menghasilkan antibodi immunoglobulin E (IgE) bagi menentang makanan yang membawa masalah.

Antibodi berkenaan akan mengesan makanan yang bermasalah dan memberi isyarat kepada sistem imun untuk melepaskan histamin dan beberapa bahan kimia lain ke dalam saluran darah.

Kebanyakan alahan makanan dicetuskan protein tertentu seperti yang terdapat dalam telur, kekacang, ikan dan makanan laut bercengkerang.

Gejala dan tanda alahan makanan

Gejala alahan makanan termasuklah rasa seperti dicucuk-cucuk pada mulut, ruam gegata, kesukaran bernafas, pening serta bengkak pada bibir, muka , lidah dan tekak.

Jika alahan berkenaan teruk, gejala lain akan muncul seperti laluan udara terhalang kerana tekak membengkak, denyutan nadi yang laju serta rasa pening dan tidak sedarkan diri.

Rawatan dan pencegahan

Langkah-langkah jika anda mengalami alahan:

  • Elakkan mengambil makanan yang menyebabkan alahan.
  • Jika alahan tidak berapa teruk, anda boleh mengambil ubat antihistamin sebelum atau setelah makan makanan tersebut bagi mengelakkan alahan.
  • Ketahui apa yang anda makan dan minum. Pastikan baca label makanan dengan teliti.
  • Pastikan ahli keluarga terdekat atau rakan sekerja anda tahu mengenai alahan yang anda alami.
  • Bincang dengan doktor sekiranya mahu membawa epinephrine kecemasan.
  • Jika anda menghidapi asma, pastikan jika makan di luar pastikan makanan berkenaan tidak mengandungi sulfites.
  • Baca label pada bungkusan makanan mengandungi sodium bisulfite, potassium bisulfite, sodium sulfite, sulfur dioxide dan potassium metabisulfite.

Tidak tahan laktosa

Tidak tahan laktosa juga dikenali sebagai alahan laktosa. Sebenarnya, tidak tahan laktosa adalah satu contoh tidak tahan makanan dan bukannya sejenis alahan. Mereka yang mengalami masalah ini akan menyebabkan kekurangan enzime laktase yang diperlukan untuk mencerna gula, susu atau laktosa dalam susu dan produk tenusu lain. Akibatnya , mereka boleh diserang sakit perut, kembung perut, angin atau cirit-birit.

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.