Bukti Vaksin Berjaya Mencegah Banyak Penyakit Merbahaya

Kita kurang menyedari betapa perlunya vaksinasi sehinggalah apabila membuat pemeriksaan doktor dan disahkan menghidap penyakit tertentu.

Kita kurang menyedari betapa perlunya vaksinasi untuk mencegah penyakit-penyakit yang umum menyerang manusia sehinggalah apabila membuat pemeriksaan doktor dan disahkan menghidapnya. Masa itu segalanya telah terlambat dan apa yang boleh dilakukan ialah mengubatinya.

Antara penyakit umum yang berbahaya, berjangkit dan dapat dielakkan melalui vaksinasi ialah hepatitis A dan hepatitis B, difteria, pertussis, tetanus, campak, meningococcal meningitis, selesema, polio, rubella dan varicella.

Lebih kurang 550 juta dos vaksin diedarkan di lebih 175 negara di seluruh dunia setiap tahun dalam usaha mencegah penyakit-penyakit ini terus merebak. Manakala untuk membasmi pelbagai penyakit di negara-negara kurang membangun, lebih 300 juta dos vaksin dibekalkan di lebih 100 negara di dunia.

Berikut disenaraikan beberapa penyakit yang telah mempunyai vaksin yang telah wujuk sejak sekian lama dan membantu ramai manusia mengelak dari mendapat penyakit-penyakit ini.

Jadual imunisasi kanak-kanak di Malaysia

Hepatitis A

Virus hepatitis A 

Virus hepatitis A mengakibatkan penyakit berjangkit yang teruk serta keradangan hati. Keadaan klinikal penyakit ini berbeza, iaitu daripada sakit ringan yang berlanjutan selama satu hingga dua minggu hingga sakit teruk yang menyebabkan hilang keupayaan selama beberapa bulan.

Sebahagian besarnya langsung tidak menunjukkan kesan, hanya sakit-sakit ringan terutama di kalangan kanak-kanak. Ia jarang menyebaLkan kematian dan kadar kematian amat rendah. Kematian hanya berlaku pada pesakit tua yang mendapat penyakit ini dengan mendadak.

Virus (HAV) 

Virus (HAV) ini berjangkit melalui saluran najis, mulut serta saluran penghadaman. Kerang, tiram dan kima (siput besar) boleh menjadi punca utama wabak hepatitis A jika tidak dimasak dengan betul.

Ini kerana kerang mungkin menyedut air yang tercemar dan membawa HAV ke dalam tubuh manusia yang memakannya. Di negara-negara yang kekurangan infrastruktur bekalan air dan sistem pembetungan najis yang tidak sempurna, air yang tercemar boleh menjadi saluran penyebaran HAV.

Hepatitis A adalah penyakit berjangkit yang paling mudah dijangkiti. Kadar jangkitannya lebih 1,000 kali lebih tinggi daripada taun dan 10 hingga 100 kali lebih tinggi daripada demam kepialu.

Kematian akibat hepatitis A dilaporkan lebIh dua orang setiap 100 mangsa yang berusia lebih 40 ta. hun dan meningkat hingga seorang dalam setiap 30 mangsa yang berumur lebih 49 tahun.

Kajian yang dijalankan di negara kita menunjukkan bahawa 50 peratus daripada penduduk Malaysia di bawah usia 30 tahun tidak mempunyai pelalian kepada hepatitis A.

Hepatitis B 

Virus hepatitis B (HBV) mengakibatkan keradangan hati yang teruk dan sangat mudah dijangkiti. Kuman berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar. Ia adalah 100 kali lebih mudah dijangkiti daripada HIV.

Penyakit boleh dikesan melalui ujian fungsi hati. Dalam kes-kes yang teruk, pesakit berhadapan dengan maut akibat kerosakan hati di mana sebahagian atau keseluruhan hati musnah. Penyakit hati yang kronik boleh membawa kepada cirrhosis dan barah hati, salah satu jenis barah yang paling kerap dihidapi di dunia.

Sebanyak 80 peratus daripada barah hati jenis primary hepatocellular carcinoma (PHC) di seluruh dunia disebabkan komplikasi jangkitan HBV. Jangkitan daripada ibu kepada bayi baru lahir mengakibatkan jangkitan hati yang kronik, cirrhosis atau PHC.

Mengikut anggaran, terdapat kira-kira 350 juta pembawa jangkitan hepatitis B kronik seluruh dunia. Vaksinasi menentang hepatitis B di kalangan remaja dan kanak-kanak dilakukan di banyak negara termasuk Amerika Syarikat, Perancis dan Itali.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan matlamat imunisasi menyeluruh menentang hepatitis B di semua negara endemik (dengan kadar pembawa lebih tinggi daripada dua peratus). Mereka yang ingin ke melancong atau bekerja di negara ini juga digalakkan untuk divaksin.

Di negara-negara yang tidak mempunyai program imunisasi menyeluruh, kumpulan-kumpulan yang dianggap mempunyai risiko serangan hepatitis B ialah anak-anak yang ibunya telah dijangkiti, homoseksual dan heteroseksual dengan berbilang pasangan, penagih dadah yang menggunakan suntikan, pekerja yang terpaksa menyentuh darah atau cecair badan orang lain, pekerja kesihatan dan penerima pemindahan organ manusia.

Poliomyelitis

Poliomyelitis atau polio juga penyakit berjangkit yang berbahaya dan berpunca daripada virus yang disebarkan melalui saluran najis dan mulut. Antara tanda-tandanya ialah demam, meningitis, lumpuh dan akhirnya maut.

Walaupun penyakit ini tidak banyak lagi dikesan di negara-negara perindustrian namun masih berlaku di negara-negara yang mundur dan kurang membangun.

Pada tahun 2019 setelah berpuluh tahun negara Malaysia diisytihar bebas polio, terdapat kemunculan semula penyakit ini di Sabah dan program vaksin besar-besaran telah dijalankan.

Varicella

Varicella atau cacar air adalah antara penyakit yang paling mudah dijangkiti oleh kanak-kanak dan menyebabkan kulit melepuh. Virus ini turut menyebabkan herpes .oster atau kayap ular. Ia kerap berlaku di kalangan orang tua namun boleh juga berlaku pada kanak-kanak bawah lima tahun yang tidak menerima imunisasi lengkap.

Di negara beriklim sederhana, 90 peratus mendapat cacar air sebelum berusia 15 tahun dan 95 peratus menjelang dewasa. Kadar ini lebih rendah di negara tropika dan paling teruk di kalangan pesakit yang tidak menerima imunisasi lengkap, remaja dan dewasa lebih-lebih lagi wanita hamil kerana risiko berlakunya pneumonia cacar air secara mendadak.

Kematian berlaku pada pesakit yang tidak lengkap imunisasinya.

Pembawa utama virus varicella zoster adalah manusia sendiri. Kira-kira 90 peratus yang tinggal serumah dan terdedah kepada pesakit cacar air akan mendapat penyakit ini kerana virus tersebar melalui udara atau sentuhan dengan pesakit.

Walaupun rawatan boleh diperolehi selepas jangkitan namun adalah lebih baik mencegah penyakit ini daripada berjangkit. Cara terbaik untuk mencegah ialah dengan mengasingkan pesakit, imunisasi atau vaksinasi.

Difteria 

Difteria adalah jangkitan bakteria yang berpunca daripada Corynebacterium difteria (C. difteria). Penyakit ini menyerang bahagian atas mukosa saluran pernafasan dan kulit yang terluka. Tanda-tanda yang dapat dirasakan ialah sakit tekak dan demam secara tiba-tiba disertai tumbuhan membran kelabu melitupi tonsi] serta bahagian saluran pernafasan.

Pembawa kuman ini adalah manusia sendiri dan ia amat sensitif kepada faktor-faktor alam sekita seperti kekeringan, kepanasan dan sinaran matahari Difteria disebarkan daripada kulit, saluran pernafasaa dan pesakit difteria itu sendiri.

Kadar kematian akibat difteria paling tinggi di kalangan bayi dan orang tua dan kematian biasanya berlaku dalam masa tiga hingga empat hari.

Rawatan bagi penyakit ini termasuk antitoksin difteria yang melemahkan toksin dan antibiotik. Erythromycin dan penisilin membantu menghapuskan bakteria dan menghentikan pengeluaran toksin. Umumnya difteria boleh dicegah melalui vaksinasi.

Bayi, kanak-kanak, remaja dan orang dewasa yang tidak mempunyai cukup pelalian memerlukan suntikan booster setiap 10 tahun.

Program imunisasi di Malaysia

Tetanus 

Tetanus lebih dikenali sebagai penyakit kancing gigi dan tanda-tandanya ialah kekejangan otot yang menyakitkan. Ia didapati apabila luka dicemari kekotoran yang mengandungi spora bacteria yang dinamakan Clostridium tetani. Tetanus penyakit berbahaya yang membawa maut dan menjadi punca utama kematian di Asia dan Afrika.

Clostridium tetani dijangkiti melalui manusia, kuda dan haiwan berdarah panas. Saluran usus, luka dan spora, tanah, najis mengandungi bakteria ini. Risiko penyakit ini amat tinggi jika kecederaan berpunca daripada objek runcing dan tajam seperti jarum atau duri pokok yang tercemar yang berkemungkinan mencucuk spora jauh ke dalam kulit.

Tanda-tanda seseorang itu mendapat tetanus ialah kelesuan, ketegangan atau kekejangan, sukar mengunyah, otot semakin keras hingga terkancing gigi, susah tersenyum lebar, pengecutan otot yang kuat, kekejangan yang menyakitkan.

Tetanus mengakibatkan keretakan (di tulang-tulang panjang, tulang belakang), kerenggangan tendon, kesukaran makan, kegagalan jantung dan trombosis. Tetanus hanya boleh dicegah melalui vaksinasi.

Pertussis

Penyakit batuk kokol disebabkan bakteria Bordetelia pertussis dan berpunca daripada jangkitan saluran pernafasan yang tersekat-sekat terutama di kalangan kanak-kanak berumur bawah dua tahun. Tanda-tandanya ialah batuk sekali-sekala dan melarat menjadi batuk kokol berpanjangan dan akhirnya muntah.

Pertussis jika dibiarkan boleh mengakibatkan kerosakan otak. Terdapat kira-kira 40 juta kes baru setiap tahun dan mengakibatkan 340,000 kematian di mana satu peratus daripadanya bayi berumur kurang setahun.

Pembawa kuman pertussis ialah manusia dan kumannya hidup di saluran pernafasan. Bakteria batuk koko sensitif kepada faktor alam sekitar termasuk kekeringan, kepanasan dan sinaran matahari dan mudah tersebar melalui pernafasan. Pertussis boleh menyebabkan pneumonia, konvulsi, pendarahan dan kekeringan.

Fakta dan mitos vaksin

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.